Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Tuesday, September 19

BUSKING COMPETITION



(This is sharing info blogpost)

Assalamualaikum semua. Pagi-pagi masuk ofis dan on PC ternampak pulak notification dari facebook (Ooopppss! kantoi buka facebook dulu dari buat kerja hehehe) Afdlin Shauki  ada  create satu event for this coming 23 & 24 September 2017, Sabtu dan Ahad iaitu berkenaan Busking Competition. 

Kalau lah aku ada group busker tak tunggu minit dan sesaat aku akan join. Tapi nak buat macam mana aku tak ada banda busker. Impian nak nyanyi live dengan band tu membuak-buak. Tapi tak ada rezeki lagi. (U all yang ada group busker, jangan lah segan-segan invite aku. hahahah)


calling all buskers seantero Malaya.. pada 23 & 24 Sept (sabtu&ahad) 8pm - 11pm nih Afdlin's Comedy Planet menganjurkan "BUSKING COMPETITION"... jom tunjuk & pertandingkan bakat² anda di sini.. bakal juara akan di'shortlistkan' utk program SYIOK TV yg bakal dilancarkan tidak lama lagi..
.
ENTRANCE FEE hanyalah RM50 per group 
👉1st prize RM250.00 + (hadiah/hamper misteri)
👉2nd prize RM100 + (hadiah/hamper misteri) *sehari terhad kepada 20 GROUP SAHAJA..so better book sekarang!!! Syarat² penyertaan:
🔹terbuka kepada rakyat Msia,Singapura & Brunei
🔹tiada had umur (yg bawah umur tu sila dapatkan kebenaran dari parents/penjaga.. klau mak bapak korang dtg sesah korang dgn batang paip kat stage nanti anggap jela kami xkenal ko ye dik!!)
🔹sila bawa instrumen SENDIRI.. kami hanya provide mic & sound system sahaja
.
untuk uolls yg nk walkin/dine-in waktu show tiket dikenakan..murah jerrr

early-bird RM15 per person (valid b4 23 sept, saturday)
angry-bird RM20 per person (if u purchase on saturday & sunday)
*1tix valid for 1day show only
*kids below 6 years old is free
.
jom set date & schedule anda weekend ni kita makan sambil berhibur di Afdlin's Comedy Planet, level 3 great eastern mall, jln ampang, kl
.
for booking & enquiry, sila call Yangyang Yong di 01152589434 atau
Sehandal HandalaH di 01110608140 atau
Comedy Planet KL di 03-27104050 atau
klik link ini utk online direct whatsapp http://afdlinscpkl.wasap.my/ ATAUhttp://cpenquiry.wasap.my/

SHARE JANGAN TAK SHARE . #afdlincomedyplanetkl #buskingcompetition#syioktv #toiletfree #parkingsinggit #makansmbilberhibur


Jadi buat group busker yang diluar sana, yang mana rasa nak grap peluang ini better join. Mana tahu ini rezeki permulaan untuk group korang dalam melangkah lebih jauh lagi dalam bidang nyanyian dan hiburan. Bukan senang nak dapat peluang depan mata tu. Hadir nya mungkin sekali. So jangan buang masa dan terus grap peluang ok!



Sebelum korang tutup post ni, meh tengok video aku kat youtube. Keep support me dan subscribe la ye. Thank You guys!!!

Wednesday, April 29

PENGANTIN DAN PENGAPIT SIAPA LAGI PENTING?

  

Tetiba pulak terfikir tajuk entri ni. Punca nya adalah masa berborak dengan adik dalam kereta lepas balik dari pasar malam. Ahad lepas adik aku jadi pengapit kawan dia. Masa tu dia cakap nak drive sendiri pergi umah kawan dia tu. Tapi tak jadi. Adik aku lagi sorang yang bawa dia. Aku pon cakap la kalau dia pergi sana sendiri mana dia nak park kereta di tu. Lagi pun rumah kawan dia tu sempit. Tapi adik aku kata dah ada dah parking nya.

Haaaaa... bermula la di situ aku dengan adik pon mengisukan topik Sang Pengapit. Terfikir aku tetiba nak tahu antara Pengapit dan Pengantin siapa lagi penting? 

Jawapan aku.....

Tentu-tentu lah pengapit. Kenapa? Sebab sesiapa saja yang jadi pengantin tentu perkara yang merisaukan dia adalah 'SIAPA NAK JADI PENGAPIT AKU?' Haaa.. masa tu la dok kalut nak cari kawan baik la..sedara dekat lah... bidan terjun yang boleh dijadikan pengapit la. 

Mana ada dalam situasi seperti ini pengapit yang cari pengantin. Pernah jumpa yang macam tu? 

'Haaaaa... aku nak jadi pengapit ni..siapa nak jadi pengantin ek?? 
'Pemgantin mana pengantin???'

Tanpa pengapit takkan lengkap si pengantin itu. Setuju tak??

Dan keadaan ini Pengantin akan jatuh no. 2..... 

Ok jangan marah. Ini hanya sekadar pandangan dan gurauan. Ok done post yang tergendala dalam kepala aku ini. 

Sunday, April 19

DI MANA KEADILAN?

Kenapa mereka mudah je terlepas dari pembalasan?

Kenapa mereka dengan mudahnya hidup bahagia selepas mereka meragut kebahagiaan orang lain demi kepentingan diri sendiri?

Sakitnya kami rasa sehingga sekarang. Belum sempat reda kesedihan kejadian yang sama berulang kembali. Kejam sungguh manusia.

Bila dihadapan nampak mulia. Nampak suci. Nampak innocent. Segala jenis kemuliaan semua ada pada mereka. Pijak semut pun tak mati. Kenapa mereka yang disekeliling tak nampak yang kami ini teraniaya? Kenapa tiada seorang dari mereka yang mengenali diri kami datang dan membela kami?

Sedangkan si pelaku sedang berketawa. Bergembira. Bercerita tentang itu dan ini dan tentulah mereka sedang bangga berlakon 'drama' yang penuh dengan babak-babak hipokrit tahap dewa. Jika dunia tiada undang-undang, agama tiada hukum pahala dan dosa. Aku rasa tiada hayat lagi si pelaku untuk terus bernafas.

Pada saat getir ini iman aku dan juga mereka yang merasakan seperti yang aku rasakan sekarang adalah sangat-sangat teruji dengan penganiyaan mereka-mereka yang terlibat. Kerana mereka, kedua insan yang aku sayang pergi buat selamanya. Ya aku tahu itu adalah takdir, qadar dan qadar Allah. Tapi aku perlukan keadilan buat mereka.

Aku tahu insan-insan yang aku sayang sekarang ini sedang bahagia berada di alam kekal. Berada di bawah jagaan Allah sepanjang masa. Tapi bila aku fikirkan saat hayat mereka sebelum ini, terbayang raut wajah mereka, tenungan mata mereka, kesengsaraan mereka, ALLAHURABBI......... hanya Allah tahu ketebalan rasa marah yang ada dalam hati aku.

Ya Allah.... Kau Maha Mendengar. Kau Maha Mengetahui. Kau Maha yang Melaksanakan. Kau tempat aku bergantung harap. Kau Maha Berkuasa. Kami 100% mengaharap pada Kau Ya Allah. Berikan lah keadilan kepada kami. Pembelaan kepada kami. Demi 'mereka' Ya Allah. 


Tuesday, April 14

Mamil® MomMe Saturdays



Mamil® MomMe Saturdays| Meraikan Ibu, Berkongsi pengetahuan, dan Memberi Nasihat keperluan Nutrisi Kanak-kanak telah pun diadakan pada 11 April 2015 di Petaling Jaya selangor. Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi mendedahkan kepada Para ibu berkenaan nutrisi-nurisi yang diperlukan oleh kanak-kanak. Bengkel yang telah pon bermula pada April akan memberi tumpuan untuk membantu para ibu untuk mengatasi setiap persoalan lazim berkenaan nutrisi anak-anak. 


 

Dalam bengkel tersebut, didatangkan khas seorang jururawat dari Britain yang mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam penjagaan kanak-kanak , Jacki Siew, telah memberi kaunseling kepada para ibu mengenai cara-cara menangani masalah kanak-kanak yang lazim seperti demam dan selsema. Para ibu juga turut diingatkan pentingnya untuk mendapatkan keterangan dan penjelasan dari doktor berkenaan perbezaan demam biasa dan demam denggi oleh kerana peningkatan demam denggi di sekitar Lembah Klang kian meningkat.




Para ibu yang hadir pada bengkel tersebut turut dihadiahkan dengan product Mamil® serta barangan eksklusif bernilai lebih RM160 ini termasuklah baucar tunai bernilai RM30 untuk pembelian product Mamil®

Lagi gambar pada Bengkel Mamil® MomMe Saturday: 













Monday, April 13

HAPPY BIRTHDAY TO ME


Happy Birthday To Me
Happy Birthday To Me
Happy Birthday To Atikah Norbaki
Happy Birthday To Me

Allah selamat kan Aku
Allah selamatkan Aku
Allah selamatkan Atikah Norbaki
Allah selamatkan aku

Selamat HariJadi Diri sendiri a.k.a Atikah Norbaki. 

Wahhh buat entry hari jadi sendiri. Kau adooo?? Tapi dah makin besar remaja ni takde rasa apa pon bila birthday ni. Ni pon nyenyaris terlupa birthday sendiri hari ni. (Ecehhhh!)

Genap la umur aku 27 tahun. (Another 3 years 30 tahun) OMG!! 

Ok tolak tepi soal umur aku tu. So bila dah makin dewasa anak Ibu sorang ni, macam-macam benda aku perlu fikirkan. 

Masa depan.
Kerjaya.
Family Planning.
'Anak' planning. (Hammboiii..statement mintak kaki)

Selamat menempuh alam Officially Dewasa ini. I all still single mingle. So nak datang minang, bole jumpa my Ibu ok. Hahahah promote diri sekali.

13.04.2015 HAPPY BIRTHDAY!!!!!

Saturday, April 11

PASTE ANI SUP UTARA

Paste Ani Sup Utara| Sebagai peminat tegar sup, suka untuk aku nak share dengan korang semua tentang Paste keluaran Ani  Sup Utara. 


Untuk pengetahuan korang semua Paste Sup ni tidak dijual di mana-mana kedai atau market kecik ke market besar ke pasaraya shopping mall atau mana-mana kedai jualan barangan basah atau kering.

Boleh di miliki EXCLUSIVE di restoran makanan Ani Sup Utara sahaja. Jadi kalau rasa nak dapat kan paste ni kena redah kedai makan mereka lah. Haaa nampak tak teknik marketing mereka. kalau mereka tak makan pon..beli paste ni je dah boleh cover kos set makanan kat situ. Kalau yang tak pernah makan lagi di Ani Sup Utara secara tak lansung boleh mencuba.

Berbaloi ke beli?

Honestly sangat berbaloi. Sebab? 1 @ 2 paste tu boleh disediakan dalam 1 periuk besar. Kalau makan kat kedai tak puas. Dapat 1 mangkuk je. Kena pulak pelanggan jenis macam aku ni memang suka menghirup sup. Sebab pada aku rasa Ani Sup Utara ni dia ringan. Tak penuh dengan bahan-bahan dan yang penting tak berminyak sangat.


Ini contoh hidangan dari Paste Sup Ani Utara. Aku hanya rebuskan daging je. Make sure daging empuk. Then aku pakai paste tu je. Rasa dia Superbbbb!! Macam kat kedai gak. Kali ni nak makan bole la bertambah. Kalau dikedai nak tambah kena extra bayarkan. Kali ni beli je paste tu dan boleh makan berapa kali ikut suka hati memasing.

Ok sampai sini dulu perkongsian aku. :)


Monday, February 16

FOKUS

Since aku mula kerja dalam sektor kerajaan ni aku perasan yang fokus aku adalah 200/100 lebih dari pengalaman kerja aku yang sebelum ini. Mungkin kerana aku dah mula rasa yang aku sekarang kerja bukan untuk shorterm. Tapi adalah long term. Dulu mungkin lah aku rasa tak suka je berhenti. Tukar kerja lain. Ada masalah sikit je berhenti dan cari kerja lain. Jujurlah dulu even dapat peluang kerja pun aku rasa macam main-main je.

Mungkin kerana faktor-faktor seperti umur, tanggungjawab pada keluarga, perancangan masa depan, dan aku bukan lah lagi remaja macam zaman belajar dulu (tapi dalaman maintain remaja hookkayy) yang banyak main je dan fikir senang untuk dapat kerja lain kalau tak sesuai dengan kerja sekarang. Tapi sekarang fikiran aku bukan lagi macam tu.

Fokus! Fokus! Fokus!

Walaupon banyak perkara yang mungkin kita fikir dalam 1 masa yang sama, tapi bila kita tahu kita ada komitmen yang perlu kita fikirkan. Selari dengan kedewasaan umur dan diri. Perkara ni akan jadi secara tanpa kita sedar. So automatiknya kita akan FOKUS. 

Dan setiap hari akan ada saja pelajaran yang baru untuk kita terapkan dalam diri. Ok! time out! Bye!

Sunday, February 15

TIDUR

Tidur..

Aktiviti wajib dikala hujung minggu. 

Kalau ikutkan plan awal aku setiap hujung minggu aku akan gunakan masa yang ada untuk complete kan segala tanggungjawab yang tergendala dek Kerana ke'busy'an dengan kerja harian aku.

Bila dah bekerja ni... 2 hari cuti pun adalah sangat-sangat bermakna pada aku. Setiap saat. Setiap minit pada aku sayang untuk aku gunakan pada sesuatu yang tidak berfaedah.

Tapi memang sekarang ni pantang ada masa yang lebih..baring je confirm aku tidur. Pantang baring... tidurrrr.. pantang free...tidurrr...

Dan sekarang.... feeling semangat nak kerja untuk esok hari...




Wednesday, February 4

RASAI PELAYARAN ISLAMIK ATAU ISLAMIC CRUISE PERTAMA YANG BAKAL MEMBERIKAN PENGISIAN ROHANI


Pelayaran Islamik | Pernah tak rasa diri ingin pergi jauh ke suatu tempat? Tempat yang boleh memberikan diri kita 1000 ketenangan dik kerana diri yang sering di penuhi dengan 1000 ketegangan? 

Adakala ketegangan yang kita alami tu boleh memberi kesan kepada kehidupan peribadi kita. Terutama kesan negatif dalam perhubungan dengan insan-insan yang paling hampir dengan kita seperti hubungan antara anak dan Ibu Bapa, Majikan dan pekerja, Suami dan Isteri. Ataupon ketegangan itu menyebabkan diri kita hilang punca dengan diri sendiri.  

Jadi bila diri di belenggu dengan 1001 masalah, satu sahaja cara yang kita akan lakukan iaitu memohon ketenangan pada Pemilik Alam ini. Banyak tempat yang kita boleh pilih untuk pergi. Dalam dan Luar Negara semuanya ada. Tapi kadangkala kita mahukan satu tempat yang penuh privasi dan jauh dari kesibukkan kota. 



Pelayaran Islamik 1.0

Syukur. Tenang. Damai. Cukup untuk menggambarkan apa itu Pelayaran Islamik kepada mereka yang benar-benar menginginkan privasi dan jauh dari segala jenis masalah. Berbumbungkan langit biru ,bunyi deruan air laut dan menghayati keindahan alam ciptaan Ilahi yang mungkin sebelum ini belum pernah kita nikmati mampu membina aura positif kepada setiap dari kita yang memerlukan.


Pelayaran Islamik 3.0 yang akan membawa anda merantau dari Penang - Phuket - Krabi selama 4 hari iaitu dari 1 Feburari 2015 hingga 4 Februari 2015 ini bakal diisikan dengan pengisian Rohani oleh Para Penceramah terkemuka yang terpilih khas untuk pelayaran anjuran  pihak Intratama Travel Consultant & Tours (M) Sdn Bhd (ITCT). 

Image 7

Penceramah Jemputan:

* Ustaz Badlishah - Penceramah Bebas
* Sheikh Abdelaziz Ghonim - Ahli Majlis Fatwa Al-Azhar Tanta / Ustaz Arab Kelate
* Dato Hassan Mahmud - Penceramah Bebas
* Dato Dr.Hj.Fadzilah Kamsah - Pakar Motivasi
* Imam Muda Miril


pencetusummah


Pelayaran kali ini bukan lah satu pelayaran 'kosong' seperti yang mungkin kita bayangkan sebelum ini yang mana berpeluang berlayar diatas satu kapal besar dan hanya menghayati ketenangan sahaja. Ketenangan yang di perolehi itu kan lebih baik kita gunakan sebaik mungkin untuk menambahkan lagi ilmu keagamaan yang mana itu lah tunggak ketenangan yang sebenar-benarnya. 

Di antara Aktiviti dan Program Kerohanian yang akan diselitkan dalam Pelayaran Islamik 3.0 :

*Ketahui Kedudukan Qiblat
*Pelajari Solat Jama' dan Qasar
*Ceramah dan Kuliah
*Qiyamulail
*Zikir dan Selawat
*Soal Jawab Bersama Ustaz
*Program Ziarah
**Makan malam kesyukuran

Program Pelayaran Islamik sebelum ini:

Pelayaran Islamik 1.0

Pelayaran Islamik 1.0

Pelayaran Islamik 1.0

Pelayaran Islamik 1.0

Pelayaran Islamik 1.0

Pelayaran Islamik 1.0

Pelayaran Islamik 1.0

Pelayaran Islamik 1.0

Pelayaran Islamik 1.0

Pelayaran Islamik 1.0

Pasti anda dapat rasakan keghairahan pelayaran yang bakal anda perolehi dalam Pelayaran Islamik 3.0 akan datang pada Februari 2015 nanti. Untuk mereka yang tertanya bagaimana untuk dapatkan pakej pelayaran ini boleh buat tempahan terus menerusi online booking :



Sebarang pertanyaan berkenaan Pelayaran Islamik 3.0 atau mungkin anda ingin mendapatkan kesahihan  info   boleh terus hubungi terus di alamat: 

INTRATAMA TRAVEL CONSULTANT & TOURS (M) SDN BHD (631893-A) (KPL 4104)
2-08, Jalan Prima SG 1
Prima Sri Gombak, Batu Caves
68100 Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : +603 6185 0010
Fax : +603 6189 9010
Email : info@intratamatravel.com

** IntraTama Travel Consultant & Tours (IntraTama) selaku penganjur rasmi. IntraTama tidak pernah melantik mana-mana individu, agen, syarikat pelancongan, dealer ataupun pemborong mewakili IntraTama dalam sebarang transaksi berkaitan Pelayaran Islamik™ ini. 


Wednesday, December 24

CELEBRITY LASS MENGURANGKAN BAU BADAN




Produk Celebrity Lass | Aku tahu aku ni comel.. cantik tu kurang lah tapi lawa tu lebih. Akan tetapi semua keistimewaan aku itu takkan bermakna sekiranya ada bau yang kurang enak hinggap di badan aku. Bau peluh dari badan ni kira normal la kan. Mana ada yang berpeluh ni tak berbau. Tapi sebenarnya bau kurang enak ni adakala di sebabkan ketiak popo kita. Percaya tak?

Dan itulah masalah yang selalu aku hadapi. Bila dia dah start keluarkan satu bauan yang aku sendiri tak selesa, lagi aku kurang selesalah bila nak berhadapan atau bersama dengan rakan-rakan yang lain. Dah lama dah aku nak cari produk yang boleh mengurangkan bau ketiak popo aku. Bukan aku tak pernah cuba produk yang ada. Dah macam-macam jenis pewangi ketiak dah aku cuba tapi ada yang tak ok dan ada yang tak tahan lama.

Satu hari aku terbaca promo dari Blogger Abang Ben tentang product Celebrity Lass ni. Bila aku dah baca sharing dari Abang Ben tu, aku terus la order dengan owner dia. Tak tunggu esok pon. Lepas baca..hari tu juga aku terus contact penjual nya. Thank you Abang Ben kenal kan produk ni.

Wassap Celebrity Lass: 019-5222844

Untuk pengetahuan awak awak awak semua, selama 2 minggu aku pakai product Celebrity Lass ni.. aku dah tak sentuh mana-mana pewangi deodarant pon. Hanya 2 titik dari Celebrity Lass ni, memang tahan untuk 1 hari. Bukan la aku kata lansung tak ada bau nya. Cuma bauan 'harum' itu terkawal dari biasa. 

Aku suggest pada sesiapa yang ada masalah sama seperti aku, WAJIB cuba Celebrity Lass. Aku pon nak repeat order product ni.



Tuesday, December 23

LAMAN WEB INTERAKTIF BARU DARI DISNEY JUNIOR PIRATE AND PRINCESS: POWER OF DOING GOOD

 Pirate and Princess: Power of Doing Good| Laman web berinteraktif baru dari Disney Junior khas untuk mendidik kanak-kanak masa kini dengan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka.

Sesuai lah dengan peribahasa yang kita ketahui "Melentur Buluh, Biarlah Dari Rebung nya" sangat sesuai untuk kita jadikan sandaran dalam mendidik anak-anak dengan nilai murni kehidupan.

Kempen Pirate and Princess: Power of Doing Good Disney Junior bertujuan memperkenalkan kepada kanak-kanak yang berusia antara 2-7 tahun idea dan nilai-nilai cinta terhadap - alam semulajadi, haiwan dan saling bantu-membantu. Kempen ini juga akan memperkasakan kanak-kanak prasekolah untuk turut serta dalam aktiviti sukarela yang digalakan ibubapa dan disokong oleh masyarakat.  

Kalau kita tengok dari berita-berita tersebar kini, ada saja topik atau cerita yang menunjukkan tentang kekejaman manusia terhadap haiwan, kes penderaan terhadap kanak-kanak, dan macam-macam lagi penyebaran berita yang tiada nilai-nilai murni sebagai seorang manusia. Jadi takkan kita nak biarkan generasi muda kini terutama kanak-kanak terdedah dengan sifat negatif sebegini. Sudah tentu kita sebagai dewasa dan Ibu Bapa nak kan mereka jadi yang lebih baik untuk masa akan datang. Betul tak?

Kempen Power of Doing Good di Disney Junior memperkasakan kanak-kanak dan keluarga mereka dengan maklumat dan peluang untuk bekerjasama dengan kawan-kawan, keluarga dan komuniti mereka untuk meninggalkan kesan positif kepada alam sekitar mereka.


Watak popular Disney Junior Jake (dari Jake and the Never Land Pirates) dan Sofia (dari Sofia the First) akan menjemput kanak-kanak dalam pengembaraan yang memperkasakan diri melalui kempen Power of Doing Good.

Dengan pemilihan watak Pirate dan Princess dalam kempen anjuran Disney Junior ini di harap kekuatan cerita dan watak boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk membayangkan dunia yang lebih baik dan membantu mereka memahami, melalui setiap langkah prihatin terhadap persekitaran dan komuniti, yang mereka berpotensi membuat perubahan positif terhadap dunia ini.

Bagi merialisasikan kempen ini kepada kanak-kanak ,Ibu bapa perlu lawati dan  memuat turun senarai aktiviti-aktiviti menyeronokkan dari laman web:

www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com

Nilai murni yang akan di berikan kepada kanak-kanak ini berasas dari empat tema iaitu Komuniti, Haiwan, Alam Sekitar dan Penceritaan. Sijil dan lencana penghargaan online akan diberikan kepada kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti di dalam laman web tersebut.






Friday, December 19

SEMINAR BUAT DUIT AFFILIATE DENGAN BLOG

 Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog| Pada 13 Disember 2014 yang lalu, pihak Denaihati & The geng telah mengadakan Program 1 hari iaitu Seminar Affiliate kepada para blogger di Malaysia. Dan aku adalah salah seorang yang bertuah dapat peluang untuk ke seminar tersebut.

Affiliate. Bukan pertama kali aku dengar tentang sumber perniagaan dan peluang dalam affiliate. Pernah jugak aku nak menceburi dalam bidang affiliate ini. Sebab nya? Sebab aku tengok orang lain buat senang je...ok je... so aku pon dengan confident bijak, join juga lah. Sign up beberapa website Affiliate yang ada. Tapi.... teetttttt! Nothing. 

Orang berjaya selalu berpesan, nak buat apa-apa terutama bila nak buat benda baru..perlu lah berguru. Kenapa perlu berguru.. sebab sah-sah lah aku ni tak tahu apa yang aku nak buat tu kan. Kesan nya... haaaa memang tak menjadi sangat lah.


Haaa... ni la hasilnya bila kita 'berguru' . Tapi ada gak info yang terlepas. Tu yang macam lapang nampak paper note aku ni. Tapi tak apa. Panel seminar tempoh hari banyak gak ulang info yang sama. So dapat lah cover sikit yang mana terlepas tu.

Dalam tak sedar bila aku dah jebakkan diri aku dalam berblog, sebenarnya aku dah pun berada di landasan yang penuh dengan peluang. Cuma aku perlu pandai gunakan peluang yang ada. Dan kini aku sedar Affiliate adalah peluang yang sangat terbentang luas untuk aku sebagai blogger. Kenapa? 

Sebab skill aku sebagai blogger ni dah ada. Excellent la katakan. Sekarang aku perlu tajamkan lagi dengan ilmu affiliate ni. 

Sedut aura positif dari awards Denaihati. 

Persepsi dahulu: Affiliate ni..buat entri tentang jual barang. Masukkan link yang mereka bagi dan assume orang datang akan klik. Pastu dapat duit. 

*nampak tak orang takde ilmu buat andaian. Tidak lah semudah itu...

Persepsi sekarang: Affiliate ialah satu suggestion. Suggestion yang kita buat pada produk affiliate itu adalah datang dari pengalaman kita sendiri. Sebab sebaik2nya bila kita nak lakukan sharing, we need to know first about the product. Dan lebih cantik lagi bila kita dapat share tentang experience kita sendiri. 

Bila kita buat program affiliate ini, kita perlu tahu:
1) Perlu tahu siapa owner program ini.
2) Apa produk yang di tawarkan?
3) Cara pembayaran yang mereka lakukan.

Ini semua adalah sebahagian info yang aku dapat tempoh hari. Kalau ikutkan banyak lagi input yang aku dapat. Tapi kalau nak cerita 1 entri memang takkan cukup. 

Bersambung....









Sunday, December 14

SATU BENDA YANG TAK BOLEH TINGGAL BILA PERGI BERCUTI


Satu Benda Yang Tak Boleh Tinggal Bila Pergi Bercuti | Yeaaaahhhhhhh!!!!

Nak pergi bercuti!! Excited rasa nak bercuti tu seminggu awal dah rasa dah. Lepas daripada 4 hari berikut...baju last minute kemas pon ok lagi. Itu perkara biasa kalau prepare last last minute ni. Small matter aahhh!

Tapi dalam kepala otak dok pikir..hhmmm nak bawa itu.. ini... Pastu tang baju pulak, dok pikir lagi nanti nak pergi sana pakai baju apa ek? Eeemm alahh gerak malam pakai simple je lah. Esok siang pakai ini... malam pulak pakai itu.. haaa settle sudah.

Macam biasa nak kesana kemari ni bateri handphone kena la sentiasa full. Dan bukan setakat bateri, power bank pon nak kena full gak. Dulu pikir nak cas phone je. Sekarang phone dan power bank. Bilik hotel plug nya biasa paling banyak pon dua. 1 pasang untuk TV... 1 lagi free...so 1 je la yang tinggal. Penghuni bilik bukan nye sorang. Dah memasing berebut nak pakai. Kadang tak sempat full dah kena tukar bagi orang lain pulak cas.

Jadi dalam listed barang untuk pergi holiday sudah ada satu tambahan barang WAJIB.

Exstansion Plug Pin. Yup!!

Percaya atau tidak memang ini barang yang perlu berada dalam list untuk di bawa ketika bercuti. Kalau yang bercuti sorang-sorang tu mungkin tak jadi masalah besar. Ni haaa yang pergi 1 family atau dengan kengkawan... cornfirm akan main cop cop

'haaaaa...!! aku pakai duluuuu!!'

Kannnn dah gaduh nantiii....

Thursday, December 4

#SOMEBODYLIKEME DALAM MEMBANTU PESAKIT HIV DAN AIDS

Sempena Hari Aids Sedunia pada setiap 1 Disember, pihak Durex bersama dengan artis tempatan telah mengadakan 1 video khas bersempena dengan hari tersebut sebagai tanda sokongan terhadap pesakit HIV Aids terutama di Malaysia. 


Durex Malaysia baru-baru ini telah melancarkan kempen kesedaran HIV/AIDS #SomebodyLikeMe, yang kini telah memasuki tahun kedua, dengan menyiarkan video muzik yang dibintangi oleh para selebriti untuk meningkatkan kesedaran tentang peningkatan kadar HIV/AIDS di kalangan belia Malaysia.



Antara nama-nama terkenal dalam industri muzik tempatan termasuklah, Altimet, An Honest Mistake, Catherine Leong, Danny One, Diandra Arjunaidi dan Narmi telah bergabung tenaga untuk membuat persembahan dalam video muzik #SomebodyLikeMe. 



"Walaupun HIV/AIDS telah mula dikesan sejak hampir 30 tahun, ramai yang masih memandang ringan tentang penyakit ini. Mereka lupa bahawa penyakit ini sangat mudah untuk dijangkiti, terutama sekali di kalangan orang muda. Kita perlu menggalakkan perbincangan yang lebih terbuka dan jujur tentang HIV kerana para belia akan menetapkan asas untuk generasi bebas-HIV/AIDS di masa akan datang."

- Yang Berbahagia Datin Paduka Marina Mahathir-

Penyokong utama kempen HIV/AIDS, Yang Berbahagia Datin Paduka Marina Mahathir, yang telah memberikan sokongan sepadu selama dua tahun turut membuat penampilan istimewa dalam video bersama supermodel Amber Chia. Video tersebut boleh disaksikan secara dalam talian di www.somebodylikeme.my

“Menurut Kementerian Kesihatan, seramai 3,393 orang warga Malaysia telah dijangkiti HIV pada 2013. Walaupun jumlah kes baharu HIV secara keseluruhannya semakin menurun namun kita sedang menyaksikan peningkatan HIV melalui jangkitan seks di kalangan remaja. Sebenarnya, 35 peratus daripada pesakit HIV yang baharu terdiri daripada mereka yang berumur 29 tahun ke bawah,” kata En. Abhishek Chuckarbutty, Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser Malaysia & Singapura.

“Dengan ketiadaan penawar, pendidikan adalah satu-satunya cara pertahanan penyakit HIV/AIDS . Kami telah meningkatkan usaha pada tahun ini dengan merentasi saluran digital serta pelaksanaan kempen di khalayak ramai. Kempen ini telah menerima galakan lanjut daripada beberapa orang selebriti tempatan yang telah memberikan sokongan mereka untuk usaha ini. Kami harap lebih ramai lagi golongan belia Malaysia akan mendapat inspirasi daripada mesej serta nasihat yang bermakna tentang HIV/AIDS,” tambah beliau lagi.


Penyayi rap, penulis lagu dan penerbit tempatan, Altimet menambah, “Muzik merupakan bahasa sejagat dan lebih mudah untuk para belia memahami betapa teruknya masalah yang dihadapi melalui kaedah ini. Lagu ini mudah difahami oleh individu daripada pelbagai budaya dan mesej kami sangat mudah - HIV/AIDS boleh dijangkiti oleh sesiapa, termasuk seseorang seperti saya. Oleh itu dengarlah mesej yang hendak kami sampaikan, nyanyikan dan kongsikan bersama-sama rakan anda," tambah beliau lagi.


Menyedari bahawa tidak semua orang mempunyai akses kepada media sosial, Durex turut bekerja dengan rakan kerjasama, Universiti Putra Malaysia dan PT Foundation untuk menggerakkan program menyampaikan mesej kepada masyarakat sasaran secara lebih berkesan. Durex bekerjasama dengan para pelajar jurusan perubatan Universiti Putra Malaysia untuk menyampaikan mesej kempen kepada masyarakat Orang Asli di Pahang selain menyokong acara Red Carnival oleh PT Foundation, iaitu acara kesedaran HIV/AIDS selama satu hari yang dijadualkan pada 29 November 2014 di Nu Sentral ( Yang lalu)

En. Chuckarbutty berkata, “Kempen #SomebodyLikeMe dan muzik video yang diterbitkan bertindak menjadi seruan kepada para belia untuk melakukan sesuatu dan mengubah sikap supaya pendidikan yang berkesan tentang HIV/AIDS dapat dilaksanakan. Kita perlu bertindak sekarang supaya generasi akan datang dapat mengalami kehidupan yang bebas HIV/AIDS pada suatu hari nanti.”


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.somebodylikeme.my.

Anda juga boleh mengikuti Durex melalui laman Facebook di www.facebook.com/DurexMalaysia dan Twitter di www.twitter.com/DurexMY untuk mengetahui bagaimana anda juga boleh membantu memerangi HIV/AIDS.



Sunday, October 5

NASI ARAB MANDY : SELERA TIMUR UNTUK AIDILADHA KALI INI

Sesekali ubah menu lain dari biasa pon menarik jugak. Bukan lah bosan dengan makanan kebiasaan raya ni. Favorite adik beradiknaku tu. Cuma kali ni saja nak buat kelainan. Apa yang lain nye? Haaaa ni dia....



NASI MANDY (nasi arab) HOMEMADE. Aku memang suka makan nasi arab. Kalau aku pergi makan nasi arab biasa nya aku akan amik kambing la. Ayam tu dah biasa sangat. So kita pilih kambing. Tapiiii tu kalau aku order kat restoran nasi arab la. Untuk cubaan pertama dalam membuat Nasi Arab homemade ni, so aku try dulu la guna ayam. 

Macam mana nak masak?

Tak perlu risau. Belakang kotak Nasi Arab Mandy ni ada di sertakan resepi dan cara masakan yang korang semua boleh follow. Dan sangat senang sebenarnya nak buat nasi arab ni. Cuma serbuk je aku tak tahu mana nak dapat. 

Untuk satu kotak ni, biasanya di hidang untuk 4 @ 5 orang makan. Tadi aku masak 3 kotak Nasi Arab Mandy ni. Banyak jugak la. 1 periuk besar jugak dapat. Dan makan sekali je memang kenyang. 


Ini lah rupanya Nasi Arab Mandy yang dah siap di masak.Cuma tadi aku tak sempat search kat google macam mane nak buat sup nasi arab. Yang paling aku suka part nasi arab ni sos cili dia tu. So bila tadi buat sendiri, rasa puas hati amik sos nya banyak-banyak. 


Untuk korang peminat tegar Nasi Arab boleh rujuk FB Page Nasi Arab Mandy:


Untuk area Klang/Shah Alam boleh hubungi:

Zurina: 019-232 3563

Harga sekotak Nasi Arab Mandy RM15. 

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...