*Gambar sumber FB LYN PLUSSIZE*
Kesinambungan entri aku yang bertajuk MISI TERJAH FESYEN PLUS SIZE sebelum ni, so aku dengan bersemangat telah pon terjah kedai yang pertama iaitu Lyn Plussize. Dari mana aku tahu tentang bisnes akak ni? As usual sumber paling hangat adalah di Facebook.
So korang terutama yang berniaga online ni, memang akan ada hasil nye korang iklan kan perniagaan tu kat facebook. Walau pon memang byk compete antara satu sama lain, tapi dah adat brniaga. Kalau tak compete, masing masing akan stay kat takuk lama la jawabnya. Yela sebab xde pencabarkan. Jadi tak syok la nak berniaga.
So seperti biasa, adik (Afifah) aku merangkap teman aku yang selalu layan kemana je aku nak pergi, dia la yang bawak aku untuk realisasikan terjahan aku yang pertama ni. Pada malam 5 Julai 2014, dalam kol 10 lebih macam tu kitorang gerak ke UPTOWN DANAU KOTA (SETAPAK).
Dari klang nak ke setapak. Hehehhe amacam? sanggup sungguh aku nak terjah juga malam tu. Honestly! Sangat mencabar jugak nak cari kedai akak Lyn hari tu. Bayanglah dengan aku ni tak pernah sampai pon kat Uptown Danau Kota tu, kedai uptown kan... standard la kedai beratur2 and banyak lagi pulak tu... berpusing - pusing aku nak cari kedai akak ni.
Mula mula ingat nak gagah tak yah col kan. Dah tu pusing pusing tak jumpa.... so aku harus menggunakan talian hayat aku. Iaitu telefon no. Kak Lyn and tanya. Bila col anak dia yang jawabkan. Pum! Pang! Pum! Pang! citer lalu mana, lane mark mne... akhirnya....
Jumpa dahhhh!!!! Nasib cash dalam tangan tak ade. Kalau tak..... macam macam dah aku borong kat sana. Baju dia memang cantik! cantik sangat! Dapat tengok pon dah ghairah rasa nak beli... tapi apa aku perlu buat... sabarrrrr....
Aku tak sempat nak tangkap banyak gambar. Kang kacau orang nak pilih baju plak. Tapi yang best nye owner dia Kak Lyn sangat peramah. Tengah busy pon sempat tunaikan permintaan aku nak bergambar dengan dia. Aku apa lagi..... selfie la kannnnn...
Fb Kak Lyn : https://www.facebook.com/lyn.plussize?fref=ts
Rajinnya pergi sampai setapak.. akak yang kat cheras ni pun dah jarang gi sana..
ReplyDeletehttp://eyzamiel.blogspot.com/