Thursday, April 3

SET POSITIF


Dah lama aku kepam kan idea entri aku hari ni. Lama la sangat kan. Ni pon idea masa aku nak masak petang tadi. So sementara tunggu masa aku nak post, aku kena simpan la kat dalam otak aku ni bebaik. Kalau boleh transfer data dari otak aku ke Laptop ni, dah aku buat dah. Sekarang masa aku nak keluarkan segala idea idea yang bernas ni.

Hidup ni kalau takde STRESS memang bukan namanya KEHIDUPAN. Macam life aku sekarang ni, aku tak tahu macam mana nak settle kan everything yang merumitkan. Kadang kadang nampak je happy, ketawa tapi dalam diri hanya DIA je tau apa yang aku fikirkan.

Siapa yang tak nak kehidupan sempurna. Semua nak. Hidup sempurna bukan bermakna nak KAYA. Tapi harta memang perlu untuk teruskan kehidupan. Betul kan? Nak cakap satu persatu atau nak jelaskan satu persatu apa itu KESEMPURNAAN, apa itu KESENANGAN, apa itu KEKAYAAN, banyak sudut yang aku kena lihat. Sebab setiap apa yang aku lakukan dalam hidup ni semua nya saling berkait. Yang mana kunci nya untuk capai KEBAHAGIAAN

Bila aku jalani kehidupan aku sekarang, bukan bermakna aku hanya PASRAH ke atas TAKDIR. Sebab bila terlalu PASRAH, aku takut aku terlalu menyerah dan MENGALAH. Apa yang aku lakukan sekarang aku harus menjadi POSITIF. Sebab kehidupan aku ni aturan dari ALLAH. Tapi nak aku ingatkan, dalam konsep faham erti 'hidup kita aturan ALLAH' hanya yang baik untuk kita sahaja itu lah jalan aturan ALLAH. Jangan pulak dok pikir, yang jahat apa yang kita buat pon aturan DIA jugak. Ingat yang baik datang dari DIA, yang khilaf itu dari kita hamba DIA ni.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...