Friday, December 19

SEMINAR BUAT DUIT AFFILIATE DENGAN BLOG

 Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog| Pada 13 Disember 2014 yang lalu, pihak Denaihati & The geng telah mengadakan Program 1 hari iaitu Seminar Affiliate kepada para blogger di Malaysia. Dan aku adalah salah seorang yang bertuah dapat peluang untuk ke seminar tersebut.

Affiliate. Bukan pertama kali aku dengar tentang sumber perniagaan dan peluang dalam affiliate. Pernah jugak aku nak menceburi dalam bidang affiliate ini. Sebab nya? Sebab aku tengok orang lain buat senang je...ok je... so aku pon dengan confident bijak, join juga lah. Sign up beberapa website Affiliate yang ada. Tapi.... teetttttt! Nothing. 

Orang berjaya selalu berpesan, nak buat apa-apa terutama bila nak buat benda baru..perlu lah berguru. Kenapa perlu berguru.. sebab sah-sah lah aku ni tak tahu apa yang aku nak buat tu kan. Kesan nya... haaaa memang tak menjadi sangat lah.


Haaa... ni la hasilnya bila kita 'berguru' . Tapi ada gak info yang terlepas. Tu yang macam lapang nampak paper note aku ni. Tapi tak apa. Panel seminar tempoh hari banyak gak ulang info yang sama. So dapat lah cover sikit yang mana terlepas tu.

Dalam tak sedar bila aku dah jebakkan diri aku dalam berblog, sebenarnya aku dah pun berada di landasan yang penuh dengan peluang. Cuma aku perlu pandai gunakan peluang yang ada. Dan kini aku sedar Affiliate adalah peluang yang sangat terbentang luas untuk aku sebagai blogger. Kenapa? 

Sebab skill aku sebagai blogger ni dah ada. Excellent la katakan. Sekarang aku perlu tajamkan lagi dengan ilmu affiliate ni. 

Sedut aura positif dari awards Denaihati. 

Persepsi dahulu: Affiliate ni..buat entri tentang jual barang. Masukkan link yang mereka bagi dan assume orang datang akan klik. Pastu dapat duit. 

*nampak tak orang takde ilmu buat andaian. Tidak lah semudah itu...

Persepsi sekarang: Affiliate ialah satu suggestion. Suggestion yang kita buat pada produk affiliate itu adalah datang dari pengalaman kita sendiri. Sebab sebaik2nya bila kita nak lakukan sharing, we need to know first about the product. Dan lebih cantik lagi bila kita dapat share tentang experience kita sendiri. 

Bila kita buat program affiliate ini, kita perlu tahu:
1) Perlu tahu siapa owner program ini.
2) Apa produk yang di tawarkan?
3) Cara pembayaran yang mereka lakukan.

Ini semua adalah sebahagian info yang aku dapat tempoh hari. Kalau ikutkan banyak lagi input yang aku dapat. Tapi kalau nak cerita 1 entri memang takkan cukup. 

Bersambung....









2 comments:

  1. onie pun tak power sangat bab affiliate ni,cayalah tikah :D

    ReplyDelete
  2. ooo sedut ilmu kena power kongsi dengan kita sama k hehehhe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...