Showing posts with label fesyen plus size. Show all posts
Showing posts with label fesyen plus size. Show all posts

Thursday, July 10

MISI TERJAH FESYEN PLUS SIZE: LYN PLUSSIZE

*Gambar sumber FB LYN PLUSSIZE*

Kesinambungan entri aku yang bertajuk MISI TERJAH FESYEN PLUS SIZE sebelum ni, so aku  dengan bersemangat telah pon terjah kedai yang pertama iaitu Lyn Plussize. Dari mana aku tahu tentang bisnes akak ni? As usual sumber paling hangat adalah di Facebook. 

So korang terutama yang berniaga online ni, memang akan ada hasil nye korang iklan kan perniagaan tu kat facebook. Walau pon memang byk compete antara satu sama lain, tapi dah adat brniaga. Kalau tak compete, masing masing akan stay kat takuk lama la jawabnya. Yela sebab xde pencabarkan. Jadi tak syok la nak berniaga.

So seperti biasa, adik (Afifah)  aku merangkap teman aku yang selalu layan kemana je aku nak pergi, dia la yang bawak aku untuk realisasikan terjahan aku yang pertama ni. Pada malam 5 Julai 2014, dalam kol 10 lebih macam tu kitorang gerak ke UPTOWN DANAU KOTA (SETAPAK). 

Dari klang nak ke setapak. Hehehhe amacam? sanggup sungguh aku nak terjah juga malam tu. Honestly! Sangat mencabar jugak nak cari kedai akak Lyn hari tu. Bayanglah dengan aku ni tak pernah sampai pon kat Uptown Danau Kota tu, kedai uptown kan... standard la kedai beratur2 and banyak lagi pulak tu... berpusing - pusing aku nak cari kedai akak ni.

Mula mula ingat nak gagah tak yah col kan. Dah tu pusing pusing tak jumpa.... so aku harus menggunakan talian hayat aku. Iaitu telefon no. Kak Lyn and tanya. Bila col anak dia yang jawabkan. Pum! Pang! Pum! Pang! citer lalu mana, lane mark mne... akhirnya....


Jumpa dahhhh!!!! Nasib cash dalam tangan tak ade. Kalau tak..... macam macam dah aku borong kat sana. Baju dia memang cantik! cantik sangat! Dapat tengok pon dah ghairah rasa nak beli... tapi apa aku perlu buat... sabarrrrr....


Aku tak sempat nak tangkap banyak gambar. Kang kacau orang nak pilih baju plak. Tapi yang best nye owner dia Kak Lyn sangat peramah. Tengah busy pon sempat tunaikan permintaan aku nak bergambar dengan dia. Aku apa lagi..... selfie la kannnnn...








Saturday, July 5

MISI TERJAH FESYEN PLUS SIZE

Haaaiiihhhh tengah tengah pagi buta ni aku rambang mata pulak tengok baju baju Plus Size ni. Untuk makluman aku dan juga kawan kawan aku yang Plus Size kat luar sana, kita semua memang dah sedia maklum tentang Harga/Price bagi baju untuk size kita ni agak mahal.

Tapi dalam hal harga tu aku tak kisah sangat sebab kos kain yang ukuran lebih besar dari biasa tu bukan murah. Lagi pulak upah mereka mereka yang bersengkang mata nak jahit tu pon kena di ambil kira. Tapi biasanya kos untuk baju baju kita alaaaa spend dalam RM100 @ RM200. Untuk diri sendiri kan... apalah sangat.

So bagi korang yang nak cari seller @ dealer untuk yang Plus Size ni, korang bole join group kat FB ni. 



Thanks to admin sebab wujudkan page group ni. Dan sebenarnya kewujudan page ni banyak menyelesaikan  masalah Gadis Plus Size macam aku ni. Aku pon kadang kadang rajin go through nak tengok baju. Now tengah searching yang berhampiran area Klang, Selangor. Nak terjah =) 

Tunggu ye kawan kawan. Aku akan share kat blog ni nanti.

**P/S : Aku pon nak cantik jugak!! 

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...