Paste Ani Sup Utara| Sebagai peminat tegar sup, suka untuk aku nak share dengan korang semua tentang Paste keluaran Ani Sup Utara.
Untuk pengetahuan korang semua Paste Sup ni tidak dijual di mana-mana kedai atau market kecik ke market besar ke pasaraya shopping mall atau mana-mana kedai jualan barangan basah atau kering.
Boleh di miliki EXCLUSIVE di restoran makanan Ani Sup Utara sahaja. Jadi kalau rasa nak dapat kan paste ni kena redah kedai makan mereka lah. Haaa nampak tak teknik marketing mereka. kalau mereka tak makan pon..beli paste ni je dah boleh cover kos set makanan kat situ. Kalau yang tak pernah makan lagi di Ani Sup Utara secara tak lansung boleh mencuba.
Berbaloi ke beli?
Honestly sangat berbaloi. Sebab? 1 @ 2 paste tu boleh disediakan dalam 1 periuk besar. Kalau makan kat kedai tak puas. Dapat 1 mangkuk je. Kena pulak pelanggan jenis macam aku ni memang suka menghirup sup. Sebab pada aku rasa Ani Sup Utara ni dia ringan. Tak penuh dengan bahan-bahan dan yang penting tak berminyak sangat.
Ini contoh hidangan dari Paste Sup Ani Utara. Aku hanya rebuskan daging je. Make sure daging empuk. Then aku pakai paste tu je. Rasa dia Superbbbb!! Macam kat kedai gak. Kali ni nak makan bole la bertambah. Kalau dikedai nak tambah kena extra bayarkan. Kali ni beli je paste tu dan boleh makan berapa kali ikut suka hati memasing.
Ok sampai sini dulu perkongsian aku. :)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com