Showing posts with label info terkini. Show all posts
Showing posts with label info terkini. Show all posts

Tuesday, April 14

Mamil® MomMe Saturdays



Mamil® MomMe Saturdays| Meraikan Ibu, Berkongsi pengetahuan, dan Memberi Nasihat keperluan Nutrisi Kanak-kanak telah pun diadakan pada 11 April 2015 di Petaling Jaya selangor. Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi mendedahkan kepada Para ibu berkenaan nutrisi-nurisi yang diperlukan oleh kanak-kanak. Bengkel yang telah pon bermula pada April akan memberi tumpuan untuk membantu para ibu untuk mengatasi setiap persoalan lazim berkenaan nutrisi anak-anak. 


 

Dalam bengkel tersebut, didatangkan khas seorang jururawat dari Britain yang mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam penjagaan kanak-kanak , Jacki Siew, telah memberi kaunseling kepada para ibu mengenai cara-cara menangani masalah kanak-kanak yang lazim seperti demam dan selsema. Para ibu juga turut diingatkan pentingnya untuk mendapatkan keterangan dan penjelasan dari doktor berkenaan perbezaan demam biasa dan demam denggi oleh kerana peningkatan demam denggi di sekitar Lembah Klang kian meningkat.




Para ibu yang hadir pada bengkel tersebut turut dihadiahkan dengan product Mamil® serta barangan eksklusif bernilai lebih RM160 ini termasuklah baucar tunai bernilai RM30 untuk pembelian product Mamil®

Lagi gambar pada Bengkel Mamil® MomMe Saturday: 













Saturday, April 11

PASTE ANI SUP UTARA

Paste Ani Sup Utara| Sebagai peminat tegar sup, suka untuk aku nak share dengan korang semua tentang Paste keluaran Ani  Sup Utara. 


Untuk pengetahuan korang semua Paste Sup ni tidak dijual di mana-mana kedai atau market kecik ke market besar ke pasaraya shopping mall atau mana-mana kedai jualan barangan basah atau kering.

Boleh di miliki EXCLUSIVE di restoran makanan Ani Sup Utara sahaja. Jadi kalau rasa nak dapat kan paste ni kena redah kedai makan mereka lah. Haaa nampak tak teknik marketing mereka. kalau mereka tak makan pon..beli paste ni je dah boleh cover kos set makanan kat situ. Kalau yang tak pernah makan lagi di Ani Sup Utara secara tak lansung boleh mencuba.

Berbaloi ke beli?

Honestly sangat berbaloi. Sebab? 1 @ 2 paste tu boleh disediakan dalam 1 periuk besar. Kalau makan kat kedai tak puas. Dapat 1 mangkuk je. Kena pulak pelanggan jenis macam aku ni memang suka menghirup sup. Sebab pada aku rasa Ani Sup Utara ni dia ringan. Tak penuh dengan bahan-bahan dan yang penting tak berminyak sangat.


Ini contoh hidangan dari Paste Sup Ani Utara. Aku hanya rebuskan daging je. Make sure daging empuk. Then aku pakai paste tu je. Rasa dia Superbbbb!! Macam kat kedai gak. Kali ni nak makan bole la bertambah. Kalau dikedai nak tambah kena extra bayarkan. Kali ni beli je paste tu dan boleh makan berapa kali ikut suka hati memasing.

Ok sampai sini dulu perkongsian aku. :)


Wednesday, December 24

CELEBRITY LASS MENGURANGKAN BAU BADAN




Produk Celebrity Lass | Aku tahu aku ni comel.. cantik tu kurang lah tapi lawa tu lebih. Akan tetapi semua keistimewaan aku itu takkan bermakna sekiranya ada bau yang kurang enak hinggap di badan aku. Bau peluh dari badan ni kira normal la kan. Mana ada yang berpeluh ni tak berbau. Tapi sebenarnya bau kurang enak ni adakala di sebabkan ketiak popo kita. Percaya tak?

Dan itulah masalah yang selalu aku hadapi. Bila dia dah start keluarkan satu bauan yang aku sendiri tak selesa, lagi aku kurang selesalah bila nak berhadapan atau bersama dengan rakan-rakan yang lain. Dah lama dah aku nak cari produk yang boleh mengurangkan bau ketiak popo aku. Bukan aku tak pernah cuba produk yang ada. Dah macam-macam jenis pewangi ketiak dah aku cuba tapi ada yang tak ok dan ada yang tak tahan lama.

Satu hari aku terbaca promo dari Blogger Abang Ben tentang product Celebrity Lass ni. Bila aku dah baca sharing dari Abang Ben tu, aku terus la order dengan owner dia. Tak tunggu esok pon. Lepas baca..hari tu juga aku terus contact penjual nya. Thank you Abang Ben kenal kan produk ni.

Wassap Celebrity Lass: 019-5222844

Untuk pengetahuan awak awak awak semua, selama 2 minggu aku pakai product Celebrity Lass ni.. aku dah tak sentuh mana-mana pewangi deodarant pon. Hanya 2 titik dari Celebrity Lass ni, memang tahan untuk 1 hari. Bukan la aku kata lansung tak ada bau nya. Cuma bauan 'harum' itu terkawal dari biasa. 

Aku suggest pada sesiapa yang ada masalah sama seperti aku, WAJIB cuba Celebrity Lass. Aku pon nak repeat order product ni.



Thursday, December 4

#SOMEBODYLIKEME DALAM MEMBANTU PESAKIT HIV DAN AIDS

Sempena Hari Aids Sedunia pada setiap 1 Disember, pihak Durex bersama dengan artis tempatan telah mengadakan 1 video khas bersempena dengan hari tersebut sebagai tanda sokongan terhadap pesakit HIV Aids terutama di Malaysia. 


Durex Malaysia baru-baru ini telah melancarkan kempen kesedaran HIV/AIDS #SomebodyLikeMe, yang kini telah memasuki tahun kedua, dengan menyiarkan video muzik yang dibintangi oleh para selebriti untuk meningkatkan kesedaran tentang peningkatan kadar HIV/AIDS di kalangan belia Malaysia.



Antara nama-nama terkenal dalam industri muzik tempatan termasuklah, Altimet, An Honest Mistake, Catherine Leong, Danny One, Diandra Arjunaidi dan Narmi telah bergabung tenaga untuk membuat persembahan dalam video muzik #SomebodyLikeMe. 



"Walaupun HIV/AIDS telah mula dikesan sejak hampir 30 tahun, ramai yang masih memandang ringan tentang penyakit ini. Mereka lupa bahawa penyakit ini sangat mudah untuk dijangkiti, terutama sekali di kalangan orang muda. Kita perlu menggalakkan perbincangan yang lebih terbuka dan jujur tentang HIV kerana para belia akan menetapkan asas untuk generasi bebas-HIV/AIDS di masa akan datang."

- Yang Berbahagia Datin Paduka Marina Mahathir-

Penyokong utama kempen HIV/AIDS, Yang Berbahagia Datin Paduka Marina Mahathir, yang telah memberikan sokongan sepadu selama dua tahun turut membuat penampilan istimewa dalam video bersama supermodel Amber Chia. Video tersebut boleh disaksikan secara dalam talian di www.somebodylikeme.my

“Menurut Kementerian Kesihatan, seramai 3,393 orang warga Malaysia telah dijangkiti HIV pada 2013. Walaupun jumlah kes baharu HIV secara keseluruhannya semakin menurun namun kita sedang menyaksikan peningkatan HIV melalui jangkitan seks di kalangan remaja. Sebenarnya, 35 peratus daripada pesakit HIV yang baharu terdiri daripada mereka yang berumur 29 tahun ke bawah,” kata En. Abhishek Chuckarbutty, Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser Malaysia & Singapura.

“Dengan ketiadaan penawar, pendidikan adalah satu-satunya cara pertahanan penyakit HIV/AIDS . Kami telah meningkatkan usaha pada tahun ini dengan merentasi saluran digital serta pelaksanaan kempen di khalayak ramai. Kempen ini telah menerima galakan lanjut daripada beberapa orang selebriti tempatan yang telah memberikan sokongan mereka untuk usaha ini. Kami harap lebih ramai lagi golongan belia Malaysia akan mendapat inspirasi daripada mesej serta nasihat yang bermakna tentang HIV/AIDS,” tambah beliau lagi.


Penyayi rap, penulis lagu dan penerbit tempatan, Altimet menambah, “Muzik merupakan bahasa sejagat dan lebih mudah untuk para belia memahami betapa teruknya masalah yang dihadapi melalui kaedah ini. Lagu ini mudah difahami oleh individu daripada pelbagai budaya dan mesej kami sangat mudah - HIV/AIDS boleh dijangkiti oleh sesiapa, termasuk seseorang seperti saya. Oleh itu dengarlah mesej yang hendak kami sampaikan, nyanyikan dan kongsikan bersama-sama rakan anda," tambah beliau lagi.


Menyedari bahawa tidak semua orang mempunyai akses kepada media sosial, Durex turut bekerja dengan rakan kerjasama, Universiti Putra Malaysia dan PT Foundation untuk menggerakkan program menyampaikan mesej kepada masyarakat sasaran secara lebih berkesan. Durex bekerjasama dengan para pelajar jurusan perubatan Universiti Putra Malaysia untuk menyampaikan mesej kempen kepada masyarakat Orang Asli di Pahang selain menyokong acara Red Carnival oleh PT Foundation, iaitu acara kesedaran HIV/AIDS selama satu hari yang dijadualkan pada 29 November 2014 di Nu Sentral ( Yang lalu)

En. Chuckarbutty berkata, “Kempen #SomebodyLikeMe dan muzik video yang diterbitkan bertindak menjadi seruan kepada para belia untuk melakukan sesuatu dan mengubah sikap supaya pendidikan yang berkesan tentang HIV/AIDS dapat dilaksanakan. Kita perlu bertindak sekarang supaya generasi akan datang dapat mengalami kehidupan yang bebas HIV/AIDS pada suatu hari nanti.”


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.somebodylikeme.my.

Anda juga boleh mengikuti Durex melalui laman Facebook di www.facebook.com/DurexMalaysia dan Twitter di www.twitter.com/DurexMY untuk mengetahui bagaimana anda juga boleh membantu memerangi HIV/AIDS.



Monday, July 7

BUFFET RAMADHAN DE PALMA HOTEL SHAH ALAM


Assalamualaikum semua... Sekarang ni masih mood awal ramadhan lagi, so mesti ada antara korang semua masih lagi mencari tempat atau lokasi  berbuka puasa bersama keluarga, saudara mara, dan juga rakan-rakan. Jadi aku syorkan korang cuba Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam. Dan aku ada sesuatu yang menarik untuk korang sebagai pembaca blog aku ni. Apa dia?? Haaa korang baca sampai habis dulu.

Kenapa aku sarankan korang cuba Buffet Ramadhan di De Palma Hotel Shah Alam? Seperti yang korang semua tahu, De Palma Hotel adalah satu-satunya hotel yang berkonsepkan syariah di Negeri Selangor. Ini bermakna korang tak perlu risau dengan status Halal makanan yang di sediakan. Sudah pasti ianya mengikut piawaian yang sepatutnya.

Bertempat di The Grand Ballroom, De Palma Hotel Shah Alam yang mampu menampung seramai 850 orang pada satu satu masa dan bertemakan 'Periuk & Belanga Masakan Melayu' bakal menjanjikan kelainan pada buffet pada tahun ini.


Dengan berkonsepkan Warisan Melayu zaman dahulu kala, menu yang di hidangkan juga cukup istimewa dan mencecah hampir 150 jenis lauk-pauk. Haaaa banyakkan?? Makan la korang semua sampai puas. Dan mungkin akan kenyang berlebih lebih nanti.

Jom tengok sebahagian menu menu yang terdapat di Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam





















Dan apa yang menarik yang nak aku bagi tau korang, kebanyakkan makanan yang terdapat di Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam ada di antaranya yang di masak terus dari atas dapur. So korang boleh nikmati makanan yang panas-panas dan fresh lagi. Inilah yang unik yang terdapat di buffet ramadhan ini.

Dah sedap makan, tak lupa juga dengan pemanis mulut kannnnn =)




Buffet Ramadhan di De Palma Hotel Shah Alam juga di datangkan dengan beberapa pengisian rohani yang tidak dapat di peroleh di tempat tempat lain. Sambil sambil korang makan, dalam masa sama korang boleh dengar ceramah agama oleh ustaz-ustaz jemputan. 

Dan korang semua juga berpeluang untuk solat Maghrib, Isyak dan Terawikh bersama-sama secara berjemaah. Kebiasaan nya kalau kita mengadap makanan time berbuka ni, memang akan ada yang terlepas waktu waktu solat ni. So jangan la risau, De Palma Hotel akan beri peluang untuk kita supaya tidak tinggal waktu solat yang sepatutnya. 


Dengan hanya RM75 bagi dewasa dan RM37.50 bagi kanak-kanak sangat laaaahhhh berbaloi untuk korang semua. TETAPI......... Aku ada sesuatu yang istimewa untuk korang. Apa dia??? Ni haaaa....

Diskaun 15% untuk PEMBACA BLOG!
**Nyatakan nama blog yang anda ikuti untuk TEBUS DISKAUN.

Haaaa... faham tak? Tak faham? Macam ni... bagi mereka yang nak dapatkan diskaun 15% dari harga sebenar tu korang boleh nyatakan korang dapat info ni dari blog aku iaitu www.atikahnorbaki.com , so pihak De Palma Hotel Shah Alam akan beri potongan 15% tu untuk korang enjoy Buffet Ramadhan ni. 

Untuk TEMPAHAN: 03-5542 8080 
samb.519 



Saturday, July 5

MISI TERJAH FESYEN PLUS SIZE

Haaaiiihhhh tengah tengah pagi buta ni aku rambang mata pulak tengok baju baju Plus Size ni. Untuk makluman aku dan juga kawan kawan aku yang Plus Size kat luar sana, kita semua memang dah sedia maklum tentang Harga/Price bagi baju untuk size kita ni agak mahal.

Tapi dalam hal harga tu aku tak kisah sangat sebab kos kain yang ukuran lebih besar dari biasa tu bukan murah. Lagi pulak upah mereka mereka yang bersengkang mata nak jahit tu pon kena di ambil kira. Tapi biasanya kos untuk baju baju kita alaaaa spend dalam RM100 @ RM200. Untuk diri sendiri kan... apalah sangat.

So bagi korang yang nak cari seller @ dealer untuk yang Plus Size ni, korang bole join group kat FB ni. 



Thanks to admin sebab wujudkan page group ni. Dan sebenarnya kewujudan page ni banyak menyelesaikan  masalah Gadis Plus Size macam aku ni. Aku pon kadang kadang rajin go through nak tengok baju. Now tengah searching yang berhampiran area Klang, Selangor. Nak terjah =) 

Tunggu ye kawan kawan. Aku akan share kat blog ni nanti.

**P/S : Aku pon nak cantik jugak!! 

Thursday, June 5

Degree Marketing dan Blog

Kalau la orang tahu apa yang aku rasa dan apa yang aku fikirkan, kan best. Tak payah aku pendam sesorang. Kalau la masalah aku tu boleh di pancarkan seperti LCD. Biarlah orang nampak. Pastu kalau ada yang prihatin dengan aku, boleh la dia bantu aku.


Teringat aku pesan seorang sahabat kepada aku. "Yela.... kita ni kan ada degree. Kalau boleh jangan sia sia kan apa yang kita ada". Bukan aku nak hidup takde kerja. Macam macam aku usahakan. Tapi mungkin rezeki belum lagi menyebelahi aku. Sehingga sekarang aku masih lagi usahakan untuk cari kerja. 

Tapi sejak aku kembali mengaktifkan diri kembali dalam berblog ni, tetiba aku terfikir kaitan Degree Marketing yang aku ada dan Blog yang aku ada sekarang. Dan aku perhatikan ramai blogger blogger yang lain especially yang fulltime berblog, majority nya diorang buat kerja marketing. 

Ya! di sebalik blogging ni terselit usaha marketing. Dan aku ada kelulusan dalam Marketing. Jadi takkan aku tak boleh buat macam mana diorang semua buat? Blog bukan sahaja berkenaan dengan 'Minat'. Bukan sahaja berkenaan dengan 'Populariti'. Tapi blog juga adalah kerjaya. 

Ya Kerjaya!! Aku tahu apa yang aku perlu cari sekarang. Aku hanya perlukan SIFU je sekarang. 

Wednesday, June 4

Butik Online Jessabella Pluz Size Stealz


Masalah pilih baju?? Limited saiz?? Itu memang masalah biasa yang aku hadapi. Kadang-kadang sampai give up dan fedup  aku di buat nya. Sebab tu aku jarang nak membeli belah sangat. Sebab aku tau "eemmm takde size la ni". Tengah dalam tension dengan geram baju takde size ni kira berani gak aku nak cuba nak beli baju online.

Online Shopping pertama yang aku visit dan terus tertarik ialah JESSABELLA PLUZ SIZE STEALZ .


Apa yang buat aku tertarik?

Pertama aku tengok design dan Fesyen baju yang dia jual. Memang aku bole adapt la dengan semua baju yang ada. Orang yang bertubuh badan macam aku, bila tengok baju yang fesyen ala ala macam baju orang kurus tapi SIZE available so aku tersangat la excited.

Kedua Harga nya. harganya bagi aku dalam average mampu milik. Kira reasonable price la. Masa aku beli dulu dia memang jual online je. Now aku baru dapat tau dia dah ada kedai dah plus dah ada FB page untuk butik online dia ni. So lepas ni aku nak terjah la.

Jadi ladies di luar sana kalau korang nak cari kedai butik online untuk yang XXL size, bole visit SINI


Baju hijau aku pakai tu dari butik online Jessabella Pluz Size Stealz


Cardigan Hitam ni pon sama dari Jessabella Pluz Size Stealz






Saturday, May 31

Update Atas Highway

Dengan adanya  teknologi sekarang yang bernama Smartphone, sekaligus kita pon menjadi sangat 'Smart' dalam menggunakan nya. Orang yang di namakan 'Smart' itu adalah aku. Hahaahah amik masuk bakul angkat sendiri aku. Nak buat macam mana, kalau dok tunggu pujian manusia mahu riak aku di buatnya. So puji sendiri je la. Takde sape nak marah.

Sebab berjauhan dengan 'Princess' aku untuk 2 hari ni, jadi Tab Lenovo ni la peneman setia aku. Sekarang aku tengah on the way ke Parit Buntar, Perak.

Perjalanan hari ni Alhamdulillah lancar dan dengan bantuan GPS si penunjuk jalan jadinya perjalanan umpama kita ni bijak dan tahu arah tuju jalan.
Ok! Tunggu update aku jap lagi ye untuk cerita seterusnya.


SSsß


Monday, May 26

SATU MALAM DI KUALA LUMPUR

Aku ni bukan taksub sangat dengan sosial yang ada kat Kuala Lumpur ni. Cuma aku suka tengok suasana malam di Kuala Lumpur. Tengok karenah manusia manusia yang ada kat sana. Dan bukan nak ikut apa yang diorang semua buat. Macam pesanan orang dulu-dulu.

Ada mata pandang, Ada telinga dengar,Ada mulut diam.

Pertama kali aku jejak kaki ke Kuala Lumpur untuk melihat suasana malam nya macam mana masa time aku belajar dulu. Kawan aku sanggup bawak aku jalan demi menunaikan impian aku ini. Siap bohong sunat lagi dengan Ibu cakap ada assignment nak kena siapkan. So aku perlu tidur rumah kawan aku tu. Jujur nya aku dulu jarang untuk di kenalkan dan di dedahkan dengan dunia luar. Dan aku sebagai remaja yang membesar dalam zaman serba baru ni, nak tak nak, aku kena aware dengan apa yang ada di sekeliling. At least pengalaman itu ada. Bukan aku nak gunakan peluang itu untuk berfoya-foya. 

Dan sekarang, aku masih lagi menyimpan hasrat yang sama juga. 




*Ni masa hari Jumaat 23/5/2014, Jam 10.00 malam aku pergi tengok Rehearsal Citrawarna di KLCC*




*Ni gambar aku amik tadi kat Bukit Bintang*

Nak bercakap soal bahaya dan soal penagaruh, mana-mana pon sama saja. Bahaya bukan nak kata tempat croud sahaja yang mampu mengundang bahaya. Kadang-kadang tempat sunyi lagi bahaya dari yang ramai orang. Kalau nak kata soal pengaruh tak baik, sama juga macam tadi. Duduk pendalaman kadang-kadang jauh lebih dasyat dari yang ramai ini. 

Semua tu bergantung pada atas manusia itu sendiri dan pegangan Ilmu, serta didikan yang di beri. Yang penting, perlu berdoa pada Yang Esa supaya kita sentiasa berada dalam lindungan Nya. In Shaa Allah.








RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...