Showing posts with label Sepetang Bersama Blogger. Show all posts
Showing posts with label Sepetang Bersama Blogger. Show all posts

Monday, March 10

Selepas SBB2014, restu Ibu mengiringi aku..

Selepas balik dari program SBB2014 semalam, hari ni baru aku berkesempatan nak update. Tapi bukan story yang menyeluruh la..Dan aku percaya mesti ramai dah blogger yang hadir hari tu dah update lebih dulu dari aku ..

Setelah aku penat seharian balik dari Saloma Bistro dan lepas tu aku memanjangkan langkah ke KLCC dan LOyat. Kenapa aku ke Loyat?? Haaa tu korang tunggu next entrt aku ok!! Kesan nya kaki aku bole jem di tengah jalan dan crame!! Fuuhhhh!! Sekarang kaki aku sakit.Lenguh. Kejang. Haaaa hamikkk kau.... Tu la lama sangat tak jalan kan.

Pagi tadi (semalam) aku saja nak tunjuk kat Ibu event yang aku pergi tu. Pastu ibu tanya kat aku,

"Ko ada apa semalam sebenarnya ngah?"

"Angah ada event blogger semalam.."

"Event macam mana tu?"

"Eemmm...dia macam program gathering dengan blogger la bu.."

"So apa ko dapat? Apa yang diorang buat?"

"Angah ada la take note bu. Macam semalam diorang share la macam mne diorang mula buat blog. Pastu ad juga blogger yang bole buat duit dari berblog je."

"Macam mana diorang buat duit tu?"

"Diorang buat duit dari traffic yang datang kat blog diorang. So kalo ramai yang datang visit blog diorang ni, traffic pon akan naik so dari situ diorang create income. Pastu ada yang orang minta diorang ni buat ads kat blog, so orang tu akan bayar kat blogger ni..."

Huhuhu dalam masa tu aku pon tak tau apa yang aku celoteh kan kat Ibu aku tu. Macam hancur je penyampaian aku. Entah paham ke entah  idak. Ahhh lantak la. Ibu aku faham kot. Pastu aku bagi tau ibu yang blogger yang dah ada nama tu, simple je citernye. Diorang takde pon nak citer panjang lebar sangat. Tapi since diorang dah terkenal, memang mudah la orang nak visit blog diorang tu.

Then ibu come out dengan 1 idea untuk aku. Ibu cakap why not aku citer kan kisah hidup kita dan selitkan dengan pesanan ibu means dari sudut keagamaan. Tapi dengan santai. Dan ibu sungguh pasti yang aku boleh dapat sesuatu yang aku nak dalam berblog ni. Tambahan pulak ibu aku ni suka berniaga, so dia cakap citer la pasal bisnes ibu. Jadinya aku akan cuba belajar mempromosikan bisnes ibu dengan santai but full of information.

Jika Ibu dah merestui jalan yang aku suka ni, sudah pastinya akan ada kejayaan yang akan aku perolehi. In shaa Allah.

Saturday, February 8

SBB2014 "Sepetang Bersama Blogger"

Ini adalah pertama kali aku join event blogger yang di anjurkan oleh pihak penganjur. Previous aku tak pernah pon pergi dan aku sendiri tak pernah tau ada wujud program tersebut. Mungkin kerana kekangan masa dan juga masih dalam kawalan parents, jadi idoklah aku ni free nak ke sana kemari. Bukan lah nak cakap aku ni di kongkong family,cuma masih remaja di awal umur. Jadi takde lah aku aktif nak ke sana ke mari.

So untuk 2014 ni tetiba aku rasa nak pulak pergi event tu. Dan aku bukan la kenal sesiapa pon kat sana. Pergi bawa diri sorang-sorang. Huhuhu aku agak neves pulak bila nak tunggu tiba waktu tu. Berdiri sorang-sorang tanpa kenal sesiapa. HAAA.... Amacam?? Kau ado!!!

Melalui info laman rasmi untuk program "Sepetang Bersama Blogger" ,speaker jemputan dia yang maybe akan bagi talk sikit yang aku kenal BEN ASHAARI dan RED MUMMY. Huu yang lagi 2 aku tak kenal sape.

"Hahahaha kalau tau dik speaker tu yang aku tak kenal dia, mesti dia touching kan? sob sob sob"

Banyak sebab yang buat aku rasa aku nak pergi...antaranya aku nak tau cara berblog yang berkualiti dan santai. Yang paling penting macam mne nak jadi "As a Good Influencer".Dari review yang aku buat sendiri, blogger yang ternama especially speaker jemputan tu, blog mereka memang sangat-sangat santai. Dan yang paling paling paling paling penting! macam mana diorang bole attract reader untuk setia dengan mereka.

Sebab kedua, aku nak belajar macam mana nak jadikan blog ni sebagai sumber pendapatan aku. Kira aku nak pergi event tu untuk tambahkan Ilmu baru untuk membantu perubahan diri aku...

*Jadi para blogger sekalian yang belum register lagi,bole la register secepat mungkin. Tak silap aku admin program akan tutup pendaftaran hari Rabu depan. So moh la reramai join ye.

*Info event bole layari laman web program http://sbb.my

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...