Showing posts with label info traffic blog. Show all posts
Showing posts with label info traffic blog. Show all posts

Monday, April 13

HAPPY BIRTHDAY TO ME


Happy Birthday To Me
Happy Birthday To Me
Happy Birthday To Atikah Norbaki
Happy Birthday To Me

Allah selamat kan Aku
Allah selamatkan Aku
Allah selamatkan Atikah Norbaki
Allah selamatkan aku

Selamat HariJadi Diri sendiri a.k.a Atikah Norbaki. 

Wahhh buat entry hari jadi sendiri. Kau adooo?? Tapi dah makin besar remaja ni takde rasa apa pon bila birthday ni. Ni pon nyenyaris terlupa birthday sendiri hari ni. (Ecehhhh!)

Genap la umur aku 27 tahun. (Another 3 years 30 tahun) OMG!! 

Ok tolak tepi soal umur aku tu. So bila dah makin dewasa anak Ibu sorang ni, macam-macam benda aku perlu fikirkan. 

Masa depan.
Kerjaya.
Family Planning.
'Anak' planning. (Hammboiii..statement mintak kaki)

Selamat menempuh alam Officially Dewasa ini. I all still single mingle. So nak datang minang, bole jumpa my Ibu ok. Hahahah promote diri sekali.

13.04.2015 HAPPY BIRTHDAY!!!!!

Thursday, June 5

Degree Marketing dan Blog

Kalau la orang tahu apa yang aku rasa dan apa yang aku fikirkan, kan best. Tak payah aku pendam sesorang. Kalau la masalah aku tu boleh di pancarkan seperti LCD. Biarlah orang nampak. Pastu kalau ada yang prihatin dengan aku, boleh la dia bantu aku.


Teringat aku pesan seorang sahabat kepada aku. "Yela.... kita ni kan ada degree. Kalau boleh jangan sia sia kan apa yang kita ada". Bukan aku nak hidup takde kerja. Macam macam aku usahakan. Tapi mungkin rezeki belum lagi menyebelahi aku. Sehingga sekarang aku masih lagi usahakan untuk cari kerja. 

Tapi sejak aku kembali mengaktifkan diri kembali dalam berblog ni, tetiba aku terfikir kaitan Degree Marketing yang aku ada dan Blog yang aku ada sekarang. Dan aku perhatikan ramai blogger blogger yang lain especially yang fulltime berblog, majority nya diorang buat kerja marketing. 

Ya! di sebalik blogging ni terselit usaha marketing. Dan aku ada kelulusan dalam Marketing. Jadi takkan aku tak boleh buat macam mana diorang semua buat? Blog bukan sahaja berkenaan dengan 'Minat'. Bukan sahaja berkenaan dengan 'Populariti'. Tapi blog juga adalah kerjaya. 

Ya Kerjaya!! Aku tahu apa yang aku perlu cari sekarang. Aku hanya perlukan SIFU je sekarang. 

Monday, May 26

SATU MALAM DI KUALA LUMPUR

Aku ni bukan taksub sangat dengan sosial yang ada kat Kuala Lumpur ni. Cuma aku suka tengok suasana malam di Kuala Lumpur. Tengok karenah manusia manusia yang ada kat sana. Dan bukan nak ikut apa yang diorang semua buat. Macam pesanan orang dulu-dulu.

Ada mata pandang, Ada telinga dengar,Ada mulut diam.

Pertama kali aku jejak kaki ke Kuala Lumpur untuk melihat suasana malam nya macam mana masa time aku belajar dulu. Kawan aku sanggup bawak aku jalan demi menunaikan impian aku ini. Siap bohong sunat lagi dengan Ibu cakap ada assignment nak kena siapkan. So aku perlu tidur rumah kawan aku tu. Jujur nya aku dulu jarang untuk di kenalkan dan di dedahkan dengan dunia luar. Dan aku sebagai remaja yang membesar dalam zaman serba baru ni, nak tak nak, aku kena aware dengan apa yang ada di sekeliling. At least pengalaman itu ada. Bukan aku nak gunakan peluang itu untuk berfoya-foya. 

Dan sekarang, aku masih lagi menyimpan hasrat yang sama juga. 




*Ni masa hari Jumaat 23/5/2014, Jam 10.00 malam aku pergi tengok Rehearsal Citrawarna di KLCC*




*Ni gambar aku amik tadi kat Bukit Bintang*

Nak bercakap soal bahaya dan soal penagaruh, mana-mana pon sama saja. Bahaya bukan nak kata tempat croud sahaja yang mampu mengundang bahaya. Kadang-kadang tempat sunyi lagi bahaya dari yang ramai orang. Kalau nak kata soal pengaruh tak baik, sama juga macam tadi. Duduk pendalaman kadang-kadang jauh lebih dasyat dari yang ramai ini. 

Semua tu bergantung pada atas manusia itu sendiri dan pegangan Ilmu, serta didikan yang di beri. Yang penting, perlu berdoa pada Yang Esa supaya kita sentiasa berada dalam lindungan Nya. In Shaa Allah.








Monday, April 28

Princess kecik bertemu Princess besar

Yiiihhhhaaaaaaa!!!!

Alhamdulillah.. kali ni rezeki Allah s.w.t adalah sangat sangat berharga untuk aku. First, aku masih lagi excited dengan pertukaran domain blog aku. So bila dah change tu, aku dapat rasakan yang aku dah pon move on ke next level atau dah mendaki ke 1 anak tangga untuk ke atas. Actually bila dah tukar ni aku dapat rasakan banyak peluang yang aku dapat grap lagi lepas ni.

Kedua....

My princess dari yang ini...

Princess Kecik

Dah menjadi yang ini...



Princess Besar

Princess aku dah ada kakak besorrr... lepas ni aku boleh tukar tukar la nak pakai. Takde la bergantung pada si pricess kecik ni. Sian dia penat. Panas. Aku ni kalau satu hari tak ngadap laptop atau komputer memang rasa blur blur je. Banyak benda yang planning nak buat lepas ni. Bukan setakat berblog je. Tapi aku nak buat lebih. Yang boleh beri aku income tambahan. 

Apa lagi kalau bukan bisnes kan. So pasni aku akan bersemangat dan lebih menjadi bersemangat. 

Sekarang, apa yang aku perlu buat aku kena pandai guide masa aku sendiri. Kena selaras kan tanggungjawab dengan kerja kerja aku ni. Waaaa... dasat woo.. orang lain tak ngadap sampai dua komputer. Aku je yang mampu buat macam ni. 

So! It really motivate me!!!! go ika go ika go ika!!!!

Friday, April 18

FB MARKETING: HANDMADE CROCHET


Jujur cakap kat aku Cantik ke tak?? Jawab cepat?? ok fine korang tak nak jawab.. merajuk lahhhh [**lari jauh jauhhhhh]  Aku tau korang mesti teruja kan dengan Crochet ni. Atau dalam melayu nya orang panggil Kait. Korang mesti biasa dengar kan? Perkataan Mengait? Haaa ni la hasil kait dari Ibu aku 100% kerja tangan dia.

Nak jadi usahawan internet ni, bukan boleh main redah je. Belum tentu upload barang, advertise, orang nak terus beli. Macam biasa lah, bila kita nak buat sesuatu yang baru kena ada ilmu. Takde Ilmu, buat apa pon conform akan ada yang tak betul. Sebab tu korang semua perlukan [TIPS NETWORKING DAN MENTORING USAHAWAN INTERNET]. Aku pon tengah amik Tips dan Ilmu kat sini dalam masa nak cebur diri sebagai Usahawan Internet

Ni sebenarnya cover @ porch untuk Handphone IPhone, Samsung dan yang sesize dengan nye la. Jadi aku ingat nak test market dulu. Aku nak tengok permintaan orang ramai. Doa kan lah supaya pencarian rezeki aku ni di permudahkan ye. 

>>>> KURSUS AFFILIATE actually boleh bantu korang buat duit lebih dalam internet. Sebab sekarang ni pon aku dah turut terjebak sama dalam sistem AFFILIATE ni.



Pencetus Idea Pembukaan Blog.


Masing masing ada jawapan dan reason tersendiri kenapa terjebak dalam pembukaan Blog atau pon aku panggil Dunia Maya ni. Pada mulanya aku sendiri tak tahu apa itu Blog? Apa tu? Dan jujur la aku cakap kan, Email pon dulu aku buta. Bodoh. Tak tahu apa itu email. Senang cakap buta IT gila gila babeng la. 

Masa mula mula zaman Internet yang pasang direct dengan wayar telefon tu, rumah aku takde tau. Family aku tak mampu nak ada kan. Yela adik beradik ramai dan banyak lagi tanggungan yang Ibu dan Ayah aku rasa lagi penting dari bagi atau kenal kan pada kitorang apa itu INTERNET.

Beruntung nya aku ni, sebab ada cousin yang memang up to date dengan IT ni masa tu. Dia la yang kenal kan aku dengan kakak aku masa tu apa itu Internet. Macam mana guna Internet. Apa tu Email. Semua nya diorang lah yang kenal kan. Sampai kan bila aku dah teruja nak ada Email sendiri, aku soh je dia buat kan. Masa tu aku fikir "Kena bayar ke buat email ni?" Haaaa nampak tak dungu nye aku masa tu. 

Ika_qute@yahoo.com

Ni la email pertama aku yang dia buatkan. Dan sehingga sekarang aku masih gunakan email ni. Sama jugak la dengan Blog. Kisah yang lebih kurang. Aku tak tahu apa itu Blog. Dan melalui dia jugak la aku nak buka blog aku sendiri. Dia jugak yang ajar aku. Mula mula aku tertarik dengan nama blog dia. 

"Thenameisia" Mula mula aku pon kompius nak baca. Apa la nama si minah ni pakai. Tenamisia... itu yang aku sebut memula dulu. Rupa-rupa nya digabungkan perkataan tu... baru aku tau THE NAME IS IA... kalau tak memang rosak nama dia aku sebut. So kerana inspirasi itu, aku pon create...

mynameika

Mengopi nama seiras dia. Heheheh tu la bermula aku bukak blog aku ni dan terjebak sehingga sekarang. Jadi terbongkar sudah rahsia yang tersimpan sekian lama. Di situ lah titik permulaan mynameika.blogspot.com . It Not About Size. 

Monday, April 14

RESEPI HOMEMADE SPAGHETTI MEATBALL CABONARA



Yeahhhh!!! Akhirnya tercapai jugak aku nak makan Spaghetti Cabonara + Meatball. Nak makan kat luar?Beli je kat pizza hut? Dari aku layangkan duit aku RM9-RM10, baik aku buat kat umah je. Puas makan! Boleh tambah lagi kalau nak. Haaa aku tambah meatball tu sebab tetiba rasa nak makan Meatball Ikea. Jadinya nak kesana takde sape nak bawa, plus poket berabuk je. So buat je la kat rumah. Walaupon gambar tu tak menggambarkan rasa nya yang korang rasa maybe tak sedap. Tapi percaya lah. ianya sangat sedap! ngeeee puji diri sendiri sat. 

So korang yang rasa nak makan sepuas-puas nye di rumah, meh aku ajar korang buat. Simple je. Senang bangat!.

Korang perlu sediakan:


Ok? Dapat semua kawan-kawan? So macam mana pulak nak masak nye?

Bawang besar yang di potong dadu, Bawang putih di ketuk, dan bahan 2,3,4 di tumis sehingga naik bau dan menjadi sebati. Eh betol ke ayat aku ni. Alaaa korang tengok la gambar kat bawah ni.


Haaa macam ni la rupanya. Bila bahan bahan tadi di tumiskan, dia akan rupa macam ni la. Ok, bila dah naik bau, dah macam sebati bahan bahan nye, korang perlu masukkan bahan ke 6, iaitu Carbonara Prego dan ada dua lagi bahan tambahan. Iaitu:


Susu segar ni digunakan sebagai ganti air untuk jadikan kuah atau tambahan sebagai kuah Carbonara ni la. Kalau letak air biasa, memang takkan jadi. Ni pon kawan aku punya kawan. Dia Chef. So dia ajar kawan aku. Kawan aku ajar aku. Dan baru la aku tau.Cheese pulak untuk tambah kan keenakkan dan kelemakkan creamy kuah Carbonara tu. So bila korang dah masukkan susu dan cheese tadi, dia akan jadi macam ni


Ada yang mungkin biasa tambah udang, tak kisah la korang nak tambah apa apa pon. Janji sedap. Kalau nak add lada hitam sikit pon boleh. Tapi aku tak letak pon. So bila dah mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa. Jadi siap untuk di hidang. =) 

Jadi dari membazir bayar mahal mahal yang hanya bole makan sepinggan sahaja, baik korang beli bahan-bahan sendiri dan boleh hidang makan dengan family. So done aku share resepi untuk korang. =)




Tuesday, April 8

NETWORKING DALAM BERBLOG


Teringat aku masa aku hadiri event SBB2014 , point yang blogger senior pesan pada kami yang baru baru ni termasuk lah aku dia kata "Bina la network". Sebab dengan network ni la sebenarnya salah satu cara untuk kita di kenali dan sometime dapat jugak membantu kita untuk tingkatkan traffic blog.

Dengan cara macam mana? Ringan ringan kan la tangan kita yang mengawal anak panah sensor tu untuk 'klik' dan visit blogger yang lain. Tinggalkan jejak. Komen entri. Yela macam kita baru masuk sekolah baru. Kita tak boleh expect orang akan memulakan kata untuk say 'hai!' kat kita melainkan kita yang indtroduce diri kita. Betol tak? Macam tu jugak la dalam berblog ni. 

Jangan terlalu mengharap orang akan datang ziarah kita bila mana kita sendiri 'berat tulang' nak ziarah orang lain. Jadi bila kita malas malas, result nya pon malas macam kita jugak la. Jadi masa tu, jangan la dok tunding jari kata blogger yang dah popular tu sombong, itu la, ini la. Semua yang dah success dalam blog ni semua bermula dengan langkah dan cara yang sama. 

Jadi renung renungkan dan selamat beramal =)

MENJADIKAN BLOG SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA HIDUP


Sejak aku dah pandai berkata kata dalam dunia maya aku ni, bagai susah nak di pisah kan setiap masa aku dengan berblog. Blog ni dah macam sebahagian kehidupan aku. Rasa macam tak lengkap rutin harian aku kalau tak berbicara dalam blog ni.

Kadang kadang bila aku tak ada sesiapa untuk aku bercerita atau nak sampaikan apa yang ada dalam fikiran aku, entri blog ini lah menjadi tempat persinggahan aku untuk aku coret kan segala yang aku ada. Senang cakaplah  dalam rutin harian aku, kalau tak makan aku kan lapar, tak minum aku akan kehausan. 

Macam tu la rasanya dengan berblog ni. Bila sehari aku tinggal kan blog ni, rasa ada yang tak lengkap aku tak buat. Bagai orang bangun pagi tak mandi. Kan rasa tak selesakan? Haaa macam tu la yang di rasakan tu.

Walau pon pada awalnya, masa aku sedang berjinak jinak dalam membina nama ( Waaahhh kelasss kauuu) dan menunjukkan kewujudan aku dalam dunia maya ini (Dah macam entiti pulak!) aku lebih banyak berfikir "apa topik yang best nak aku cerita dalam blog". Yela nak raih reader datang baca.

Semua tu berlaku di sebabkan aku tengok blogger lain post citer yang best best dan penting penting. Contoh nya TUTORIAL. Ada sekali tu, masa zaman blog ni tengah nak naik naik, ramai la yang nak cari tutorial itu ini. Aku pon sekali terjebak dalam lingkungan macam tu. Orang ada page tutorial, aku pon buat jugak. Orang ada page awards, aku pon nak jugak. Orang ada page contest, aku pon nak jugak. Orang buat bloglist, aku pon nak jugak. Ikut ikut je la kejenya aku.

Tapi kalau ikut method pelajaran marketing dulu, new comer biasanya perlu jadi follower kepada mereka yang dah lama ada dalam market. Tapi yang aku buat ni, bukan Follower yang bagus. Semua nya keje ikut ikut je. Tapi tujuan atau main point adalah kosong. Buat tanpa ada matlamat yang sebenar.

Lama jugak aku nak memahami maksud berblog itu sendiri. Tapi selepas satu satu ilmu dan pengalaman sebagai contoh pegalaman waktu menghadiri SBB2014 pada bulan 3 yang lalu, baru aku sedar tidak susah dan tidak terlalu rumit untuk aku memahami apa itu blog. Tidak perlu menjadi terlalu formal. Santai, Jujur, dan Ikhlas itu sudah cukup memadai mendalami BLOG. 



Saturday, April 5

Berselfie dengan Clip Lens

Selepas meningkat nya budaya ber'selfie' dan sampai satu tahap, ada yang mengatakan selfie penyebab kehilangan keyakinan diri (nak tau boleh klik link kat blog aku Its not about size) tapi apa yang aku tau, statement tu lansung tak memberi impak pada fakta @ mungkin auta bagi sesetengah orang. Size pengikut trend ni makin meluas dan terus meluas. 

Tapi mereka yang bijak dalam berbisnes ni, aku tabik spring la sebab diorang boleh create product yang betul betul bole capai demand pengguna yang suka bergambar ni. Dan di support juga dengan keadaan di mana ramai dah di antara kita ni mampu untuk memiliki Smart Phone atau bahasa melayu nye telefon pintar. Lepas tu baru la aku dengar tentang Monopod. Dan orang macam aku yang biasanya bukan menjadi orang pertama yang akan tahu tentang benda benda baru ni agak tertanya tanya juga la apa benda pod pod ni.

 

Promo Promo: Miliki Monopod (Android & Iphone) di SN GADGET. Realisasikan impian berselfie anda bersama teman dan keluarga.

Lepas tu, aku selalu gak dengar tentang 'Fish Eye' yang biasanya memang di gunakan untuk camera yang besar tu kan. Ni aku baru tau ada lens Fish Eye untuk handphone. Wahhhh... ketagih betul rakyat malaysia ni kan. Jangan esok sampai gila pulak dok terikut peredaran zaman ni. Tapi setakat ni aku masih lagi under control.

Aku tak tau mana satu yang wujud dulu. Either Monopod atau Clip Lens ni. Aku sendiri pon baru tau hari ni bila abang pos laju datang rumah hantar barang. Ingat barang siapa, rupanya adik aku punya. Aku dok tanya dia apa yang di beli. Kata nya ..

"Angah pernah dengar tak yang kalau kita amik gambar macam Fish Eye tu, ira beli lens tu la."

Mati mati aku ingat untuk camera Nikon yang besar tu, rupanya untuk handphone. Teruja tak teruja sangat la aku kan. Aku yang beriya dok ketip sana sini. 


Haaa ni masa aku dok amik gambar pakai Tab Lenovo aku. Yang gambar size besar sikit tu (walau pon muka aku memang muat muat screen je) aku tak pakai clip lens tu, sebelah dia dengan jarak yang sama tapi bila aku amik dengan Clip Lens dia nampak jauh dan menyeluruh sikit. Gitu la perbezaan nya.


Ok aku dah tak tau nak celoteh apa pasal Clip Lens ni. Sekarang masa nya nak penuh kan memory hanphone dengan gambar Fish Eye la. Bergedik gedik sat. Wahhhh orang dah tau dah pemilik blog Its Not About Size kuat gedik!

* Nak siapkan Contest Hari jadi la pulak! Jangan lupa join tau. :)



Friday, April 4

Bukan semudah itu...tiada jawapan yang terus...

Rumit! rumit! rumit!... Rasa macam nak pecah kepala je bila nak fikirkan apa jawapan sebaliknya. Tapi sayang, semua tu tidak semudah kata kata yang keluar dari mulut dan di bahasakan oleh lidah dan di proses oleh otak. 

Contoh bila kita di lamar seseorang, yang mana seseorang yang kita tak pernah bercinta. Tapi hanya baru berkawan saja. Dan bila kita menolak lamaran, adakah kita sebenarnya menolak jodoh? Adakah sebenarnya jodoh kita dah sampai? Atau kita patut tolak atas ketidakstabilan ekonomi dan aset diri kita. Atau kita kena faham konsep rezeki selepas berkahwin? Atau itu hanya selingan atau singgahan dalam hidup kita? 

atau?atau?atau?atau? oooohhhhh banyak nye atauuuuuu!!!

Contoh lain kita dah habis belajar dan seharusnya peluang kerja yang akan kita cari. Walaupon sebenarnya kita belum sedia nak kje. Tapi di sebabkan kita berhadapan dengan masalah yang tak dapat di elakkan, dengan terburu buru nya kita pon mencari kerja. Tanpa kita fikir sebenarnya ada perkara perkara penting yang harus di titik beratkan. Bila tak cari, kita kena face masalah itu jadi solution nya kena jugak kje. Tapi bila dah keje, masalah yang lain pulak datang. Seolah keadaan tak merestui pencarian tersebut sebab kerja itu hanya untuk lari dari masalah. Salah keputusan atau memang belum masa harus bekerja?

Contoh lain pulak, umur makin meningkat. Perubahan hidup masih di takuk lama. Bila nak buat satu perubahan, ada sesuatu yang menghalang. Sesuatu itu juga adalah separuh dari pertolongan atau juga boleh di panggil tanggunjawab. Otak selalu fikir, apa yang dilakukan tu sebenarnya TANGGUNGJAWAB atau PERTOLONGAN? Bila cuba bawak situasi itu lari dari pemikiran yang terlalu memerlukan fakta semata, konsep tersebut terus berubah menjadi diri telah terpilih sebagai insan untuk melaksanakan tanggungjawab yang orang lain belum tentu boleh laksanakan sebaik diri kita. Jadinya ada aturan atau ganjaran lain telah di sediakan selepas menjalankan tanggungjawab ni. 

Contoh lain, tengah duduk minum kat meja restoran, tetiba di datangi seorang peminta sedekah. Kalau ikut fakta akal, akal akan translet peminta sedekah ofcz dia nak duit. Kenapa dia datang kat kita sebab kita ada duit. Tapi bila kita tukar pemikiran fakta kepada sesuatu yang bukan logik akal, kaki mereka melangkah adalah di tetapkan oleh DIA untuk mereka datang kepada kita. Kenapa DIA aturkan mereka datang kepada kita, adalah kerana kita insan yang tepat akan beri apa yang mereka nak. Kenapa DIA pilih untuk datang kepada kita, kerana ingin memberi imbuhan berlipat ganda selepas kita beri apa yang sepatutnya kepada peminta sedekah tu. Melalui sedekah itu, DIA nak bantu padamkan dosa berat dan ringan yang kita miliki.

Aku atau sesiapa takde jawapan.... Hanya DIA....

Thursday, April 3

SET POSITIF


Dah lama aku kepam kan idea entri aku hari ni. Lama la sangat kan. Ni pon idea masa aku nak masak petang tadi. So sementara tunggu masa aku nak post, aku kena simpan la kat dalam otak aku ni bebaik. Kalau boleh transfer data dari otak aku ke Laptop ni, dah aku buat dah. Sekarang masa aku nak keluarkan segala idea idea yang bernas ni.

Hidup ni kalau takde STRESS memang bukan namanya KEHIDUPAN. Macam life aku sekarang ni, aku tak tahu macam mana nak settle kan everything yang merumitkan. Kadang kadang nampak je happy, ketawa tapi dalam diri hanya DIA je tau apa yang aku fikirkan.

Siapa yang tak nak kehidupan sempurna. Semua nak. Hidup sempurna bukan bermakna nak KAYA. Tapi harta memang perlu untuk teruskan kehidupan. Betul kan? Nak cakap satu persatu atau nak jelaskan satu persatu apa itu KESEMPURNAAN, apa itu KESENANGAN, apa itu KEKAYAAN, banyak sudut yang aku kena lihat. Sebab setiap apa yang aku lakukan dalam hidup ni semua nya saling berkait. Yang mana kunci nya untuk capai KEBAHAGIAAN. 

Bila aku jalani kehidupan aku sekarang, bukan bermakna aku hanya PASRAH ke atas TAKDIR. Sebab bila terlalu PASRAH, aku takut aku terlalu menyerah dan MENGALAH. Apa yang aku lakukan sekarang aku harus menjadi POSITIF. Sebab kehidupan aku ni aturan dari ALLAH. Tapi nak aku ingatkan, dalam konsep faham erti 'hidup kita aturan ALLAH' hanya yang baik untuk kita sahaja itu lah jalan aturan ALLAH. Jangan pulak dok pikir, yang jahat apa yang kita buat pon aturan DIA jugak. Ingat yang baik datang dari DIA, yang khilaf itu dari kita hamba DIA ni.



IKAN GORENG MASAK CILI PADI lauk kegemaran adik aku

Gambar Lepas Makan, sebab tu nampak macam sikit. Dah di kutil kan. =)

Jangan di tanya kenapa aku lebih kerap update blog waktu waktu macam ni. Sejak jadi 'suri rumah' tak bertangga ni, waktu ni je yang lapang untuk aku. Siang hari nye aku busy dengan kerja kerja rumah. (Busy la sangat kan) Even tak se 'busy' mana pon, tapi untuk waktu siang hari aku memang tak berkesempatan nak tengok blog atau nak berblog'walking' ke. 

Jadi ini jela masa yang suitable untuk aku jalankan tanggungjawab meng 'update' blog. Almaklum lah, kerjaya BLOGGER memang macam ni. Hhahahha... masuk bakul angkat sendiri aku ni. Rutin harian aku memasak pon, tak sama macam orang orang rumah yang lain. Tepat jam kol 10 pagi, masing masing dah kelam kabut kat dapur. Nak masak tengahari. Tapi aku jarang nak masak tengahari. Sejak penghuni rumah ni ada 4 orang je (Ibu, Aku, 2 orang adik aku) lauk kat rumah ini agak limited. Sebab takde sape nak makan. Kalau banyak makan pon, tu aku la orang nya.

Tapi bila dah hari demi hari demi hari demi hari aku masak, kadang tu sampai nak Jem otak aku nak pikir masak apa untuk hari ni. So untuk lauk hari ni, aku masak IKAN GORENG MASAK CILI PADI. Kenapa lauk ini menjadi pilihan, sebab lepas aku keluarkan ikan dari frezer, jejenguk pulak dalam peti ais ternampak CILI PADI. So, otak pon refresh cara masak nye. OK! SET! masak lauk tu hari ni.

Lagi pulak aku memang nak masak lauk simple, so itu la simple nye lauk yang terjadi hari ini. Adik aku yang bongsu suka sangat lauk ni. Jarang dia balik sekolah, akan tegur aku 'lauk apa angah masak hari ni?'... Tapi hari ni, laju je dia nak makan ' angah adik nak makan nasi dulu'.. Sebab kalau kat luar pon, dia biasa cari ikan cili padi ni. Siap di pesan, 'Esok angah masak lagi ek ikan ni?'. 

Masa makan tadi, ada pulak dia tanya kat aku, 'tadi angah search ke kat internet nak masak lauk ni?' Hellloooo adik.... ingat akak ekau ni tak reti masak ke.... hadooiiiiii adikkk adikkk.....

Hari ni je 3 kali dia makan nasi. Sodap sangat la lauk aku masak hari ni. =)

Wednesday, April 2

UNCLE JACK FRIED CHICKEN : Giant Meru, Klang


Time time macam ni lah biasanya aku akan free. Lepas dah settel kan kerja harian aku, so sebelum tido aku akan amik masa nak tengok FB and BLOG aku ni. Aku akan review tajuk tajuk yang pending dan belum aku update lagi. Jadi tajuk post kali ni yang bernama UNCLE JACK FRIED CHICKEN adalah salah satu tajuk yang belum aku habis kan.

Sebelum aku post citer tentang Uncle Jack ni, aku ada try google dulu mana tau bole dapat sikit info tambahan mengenai Uncle Jack ni tapi sayang. Tak banyak sangat info plus aku sendiri tak dapat cari company yang incharge bisnes Uncle Jack ni. 

Tapi dari apa yang aku nampak, biasanya stall Uncle Jack ni biasanya akan ada kat shopping center. Kalau kat area klang kat umah aku ni, korang bole pergi ke Pasaraya Giant Meru untuk cuba Uncle Jack ni. Mula mula masa Uncle Jack ni wujud kat Giant, aku lalu je kat sana. Tak pernah la sekali tu nak beli ke, cuba ke. Tak pernah lansung.

Yela kedai kedai macam tu, aku tak layan sangat. Biasa la persepsi rasa makanan kat situ biasa biasa je. Nak makan ayam, pergi KFC je. Nak makan nasi ayam, cari kat kedai kedai yang mungkin sedap dari Uncle Jack tu. Tapi bila dah try, honestly tak la sehebat di kedai yang ada nama macam KFC or Chicken Rice Shop. Tapi tekak bole terima la. Dan harga set pon murah murah. 


Tapi setiap kali aku pergi Giant, Kaunter Uncle Jack tak pernah kosong. Mesti ad yang datang beli. Dari situ la aku rasa macam nak tau,sedap ke makanan Uncle Jack ni. Macam aku cakap tadi la, rasa atau taste mungkin tak setanding restoran mahal. Tapi untuk mereka mereka yang berpendapatan kurang banyak, tapi keinginan tu tinggi, jangan risau set Uncle Jack tak semahal mana. 


Monday, March 31

KEDAI KAIN 1 MALAYSIA & KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA

AMARAN: Ini Bukan Blog Politik dan tidak Mengandungi sebarang isu politik. SEKIAN.

Sejak wujudnya Kedai 1 Malaysia ni yang aku sendiri tak aware bila masa kewujudan nya (nanti-nanti la aku google) dan Yang aku tau hanya sebut slogan 1 MALAYSIA je. Ni la kali pertama aku masuk dan jejak kan kaki ke dalam kedai Kain 1 Malaysia dan Kedai 1 Malaysia. 

Jumaat lepas, aku balik kampung belah ayah aku kat Bagan Datoh, Perak. Kerana ada urusan keluarga yang tak dapat di elakkan. Baru perasan kat pekan Bagan Datoh tu ada kedai 1 Malaysia ni. Sebenarnya dekat area Klang atau area Selangor aku sendiri tak tau kat mana lokasi kedai 1 Malaysia ni ada. 



Pertamanya aku akui aku tak rasa penting nak tau sebab perception mengatasi kehendak. Pernah gak aku terfikir yang mana perkara pertama bermain kat otak aku, BERKUALITI ke barangan kat kedai 1 Malaysia ni? Kalau nak compare kan harga dengan kedai kedai biasa, aku rasa memang pon kedai 1 Malaysia ni kemungkinan harga dia lebih murah atau lebih senang di maksudkan ialah MAMPU MILIK. 

So dah alang alang kedai tu kami dah jumpa depan mata, singgah je la terus kan. Kalau tak membeli belah pon, sekurang-kurangnya pernah la jugak jejak kaki ke kedai Rakyat 1 Malaysia. Ibu aku actually teruja nak tengok tengok kain yang di jual dalam kedai tu. Yela dia suka menjahit. Dan ada juga planning nak jual baju jahitan dia sendiri. So, kira macam survey la harga harga kain. Kot kot la rezeki sampai, bole la cari supplier kain murah-murah tu.


Masuk je, aku terus tengok satu satu setiap kain yang ada. Dah tengok, pastu pegang pulak. Yela nak rasa kain tu sedap ke tak. Macam seperti dalam anggapan. Ada rasa nye lembut, sejuk..pastu ada gak yang rasa nya keras, panas. Ala..bagi aku tak pelik kot. Kedai kedai kain biasa pon sama jugak. Tak semua nya rasa sedap seperti yang kita harapkan. Contoh macam kat Jekel. Yang mahal, conform conform la sedap..sejukkk... selesa....tapi kena take note...iaitu PRICELY sikit. Jadi kalau rasa nak cari kain yang under budget, dont be so demanded sangat la kan. But, yang kain under budget pon still ada yang cantik dan selesa rasanya.

SERIUS!!



Selepas si Ibu selesai memilih nak yang itu ke ini, aku pon sempat la jugak menyinggah ke kedai Rakyat 1 Malaysia. Konon konon nak buat pemantauan la konon. Padahal selain nak cari deodarant aku yang dah habis, aku saja nak masuk amik gambar, yang tu PENTING! Untuk pengisian blog aku ni. Lepas tu ronda ronda la kejap dalam kedai tu. 



Ni je gambar yang aku dapat snap dalam Hp aku ni. Actually barang barang ni kat area depan je. Tak masuk dalam lagi. Nak amik lebih lebih tetiba aku perasan ada staff dia dok perhati kat aku je. Dah tu aku buat tak tau, terus kuar dari kedai ni. Dan dan mata aku terus melilau kat dinding kedai kot kot ada note yang diorang tampal untuk warning CAMERA NOT ALLOWED. Kehkehkeh!!!!


Selfie la kojap yoooo!! =)

Sunday, March 23

Kelas Memandu: Bermula lah hari ini

Hai hai hai semua. Hari ni takde post yang penting penting. Saja nak share pengalaman untuk hari ini. Seperti yang korang semua BELUM tahu, sebab aku tak bagi tahu lagi kannnn... Hari ni aku dah start kelas memandu untuk hari yang pertama. Baru kelas pertama, tapi otak dah fikir..."macam mana kelas kedua.. ketiga... keempat... praktikal... Test JPJ... ooohhhhhh stresss!"

Dengan hati yang dah bersedia lama ni, aku akhirnya kalah dengan penantian yang terlalu lama. Hambooiii ayat aku klasik betul. Yela aku fikir bila lagi nak belajar drive kan. Ibu aku pon bukan larat lagi nak memandu. Takkan aku nak harapkan dia. Dengan keadaan sekarang yang memang memerlukan aku untuk tau memandu, so aku kena juga belajar.

Sampai je kat tempat belajar, hati aku memang dah ready 100%. Takde rasa neves ke? Tipu la nak cakap takde. Ofcoz ada. So cikgu aku (Nama dia Wak Maamur),aku panggil dia wak je. So sebelum aku di benarkan bawa keter, wak terangkan sedikit sebanyak yang penting je la. Dia citer pasal padel minyak, brek, clash, gear. Dah pom..pang..pom..pang citer, wak cakap, " Ok? Dah bole bawak?"

Ooohhh..soalan yang di keluarkan memang tak mengizinkan aku cakap "huhuhuh...Tak ready lagi la wak..". Kalau rasa nak kena halau dari kereta, cakap la macam tu ye. Datang nak belajar conform aku kena belajar dan BAWAK!!

" Ok.. jalan...lepas kan clash perlahan-lahan...signal... belok kanan... berhenti... tengok kiri kanan..takde kereta baru pusing... bla...bla...bla..." 

Haaa..macam tu la dialog wak masa ajar aku tu... pastu.. dah habis beberapa round... 

"Lepas ni kita drive kat luar ye..jalan besar tu..."
"Haaaaa!!! hari ni ke???"
"Yela.,... habis tu sampai bila nak berani... jalan kat dalam ni kecik... jalan kat luar tu besar... boleh tekan minyak..."

Dengan rasa akur nya ke jalan raya juga aku hari ni... Masa drive tu tengok BAS...LORI.... eerrr.... betul ke aku bawak ni... fffiiuuhhhhh..... Pastu kalau korang nak tau..masa sampai kat traffic light... kereta aku mati... hahahha adalah dalam 2 3 kali gak... dari lampu merah.. ke hijau... ke merah balikk... kesian kereta kat belakang aku tu. Tapi diorang nak marah pon mana bole. Nama pon belajar.. sabor je la yee... 

**Esok ada kelas lagi... chayok..chayok!!!

Sunday, March 16

School of Blogger: Ilmu dari SBB2014

Tetiba aku teringat yang aku belum lagi berkongsi ilmu yang aku dapat masa menghadiri SBB2014 pada 8/3/2014 yang lalu. Walau pon main utama penganjur yang anjurkan program SBB2014 ni adalah untuk mnegumpulkan semua blogger yang wujud di alam maya, dan kini bertemu di alam realiti.

Dan semasa program dijalankan, aku rasa aku je kot yang bawak keluar buku dan pen untuk tulis segala note yang memberansangkan untuk aku kembangkan lagi minat dalam penulisan blog ini.

So dari pengkosian yang di berikan dapat gak la point point yang bole aku ketengahkan. Antaranya dari Abg Ben kita, dia pesan bila kita nak tulis entri biar lah ia datang dari hati. Biar ikhlas. Beliau ad juga share story sikit macam mana dia mula-mula berjinak dalam blog. Aku rasa cerita dia common gak la. Macam aku masa mula-mula start. Tulis macam buat karangan sekolah. Lama-lama bila kita dh review super senior yang dah berblog awal dri kita, then dari situ kita mula belajar.

Make it short and simple. Guna bahasa yang mudah di fahami. Santai. Friendly post. Hahaha bkn main lagi kan. Tapi macam tu la pesan Abg Ben. 

Red Mummy pulak, dia pesan bila kita dah pilih jalan dan minat untuk berblog, kita kena ready untuk BERKORBAN. Korban dari segi masa. Dan perlu ada time table. Contoh kalau kita ni suri rumah, kita kena pandai bahagi kan masa. Masa untuk anak-anak, suami. Kalau siang tu settle kan kerja sebagai seorang then malam, boleh bagi masa untuk siapkan kerja berblog.

Dulu aku rasa dunia blog ni ibarat cikai cikai je. Tak ramai yang nampak akan peluang yang tersirat dalam dunia blogging ni. Tapi bukan sekarang. Sekarang ramai businessman dan businesswoman memerlukan blogger sebagai platform diorang untuk enhance market bisnes.

So ini yang menjadikan aku lebih bersemangat. Aku nak juga capai something dalam dunia blogging yang orang tak nampak lagi.

Saturday, March 15

Aku suka berfantasi

Aku suka berfantasi. Suka bermonolog seorang diri. Macam watak Lisa Surihani dalam Istanbul Aku Datang. Macam mana watak lisa dalam tu, macam tu jugak la dengan diri aku ni. Suka buat expresi muka saat aku tengah neves, gemuruh, dan paling penting aku suka mengomel sorang-sorang.

Gila ke aku??

Aku pasti tak. Aku suka membayangkan diri aku unik dari orang lain. Dan aku nak jadi lain dari yang lain. Menjadi seseorang yang unik adalah satu benda yang pada aku...FANTASTIC!!

Kalau macam dalam citer Istanbul Aku Datang tu, lisa adalah seorang blogger juga. Macam aku ni...Kalau korang perasan, lisa masa nak update blog dia akan sengih sorang-sorang. Membayangkan...merasakan apa yang dia nak update dalam blog. Dan macam tu la diri aku.

Cuma kalau nk di bezalkan siapa aku ni dengan lisa...bagai langit dengan bumi la jawabnya. Hhhmmmm dan....itu la sedikit sebanyak  tentang watak dan personaliti diri aku.

Thursday, March 13

Ibu: Wanita terbaik dalam hidup aku

'Aku hanya menduga tidak mampu merasa sebenar-benar perasaan mu. Pengorbanan yang kau lakukan untuk dewasakan ku. Hanya bisa di tanggung hati IBU'

Seperti dalam lirik lagu Ibu, nyanyian Dato' Siti Nurhaliza 'air mata ibu'.. Sekuat mana hati aku, setabah mana diri aku, segagah mana sifat aku, aku tetap KALAH dengan Insan yang bernama Ibu.

Jika aku kata aku boleh berkorban, tak ternilai beratnya PENGORBANAN yang ibu aku pernah beri pada aku dan adik beradik aku. Tak berguna aku rasa diri aku ni sekiranya aku tak bole berikan seperti mana yang Ibu pernah berikan.

Dari saat aku tak faham, tak kenal siapa diri Ibu aku sebenar. Baru kini aku faham kenapa air mata ibu bisa menangis. Kenapa nafas ibu bisa terdengar bunyi keluhan. Dan sekarang aku berfikir, berfikir , dan terus berfikir.

Aku taknak merungut segala kesusahan  yang aku alami. Aku nak terima dengan Ikhlas, sabar, redha. Semua ini berlaku bersebab. Semua terjadi kerana kesilapan aku sendiri. Allah beri semua ini pada aku. Dan Allah juga dah beri cara penyelesaiannya. Tugas aku harus mencari jalan itu.

Akhir penceritaan ini...aku pasti dan yakin...Allah akan beri aku peluang bahagiakan ibu aku.

Wednesday, March 12

Bila melihat Ibu belajar benda baru.....

Sebelum aku memulakan bicara aku nak ucapkan

ASSALAMUALAIKUM....

Haaaa...ni baru betol seorang blogger yang mempunyai didikan agama. Waaa... Nampak sangat seperti menunjukkan. Kehkehkeh... Ok la aku nak story malam ni bukan nak buang masa celoteh panjang-panjang. Sejak berkurun aku jadi suri rumah single ni, mata memang dah jadi masalah besar  sebab tak boleh nak tido awal.

Memang betol la orang cakap hidup ni ibarat roda. Kita ni bukan  selalunya akan berada di atas. Pasti akan merasai juga saat di bawah. Dulu aku percaya Ibu yang akan tengok perkembangan tumbesaran kita. Tapi kali ni aku pulak melihat perkembangan ibu.

Ibu aku cuba masuk ke alam atau dunia teknologi. Teringat pulak aku kat iklan raya beberapa tahun lalu "burung apa? Burung muraiii"... Kesabaran seorang ayah menjawab persoalan anak dia, biar pun soalan  tu berulang kali di tanyakan.

Macam tu la aku tengok ragam ibu aku sekarang ni. Sejak dia tukar pakai Tab Lenovo, so dia quite excited nak on itu ini. Dia tanya pasal Wassap, FB, pastu adik aku ajar pulak pasal Instagram. Haaaa mau tak pening kepala dia. Nanti kang kejap kejap tanya aku...

"Angah...ni kenapa bla..bla...bla..bla..."

Haaa berulang la soalan pertanyaan ibu. Dan aku akui  ada jugak aku dok rungut dalam hati...'haaiiihhh apa lagi ibu niiii....'

Sungguh! Aku berdosa saat itu. Dan aku sedar akan kesilapan halus yang aku lakukan. Tetiba masa tu aku terbayang,

"Macam mana ibu layan aku saat dulu....?"

Jangan jadi anak derhaka ye ATIKAH.....

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...