Tuesday, December 16

PENGAMBILAN JAMU DI USIA MUDA

 Pengambilan Jamu Di Usia Muda |
Sebelum ni aku memang ada ambil jamu gentel atau lebih mesra aku panggil Makjun. Tapi kali ini aku saja berjinak-jinak untuk ambil jamu serbuk untuk di amalkan. Yang ni setahu aku tak ada jual di pasaran luar. Mungkin juga ada tapi aku memang tak tahu dekat mana ada jual. 

Serbuk jamu yang aku amalkan pengambilan setiap pagi dan sebelum tidur ni aku beli dekat akak admin ofis tempat aku bekerja.Dia beli melalui makcik urut yang dia biasa pergi. Katanya makcik tukang urut tu buat sendiri jamu serbuk ni. Dia memang tak offer pada orang luar atau orang yang dia tak kenal. So aku beli ni pun dari akak admin aku ni lah.

Bagi ibu-ibu selepas bersalin mesti dia biasa dengan jamu serbuk ni. Dulu masa ibu aku dalam pantang aku biasa tengok ibu minum jamu serbuk tu. Siap minum sambil tutup hidung. Sebab tak nak rasa loya bila telan nanti jadi kena minum sambil tutup hidung dan telan terus. Jamu yang aku minum ni bukan lah yang ibu selepas bersalin tu, yang ni jamu pengambilan harian. 



Kenapa aku amalkan jamu? Semua ni sebab didikan ibu aku. Ibu aku selalu bagi tahu bila kita muda...remaja...dan belum berkahwin ni kesihatan dalaman dan luaran ni perlu di jaga. Lagi-lagi perempuan. Kecantikkan dalaman dan luaran ibarat market untuk kita. Dan macam mana tekak aku ni bole terima segala jenis jamu? Semuanya sebab ikutan dari ibu. Ada sesetengah orang belum tentu boleh telan jamu. Tapi alhamdulillah aku ok je. Tak susah sangat lah setakat telan jamu ni. 

Walau pun di luar sana banyak dah keluaran produk kecantikan dan kesihatan tapi aku lebih prefer untuk amalkan pengambilan jamu. Sebab ramuan yang terhasil itu ialah dari sumber semula jadi. Itu lah yang menguatkan aku untuk mengamalkan jamu.

Kesan nya mungkin  bukan sekarang la yang masing-masing akan dapat. Tapi bila kita konsisten dengan pengambilan tu pasti akan ada perubahan nya. Walau bukan dari kecantikan, kesihatan dalaman tu penting. Yang sahihnya... bila kita amalkan jamu ni... bila kita cecah umur veteran nanti..masa tu la akan ada kesanya. Percaya tak??

5 comments:

  1. tak pernah makan jamu-jamu ni..takut takleh telan

    ReplyDelete
  2. Yup..akak setuju.makan jamu ni bagus di amalkan dari muda.tu yang kita tengok ramai perempuan Indonesia awet muda.bab rasa tu jelah.

    ReplyDelete
  3. Jamu?Kak Irna x bleh makan jamu..Panas badan sgt2..Makan sebiji sehari pun dah sakit tekak..Lgpun kak Irna lak bersalin operate..Lg la x blh makan..Mak kak Irna dari dulu makan jamu dari Mustika Ratu...

    ReplyDelete
  4. Kalau tak boleh ambil yang minum, boleh try yang dijadikan pil (gentel). Telan 3 biji x 2 kali sehari selepas makan. Harga hanya RM15.00 / 100 biji & tahan sehingga 3 bulan coz tiada bahan pengawet. Buat sendiri & dijemur di bawah matahari cara memprosesnya.

    ReplyDelete
  5. Untuk tempahan boleh hubungi @ whatsapp saya 017 6325250. Saya boleh whatsapp details. Jamu ni saya amalkan sepanjang saya keguguran. Saya gugur masa 6 weeks kandungan.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...