Showing posts with label SBB2014. Show all posts
Showing posts with label SBB2014. Show all posts

Sunday, March 16

School of Blogger: Ilmu dari SBB2014

Tetiba aku teringat yang aku belum lagi berkongsi ilmu yang aku dapat masa menghadiri SBB2014 pada 8/3/2014 yang lalu. Walau pon main utama penganjur yang anjurkan program SBB2014 ni adalah untuk mnegumpulkan semua blogger yang wujud di alam maya, dan kini bertemu di alam realiti.

Dan semasa program dijalankan, aku rasa aku je kot yang bawak keluar buku dan pen untuk tulis segala note yang memberansangkan untuk aku kembangkan lagi minat dalam penulisan blog ini.

So dari pengkosian yang di berikan dapat gak la point point yang bole aku ketengahkan. Antaranya dari Abg Ben kita, dia pesan bila kita nak tulis entri biar lah ia datang dari hati. Biar ikhlas. Beliau ad juga share story sikit macam mana dia mula-mula berjinak dalam blog. Aku rasa cerita dia common gak la. Macam aku masa mula-mula start. Tulis macam buat karangan sekolah. Lama-lama bila kita dh review super senior yang dah berblog awal dri kita, then dari situ kita mula belajar.

Make it short and simple. Guna bahasa yang mudah di fahami. Santai. Friendly post. Hahaha bkn main lagi kan. Tapi macam tu la pesan Abg Ben. 

Red Mummy pulak, dia pesan bila kita dah pilih jalan dan minat untuk berblog, kita kena ready untuk BERKORBAN. Korban dari segi masa. Dan perlu ada time table. Contoh kalau kita ni suri rumah, kita kena pandai bahagi kan masa. Masa untuk anak-anak, suami. Kalau siang tu settle kan kerja sebagai seorang then malam, boleh bagi masa untuk siapkan kerja berblog.

Dulu aku rasa dunia blog ni ibarat cikai cikai je. Tak ramai yang nampak akan peluang yang tersirat dalam dunia blogging ni. Tapi bukan sekarang. Sekarang ramai businessman dan businesswoman memerlukan blogger sebagai platform diorang untuk enhance market bisnes.

So ini yang menjadikan aku lebih bersemangat. Aku nak juga capai something dalam dunia blogging yang orang tak nampak lagi.

Monday, March 10

Selepas SBB2014, restu Ibu mengiringi aku..

Selepas balik dari program SBB2014 semalam, hari ni baru aku berkesempatan nak update. Tapi bukan story yang menyeluruh la..Dan aku percaya mesti ramai dah blogger yang hadir hari tu dah update lebih dulu dari aku ..

Setelah aku penat seharian balik dari Saloma Bistro dan lepas tu aku memanjangkan langkah ke KLCC dan LOyat. Kenapa aku ke Loyat?? Haaa tu korang tunggu next entrt aku ok!! Kesan nya kaki aku bole jem di tengah jalan dan crame!! Fuuhhhh!! Sekarang kaki aku sakit.Lenguh. Kejang. Haaaa hamikkk kau.... Tu la lama sangat tak jalan kan.

Pagi tadi (semalam) aku saja nak tunjuk kat Ibu event yang aku pergi tu. Pastu ibu tanya kat aku,

"Ko ada apa semalam sebenarnya ngah?"

"Angah ada event blogger semalam.."

"Event macam mana tu?"

"Eemmm...dia macam program gathering dengan blogger la bu.."

"So apa ko dapat? Apa yang diorang buat?"

"Angah ada la take note bu. Macam semalam diorang share la macam mne diorang mula buat blog. Pastu ad juga blogger yang bole buat duit dari berblog je."

"Macam mana diorang buat duit tu?"

"Diorang buat duit dari traffic yang datang kat blog diorang. So kalo ramai yang datang visit blog diorang ni, traffic pon akan naik so dari situ diorang create income. Pastu ada yang orang minta diorang ni buat ads kat blog, so orang tu akan bayar kat blogger ni..."

Huhuhu dalam masa tu aku pon tak tau apa yang aku celoteh kan kat Ibu aku tu. Macam hancur je penyampaian aku. Entah paham ke entah  idak. Ahhh lantak la. Ibu aku faham kot. Pastu aku bagi tau ibu yang blogger yang dah ada nama tu, simple je citernye. Diorang takde pon nak citer panjang lebar sangat. Tapi since diorang dah terkenal, memang mudah la orang nak visit blog diorang tu.

Then ibu come out dengan 1 idea untuk aku. Ibu cakap why not aku citer kan kisah hidup kita dan selitkan dengan pesanan ibu means dari sudut keagamaan. Tapi dengan santai. Dan ibu sungguh pasti yang aku boleh dapat sesuatu yang aku nak dalam berblog ni. Tambahan pulak ibu aku ni suka berniaga, so dia cakap citer la pasal bisnes ibu. Jadinya aku akan cuba belajar mempromosikan bisnes ibu dengan santai but full of information.

Jika Ibu dah merestui jalan yang aku suka ni, sudah pastinya akan ada kejayaan yang akan aku perolehi. In shaa Allah.

Friday, March 7

SBB2014: Debaran kian terasa.


Weeiiii...esok event tu weeiiii.... hari ni aku dah rasa nebes nye. First nebes sebab nak jumpa orang ramai. Second nebes sebab aku nak kena cari jalan ke tempat event tu di SALOMA BISTRO. Aku ingat ingat lupa la tempat tu kat mana. Rasa macam pernah lalu. Tapi aku ada gak tanya kawan camne nak sampai sana. Aku kalau setakat pergi LRT Ampang Park tu sokmo dah selalu sampai sana. Cuma kawan aku cakap dari KLCC dekat je. Jalan dalam 5 - 10 minit dah sampai. So memang Encik Google je la tempat aku mengadu domba nanti. 

Wahaiiii..Encik Google Map...tolongla aku cari jalan ke SALOMA BISTRO tu... sob sob sob...

So sejak semalam aku tertanya-tanya tentang tentatif program, so pagi tadi dok geledah FB, nampak dohhh la owner MELASTIK BINTANG post atucara majlis. OK! aku noted semua tentang program. Haaaa..sesape yang belum tengok tentatif ni bole la renung lelama ye. 


Cuma, aku terfikir...acamno aku nak buek ni. Dok dengan sape nanti ni haaa... tak kenal sape pon dalam tu... aaahhhh tolak tepi la perasaan tu. Just go ok Ika! huuu ...ok ok ok fine !


layout-dewan


Ok, ni ha seat yang dah pihak penganjur tetapkan untuk peserta duduk. Dan aku duduk di meja no.8. Ada sesapa dok meja no. 8 gak? Kita geng la gamaknye yeee...

Meja 8
Mohd Izzuddin B. Jamal@Ismail
Nor Farhana Hizami bt Mohtar
Nor ‘Atikah Binti Norbaki
Nur Ainalhanisah Binti Rasli
Mohd Roni Ahmad
Mohamad Fauzie Ahmat Jasmani
Suhaini Senin
Marlini Matusan
Mohd Wahidi Bin Rosni
Eshamz Halim

Ok, habis dah untuk aku mengomel untuk menanti event esok hari. Jawapan nye buat muka tebal je la... orang kenal ke..tak kenal ke... buat dont know je... Yang penting aku datang aku nak dapat info yang berguna untuk aku in future. Mana tau ada rezeki dalam berblog ni kan? Ini bukan Harapan tinggal Harapan, Tapi aku akan jadi kan "HARAPAN MENJADI KENYATAAN."

**Apo baju yang nak di laramkan ni haaaa... Ok! nak google SALOMA BISTRO  sat.. tak jumpa sesat aku nanti karang.

Saturday, February 8

SBB2014 "Sepetang Bersama Blogger"

Ini adalah pertama kali aku join event blogger yang di anjurkan oleh pihak penganjur. Previous aku tak pernah pon pergi dan aku sendiri tak pernah tau ada wujud program tersebut. Mungkin kerana kekangan masa dan juga masih dalam kawalan parents, jadi idoklah aku ni free nak ke sana kemari. Bukan lah nak cakap aku ni di kongkong family,cuma masih remaja di awal umur. Jadi takde lah aku aktif nak ke sana ke mari.

So untuk 2014 ni tetiba aku rasa nak pulak pergi event tu. Dan aku bukan la kenal sesiapa pon kat sana. Pergi bawa diri sorang-sorang. Huhuhu aku agak neves pulak bila nak tunggu tiba waktu tu. Berdiri sorang-sorang tanpa kenal sesiapa. HAAA.... Amacam?? Kau ado!!!

Melalui info laman rasmi untuk program "Sepetang Bersama Blogger" ,speaker jemputan dia yang maybe akan bagi talk sikit yang aku kenal BEN ASHAARI dan RED MUMMY. Huu yang lagi 2 aku tak kenal sape.

"Hahahaha kalau tau dik speaker tu yang aku tak kenal dia, mesti dia touching kan? sob sob sob"

Banyak sebab yang buat aku rasa aku nak pergi...antaranya aku nak tau cara berblog yang berkualiti dan santai. Yang paling penting macam mne nak jadi "As a Good Influencer".Dari review yang aku buat sendiri, blogger yang ternama especially speaker jemputan tu, blog mereka memang sangat-sangat santai. Dan yang paling paling paling paling penting! macam mana diorang bole attract reader untuk setia dengan mereka.

Sebab kedua, aku nak belajar macam mana nak jadikan blog ni sebagai sumber pendapatan aku. Kira aku nak pergi event tu untuk tambahkan Ilmu baru untuk membantu perubahan diri aku...

*Jadi para blogger sekalian yang belum register lagi,bole la register secepat mungkin. Tak silap aku admin program akan tutup pendaftaran hari Rabu depan. So moh la reramai join ye.

*Info event bole layari laman web program http://sbb.my

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...