Wednesday, February 4

RASAI PELAYARAN ISLAMIK ATAU ISLAMIC CRUISE PERTAMA YANG BAKAL MEMBERIKAN PENGISIAN ROHANI


Pelayaran Islamik | Pernah tak rasa diri ingin pergi jauh ke suatu tempat? Tempat yang boleh memberikan diri kita 1000 ketenangan dik kerana diri yang sering di penuhi dengan 1000 ketegangan? 

Adakala ketegangan yang kita alami tu boleh memberi kesan kepada kehidupan peribadi kita. Terutama kesan negatif dalam perhubungan dengan insan-insan yang paling hampir dengan kita seperti hubungan antara anak dan Ibu Bapa, Majikan dan pekerja, Suami dan Isteri. Ataupon ketegangan itu menyebabkan diri kita hilang punca dengan diri sendiri.  

Jadi bila diri di belenggu dengan 1001 masalah, satu sahaja cara yang kita akan lakukan iaitu memohon ketenangan pada Pemilik Alam ini. Banyak tempat yang kita boleh pilih untuk pergi. Dalam dan Luar Negara semuanya ada. Tapi kadangkala kita mahukan satu tempat yang penuh privasi dan jauh dari kesibukkan kota. 



Pelayaran Islamik 1.0

Syukur. Tenang. Damai. Cukup untuk menggambarkan apa itu Pelayaran Islamik kepada mereka yang benar-benar menginginkan privasi dan jauh dari segala jenis masalah. Berbumbungkan langit biru ,bunyi deruan air laut dan menghayati keindahan alam ciptaan Ilahi yang mungkin sebelum ini belum pernah kita nikmati mampu membina aura positif kepada setiap dari kita yang memerlukan.


Pelayaran Islamik 3.0 yang akan membawa anda merantau dari Penang - Phuket - Krabi selama 4 hari iaitu dari 1 Feburari 2015 hingga 4 Februari 2015 ini bakal diisikan dengan pengisian Rohani oleh Para Penceramah terkemuka yang terpilih khas untuk pelayaran anjuran  pihak Intratama Travel Consultant & Tours (M) Sdn Bhd (ITCT). 

Image 7

Penceramah Jemputan:

* Ustaz Badlishah - Penceramah Bebas
* Sheikh Abdelaziz Ghonim - Ahli Majlis Fatwa Al-Azhar Tanta / Ustaz Arab Kelate
* Dato Hassan Mahmud - Penceramah Bebas
* Dato Dr.Hj.Fadzilah Kamsah - Pakar Motivasi
* Imam Muda Miril


pencetusummah


Pelayaran kali ini bukan lah satu pelayaran 'kosong' seperti yang mungkin kita bayangkan sebelum ini yang mana berpeluang berlayar diatas satu kapal besar dan hanya menghayati ketenangan sahaja. Ketenangan yang di perolehi itu kan lebih baik kita gunakan sebaik mungkin untuk menambahkan lagi ilmu keagamaan yang mana itu lah tunggak ketenangan yang sebenar-benarnya. 

Di antara Aktiviti dan Program Kerohanian yang akan diselitkan dalam Pelayaran Islamik 3.0 :

*Ketahui Kedudukan Qiblat
*Pelajari Solat Jama' dan Qasar
*Ceramah dan Kuliah
*Qiyamulail
*Zikir dan Selawat
*Soal Jawab Bersama Ustaz
*Program Ziarah
**Makan malam kesyukuran

Program Pelayaran Islamik sebelum ini:

Pelayaran Islamik 1.0

Pelayaran Islamik 1.0

Pelayaran Islamik 1.0

Pelayaran Islamik 1.0

Pelayaran Islamik 1.0

Pelayaran Islamik 1.0

Pelayaran Islamik 1.0

Pelayaran Islamik 1.0

Pelayaran Islamik 1.0

Pelayaran Islamik 1.0

Pasti anda dapat rasakan keghairahan pelayaran yang bakal anda perolehi dalam Pelayaran Islamik 3.0 akan datang pada Februari 2015 nanti. Untuk mereka yang tertanya bagaimana untuk dapatkan pakej pelayaran ini boleh buat tempahan terus menerusi online booking :



Sebarang pertanyaan berkenaan Pelayaran Islamik 3.0 atau mungkin anda ingin mendapatkan kesahihan  info   boleh terus hubungi terus di alamat: 

INTRATAMA TRAVEL CONSULTANT & TOURS (M) SDN BHD (631893-A) (KPL 4104)
2-08, Jalan Prima SG 1
Prima Sri Gombak, Batu Caves
68100 Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : +603 6185 0010
Fax : +603 6189 9010
Email : info@intratamatravel.com

** IntraTama Travel Consultant & Tours (IntraTama) selaku penganjur rasmi. IntraTama tidak pernah melantik mana-mana individu, agen, syarikat pelancongan, dealer ataupun pemborong mewakili IntraTama dalam sebarang transaksi berkaitan Pelayaran Islamik™ ini. 


2 comments:

  1. Bercuti sambil menimba ilmu.
    Sekali boleh bantu mereka yang memerlukan kan.
    Best.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...