Friday, February 13

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Suruhanjanya Perkhidmatan Awam | Alhamdulillah. Impian Ibu nak aku ada kerja tetap dan nak sangat aku dapat peluang kerja di sektor kerajaan termakbul jugak. Dengan berkat doa ibu  dan ayah aku, penantian selama beberapa tahun selepas aku apply SPA tertulis juga rezeki aku disini,

Bagi aku hikmah aku diberi peluang untuk tawaran kerja disini ada tanggungjawab yang Allah s.w.t nak aku laksanakan. Mungkin nampak secara zahirnya 'rezeki ko tikah..' tapi dari sudut pandangan lain ada rezeki orang lain yang terselit didalam peluang untuk aku kali ini.

SWASTA KE KERAJAAN?

Kejutan?

Sangat terkejut untuk aku. Terang-terang la aku memang tak pernah ada pengalaman dalam sektor kerajaan ni. Tapi takpe, Tiada masalah sebenarnya untuk aku. Tapi sebenarnay dalam perasaan  nak buat-buat cool ni nervousnya jangan cakap lah.

Doakan lah yang terbaik untuk aku dan doakan juga dengan peluang ini aku dapat jalankan tanggungjawab aku kepada keluarga dan bangsa. Amin...

**Lama dah sebenarnya blog aku ni pending dari story morry aku. Pasni In Shaa Allah aku akan kembali berkarya didalam blog usang aku ini. Bye!


3 comments:

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...