Sempena Hari Aids Sedunia pada setiap 1 Disember, pihak Durex bersama dengan artis tempatan telah mengadakan 1 video khas bersempena dengan hari tersebut sebagai tanda sokongan terhadap pesakit HIV Aids terutama di Malaysia.
Durex Malaysia baru-baru ini telah melancarkan kempen kesedaran HIV/AIDS #SomebodyLikeMe, yang kini telah memasuki tahun kedua, dengan menyiarkan video muzik yang dibintangi oleh para selebriti untuk meningkatkan kesedaran tentang peningkatan kadar HIV/AIDS di kalangan belia Malaysia.
Antara nama-nama terkenal dalam industri muzik tempatan termasuklah, Altimet, An Honest Mistake, Catherine Leong, Danny One, Diandra Arjunaidi dan Narmi telah bergabung tenaga untuk membuat persembahan dalam video muzik #SomebodyLikeMe.
"Walaupun HIV/AIDS telah mula dikesan sejak hampir 30 tahun, ramai yang masih memandang ringan tentang penyakit ini. Mereka lupa bahawa penyakit ini sangat mudah untuk dijangkiti, terutama sekali di kalangan orang muda. Kita perlu menggalakkan perbincangan yang lebih terbuka dan jujur tentang HIV kerana para belia akan menetapkan asas untuk generasi bebas-HIV/AIDS di masa akan datang."
- Yang Berbahagia Datin Paduka Marina Mahathir-
- Yang Berbahagia Datin Paduka Marina Mahathir-
Penyokong utama kempen HIV/AIDS, Yang Berbahagia Datin Paduka Marina Mahathir, yang telah memberikan sokongan sepadu selama dua tahun turut membuat penampilan istimewa dalam video bersama supermodel Amber Chia. Video tersebut boleh disaksikan secara dalam talian di www.somebodylikeme.my
“Menurut Kementerian Kesihatan, seramai 3,393 orang warga Malaysia telah dijangkiti HIV pada 2013. Walaupun jumlah kes baharu HIV secara keseluruhannya semakin menurun namun kita sedang menyaksikan peningkatan HIV melalui jangkitan seks di kalangan remaja. Sebenarnya, 35 peratus daripada pesakit HIV yang baharu terdiri daripada mereka yang berumur 29 tahun ke bawah,” kata En. Abhishek Chuckarbutty, Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser Malaysia & Singapura.
“Dengan ketiadaan penawar, pendidikan adalah satu-satunya cara pertahanan penyakit HIV/AIDS . Kami telah meningkatkan usaha pada tahun ini dengan merentasi saluran digital serta pelaksanaan kempen di khalayak ramai. Kempen ini telah menerima galakan lanjut daripada beberapa orang selebriti tempatan yang telah memberikan sokongan mereka untuk usaha ini. Kami harap lebih ramai lagi golongan belia Malaysia akan mendapat inspirasi daripada mesej serta nasihat yang bermakna tentang HIV/AIDS,” tambah beliau lagi.
Penyayi rap, penulis lagu dan penerbit tempatan, Altimet menambah, “Muzik merupakan bahasa sejagat dan lebih mudah untuk para belia memahami betapa teruknya masalah yang dihadapi melalui kaedah ini. Lagu ini mudah difahami oleh individu daripada pelbagai budaya dan mesej kami sangat mudah - HIV/AIDS boleh dijangkiti oleh sesiapa, termasuk seseorang seperti saya. Oleh itu dengarlah mesej yang hendak kami sampaikan, nyanyikan dan kongsikan bersama-sama rakan anda," tambah beliau lagi.

Menyedari bahawa tidak semua orang mempunyai akses kepada media sosial, Durex turut bekerja dengan rakan kerjasama, Universiti Putra Malaysia dan PT Foundation untuk menggerakkan program menyampaikan mesej kepada masyarakat sasaran secara lebih berkesan. Durex bekerjasama dengan para pelajar jurusan perubatan Universiti Putra Malaysia untuk menyampaikan mesej kempen kepada masyarakat Orang Asli di Pahang selain menyokong acara Red Carnival oleh PT Foundation, iaitu acara kesedaran HIV/AIDS selama satu hari yang dijadualkan pada 29 November 2014 di Nu Sentral ( Yang lalu)
En. Chuckarbutty berkata, “Kempen #SomebodyLikeMe dan muzik video yang diterbitkan bertindak menjadi seruan kepada para belia untuk melakukan sesuatu dan mengubah sikap supaya pendidikan yang berkesan tentang HIV/AIDS dapat dilaksanakan. Kita perlu bertindak sekarang supaya generasi akan datang dapat mengalami kehidupan yang bebas HIV/AIDS pada suatu hari nanti.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.somebodylikeme.my.
Anda juga boleh mengikuti Durex melalui laman Facebook di www.facebook.com/DurexMalaysia dan Twitter di www.twitter.com/DurexMY untuk mengetahui bagaimana anda juga boleh membantu memerangi HIV/AIDS.
Anda juga boleh mengikuti Durex melalui laman Facebook di www.facebook.com/DurexMalaysia dan Twitter di www.twitter.com/DurexMY untuk mengetahui bagaimana anda juga boleh membantu memerangi HIV/AIDS.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com