Showing posts with label #cabaran30hari. Show all posts
Showing posts with label #cabaran30hari. Show all posts

Monday, September 15

SURAT KEPADA SESEORANG - #CABARAN30HARI

Surat ini khas buat Ibu, Along, Fifa, Kina, Amy, Ira, Nani.

Assalamualaikum,

Hai Ibu and korang-korang semua. Harap masing-masing sentiasa sihat sejahtera la ye. Ok hari ni angah rasa nak tulis surat lum sum untuk semua. Actually angah tak tahu nak cakap apa. Tapi bila tak cakap rasa macam banyak je yang angah nak sharing.

Pertama untuk Ibu, Ibu angah nak mintak maaf  dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala salah silap angah. Angah tahu sejak kebelakangan ni, tanpa sedar angah ada buat Ibu terasa dengan angah. Itu pon lepas Along bagitau angah. Angah akui angaj adakala terlakukan sesuatu yang buat hati Ibu terguris. Tapi sebenarnya bila angah terlepas lakukan macam tu, angah akan tersedar sendiri atas perbuatan angah. Dalam masa yang sama angah cuba untuk jadi yang terbaik untuk Ibu. Bila angah tak dapat beri apa2 pada Ibu, kadang-kadang perkara tu buat angah tension dan teremosi lebih. Angah tak nak ibu rasa yang ibu dapat anak-anak yang tak bole beri ibu kebahagiaan dan kesenangan. Angah tak nak tengok ibu sedih selalu. Untuk pengetahuan ibu, kitorang adik beradik sedaya upaya untuk lakukan yang terbaik untuk ibu. Walaupon adakala ibu seolah-olah tak nampak. Tapi kalau la ibu memahami hati anak-anak ibu ni, ibu akan nampak betapa masing-masimg berusaha untuk ibu.

Along dan fifa, angah minta maaf sebab kadang-kadang susahkan korang. Selalu mintak duit, pinjam duit tapi selalu mintak dari pinjam la kan... Heheh tapi takde pon korang still bagi angah. Untuk duit belanja la, untuk kucing2 angah la. Banyak jasa korang kat angah. Korang doa supaya keje angah kali ni adalah yang terbaik selepas angah berpindah randah dari satu keje ke satu keje yang lain. In shaa Allah angah rasa keje angah kali ni serasi dengan angah. Dan doa kan jugak supaya angah dapat lebih rezeki dengan keje yang baru ni. Doa kan ye.

Kina, amy, ira, nani.... Angah tau kadang-kadang korang bosan dengan perangai angah yang suka membebel atau marah, atau suka memaksa, atau apa-apa je lah. Angah bukan apa, angah nak korang jadi adik2 dan anak yang terbaik untuk ibu dan ayah dan untuk keluarga. Angah tak sanggup orang pandang rendah pada adik2 angah, orang hina, orang pijak, orang pergunakan atau mcm2 lah. Buruk baik korang, korang adalah adik angah dan sampai bila2 pon angah akan lindungi korang. Walaupon kakak korang ni ada masa gila terlebih. Kelakar, kelakar gak. Serius, tetap serius. Cuma angah nak pesan, jangan jadikan masalah apa yang kita hadapi sebagai alasan untuk kita berubah dah jadi orang bermasalah. Sentiasa ingat tanggungjawab kita bukan sahaja di dunia, tapi juga di akhirat. Setiap hari cuba perbaiki diri kita untuk jadi lebi baik. Ok?

Sekian,
Adik Ana.

Sunday, September 14

CERITA KASUT AKU - #CABARAN30HARI


Ingat dulu masa sekolah rendah selalu buat karangan macam 'Aku sebatang Pensel', 'Aku syiling 50 sen'. Tapi tak ingat karangan ni di klasifikasikan nya sebagai karangan apa. So hari ini aku nak buat entri jenis karangan macam tu lah. Heheheh...

Kisahnya bermula begini...

Aku adalah sepasang kasut. Aku bukan lah dari jenama yang famous. Seingat aku sebelum Tuan aku yang berkaki saiz 8 ni beli aku, aku tinggal di salah satu kedai di Petaling Street. Aku tinggal dengan tuan aku ni dah lebih kurang 9 bulan. 

Masa tuan aku ni beli aku, dia ada beli sekali dengan kawan aku juga. Aku berwarna merah manakala kawan aku lagi sepasang tu berwarna hitam. Setakat ini yang aku tahu tuan aku ada kami berdua je. Seminggu dia pakai aku, seminggu lagi dia pakai kawan aku si hitam tu.

Tapi yang aku perasan tuan aku ni kerap memakai aku bila dia nak kemana-mana termasuk lah bila dia nak ke tempat kerja. Walau pon aku dengan kawan aku si hitam tu mempunyai saiz yang sama, tapi si hitam tu rasa longgar sedikit berbanding aku. 

Tapi..... aku dapat rasakan tuan aku macam nak beli kasut lain je. Sebabnya... kami berdua ni mempunyai 2 masalah yang sama. Pertama tapak kami yang di dalam kedua-duanya dah tercabut. Kedua dekat tepi tepi kami ni ada yang macam dah terkopak sedikit. Bapak ganassss tuan aku pakai kami!! Dah salah dia pakai tak reti elok elok, dah rosak nak cari yang baru pulak!! Unfairr!!!!!

Haiiiihhhh... sabar...sabar...sabar.... nasib aku adalah Sepasang Kasut, kalau takkkk dah aku sepak tuan aku ni. Tapiii... di sudut hati tuan aku tu... aku tau dia takkan buang kami... cuma dia planning nak tambah koleksi kasut dia je... sebab dia nak tukar tukar pakai kami.

Ok! sampai di sini sahaja cerita aku sebagai sepasang kasut kepada Tuan aku yang montel tu. Jumpa lagi...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Macam mana? Best tak dengar Cerita Kasut Aku tu? 



Saturday, September 13

5 BLOG KEGEMARAN AKU - #CABARAN30HARI


Sejujurnya .... aku memang takde blog kegemaran yang orang kata addict and follow gila gila. Selalu nak tunggu entri terbaru ke apa ke memang takde. Biasanya aku akan singgah kalau ada story best atau ilmu yang aku nak tau terutama ilmu berblog haaa ye tu aku singgah. Tapi day by day aku tunggu memang takde lah.

Tapi kalau nak cakap blog yang aku kerap kunjung tu ada la gak. Semua nya sebab aku nak dapat ilmu dan ak review macam mana keadaan blog blogger tersebut.



Aku kerap jugak ke blog Abang HH ni. Semuanya sebab aku nak dapatkan ilmu berblog. Tips yang berkaitan untuk menaikkan sebuah blog juga membuatkan aku ter'klik' blog dia dengan sengaja. 



Blog Sis Innanie Ariffin juga kadang kadang aku buka. Blog dia ini ibarat Inspire untuk aku. Kadang bukan pengisian blog nya yang menarik perhatian aku, tapi semangat yang ada pada dia buat aku lebih yakin untuk kehadapan dan mungkin seiring dengan dia. 

Jessabella Plus Size Stealz


Blog pakaian Pluz size yang bila ada masa, rajin jugak ika dok tengok koleksi apa dia dia. Tengok tengok tu selalu. Cuma nak beli ni tak beli beli. In shaa Allah tunggu hujung bulan, memang aku akan memborong lah. 

BEN ASHAARI


Bila Abang Ben update entri pasal anak anak dia terutama si Qhaliff tu, rajin je tangan tu dok klik. Telatah anak dia tu haaaa yang buat rasa macam nak amik tau. heheeh



Haaaaa.... ni blog yang WAJIB aku bukak! Satu hari tak buka boleh naik gila kot. Ceh! aku ni...tang blog sendiri bukan main lagi fefeeling dia. Unfair kan?? keh keh keh

OK! SIAP!!!

Friday, September 12

5 WISHLIST AKU - #CABARAN30HARI

Bila sebut tentang WishList ni sebenarnya jarang aku nak take serious sangat. Maksud aku bukan la tak amik port, dalam hidup ni sape yang takde keinginan. Semua ada termasuk aku. Tapi style aku, jika ada peluang untuk aku dapatkan, aku akan cuba dapatkan. Jika tak, just hold dulu keinginan tu.

Kalau tak dapat anggap ia belum rezeki aku. Ada sesetengah orang kalau tak set wishlist ni, diorang akan susah nak fokus. Maksudnya macam takde something yang akan push diorang untuk workhard dapatkan apa yang diorang hajatkan. Tapi different orang different caranya kan. betol tak?

Actually aku tengah dok pikir apa laaaaa yang aku nak ek? eeemm nak pikir 1 pon dok terkebil-kebil... ni kan pulak 5??? Eeemmm apa ekkkkk...

NAK BORONG BAJU SIZE BESAR BANYAK-BANYAK

Gambar sumber Google

Aku ni boleh di katakan gila berfesyen jugak. Tapi bukan la yang sendat-sendat ye. Perlu la kena dengan keadaan aku ni. Sekarang ni kan dah melambak baju-baju untuk plus size ni, ada juga yang design up to date. so bertambah la nafsu aku nak beli banyak-banyak.

NAK PENUH KAN STOCK SHAWL

Gambar sumber Google

Haaa?? Ini pon kena jadikan wishlist ke?? Hahahaha bagi aku ia memang penting sebab aku juga gila shawl. Kalau aku nak beli, aku suka beli banyak-banyak. Puas! Tapi setakat ini aku masih lagi rasa stock shawl aku tak cukup. Sebab tu aku jarang nak beli online. Sebab kalau online aku mesti nak kena tunggu. Haaa tu yang aku malas. Nak kalau bole beli terus dapat pakai. Baru la best!!

NAK BUKA BISNES MAKANAN@KEDAI MAKAN


Ini adalah impian aku. Aku memang suka berniaga. Terutama dalam bidang makanan. Sebelum ini aku dengan family memang dah pernah berniaga dulu. Gambar banner kat atas ini adalah banner bisnes family aku dulu tapi atas sebab tertentu ia terpaksa di hentikan. Tapi A&A ROJAK CORNER ni belum mati lagi. Aku nak hidupkan kembali bisnes family aku ni. Itu Keinginan besar aku.

NAK BELI KERETA

Memang aku nak ada kereta sendiri. Aku tak nak susahkan Ibu dan Adik aku lagi. So boleh la aku survive sendiri nak kemana-mana kan. 

NAK RENOVATE RUMAH 

In shaa Allah.... aku nak sangat renovate rumah yang aku tinggal sekarang. Nak bagi Ibu dan adik beradik aku tinggal dengan lebih selesa. 





Thursday, September 11

KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK - #CABARAN30HARI


Kenangan paling istimewa yang sentiasa akan aku ingat sampai bila-bila ialah kenangan zaman kecil ku. Saat bermain...bergurau..bergaduh dengan adik beradik aku. Haaaa... bayang lah adik beradik ada tujuh. Mau tak havoc rumah aku ni.

Kitorang memang sangat nakal. Kalau tak, takde lah ibu aku tu garang kalah 'singa'. Sampai ke besar kot kitorang ni masih takut dengan ibu. Nak citer, memang banyak. Tak tercerita aku rasa. Atau pon sebenarnya aku tak tahu nak citer kisah yang mana. Sebab semuanya best! best!!!

KELUAR MAIN PETANG-PETANG, IBU TERCEGAT DENGAN ROTAN


Pagi kitorang sekolah , Tengahari sekolah gak.. so? Waktu petang la kitorang selalu main-main dengan jiran. Sampai tu dah dekat maghrib pon tak reti reti nak masuk umah. Pastu akan terdengar la suara yang tak di duga..

'Alongggg....!! Angahhh!!.. Pipahh!!! Tak reti balik ke??"

Dari jauh dah nampak bayang Ibu kat pintu... kat tangan ada rotan... Ooo..Oooo... dah kitorang masing-masing dok tolak masing-masing... 'Ko masuk dulu la... ko la masuk duluuu'. Dalam kepala ingat nak lari laju supaya terlepas dari sebatan Ibu.... sekaliiiiii... hampehhh.... Zaaaappppppp!!!!! 

BERANGAN TIME MAKAN

Masa kecik... makan nasi putih dengan telur dan kicap pon dah cukup sedap dah bagi kitorang adik beradik. Lagi-lagi bila telur mata di goreng pastu telur kuning dia cantik and ada cair-cair sikit. Entah kenapa setiap kali time makan je aku, kakak aku, dengan adik aku kitorang suka berangan. Konon makan bole terbang la... pinggan terapung la... main belanja-belanja makan la... Pastu bile ibu datang kat dapur je nanti bising la dia.... 'Makan main-main??'

KENA KURUNG KAT LUAR SEBAB DEGIL

Macam aku kata tadi, kitorang ni degil. Agaknya memang kesabaran ibu aku tu dah 'merah' agaknya. Dah menggelegak. Nak layan kedegilan kitorang ni, haaaaa kena kurung la kat luar. Kadang-kadang bukan sebab degil je, tak pandai mengaji pon kena kurung, tak tahu belajar pon kena kurung... Tapi kerana pengajaran macam tu la anak Ibu ni jadi orang. Kadang-kadang tu bila kena kurung kat luar, nak tunjuk kesian kat ibu, buat-buat la tidur kat kerusi luar. Ingat Ibu aku layan??? Mimpi laaaa... lama gila nak bagi kitorang masuk. 

MAIN COP-COP HERO


Power Rangers. Bagi tau aku sape yang tak layan citer ni? Kitorang adik beradik dengan cousin kitorang layan gila citer ni. Setiap kali ada je citer ni, mula la masing-masing nak cop cop.

'Aku Hitam!'
'Aku Pink!'
'Aku Biru!'

Haaaa macam tu la kitorang. Apa je la citer yang pattern macam ni, sape yang nak jadi hero memang kena cop awal-awal la. Selalu nya kakak aku yang selalu budget kuat tu berangan nak jadi hero. Hahahaha!!

Haiiiissshhh kalau aku citer untuk satu entri ni memang takkan cukup. Kenangan 26 tahun lalu memang takkan dapat aku lupakan. Sampai bila-bila. =)

Monday, September 8

5 LAGU CINTA KEGEMARAN AKU - #CABARAN30HARI


Nasib aku tak terlupa tugasan #cabaran30hari yang belum habis lagi. Dok fokus perkara lain sampai terlupa entri ni. So hari ini kita nak borak tentang lagu cinta. Waaaahhhh... bercakap pasal lagu cinta ni, teringat aku masa zaman cinta sekolah. 

Dengar je lagu best kat radio, cecepat aku mesej BALAKSS aku (masa time sekolah we olls panggil BALAKSS)

 " B....B... cepat dengar radio sekarang... ni lagu untuk B" 

Haaaa....tengookkkkk dah bocor rahsia hakakk panggil B tauuuuu... Bukan setakat lagu cinta kategori Balada je... Lagu nasyid yang femes dulu IN-TEAM... Kasih Kekasih... tu ponnn jadi gak asal nampak macam romantik je zaman-zaman bercinta sakan dulu.



Kerlasss kan zaman aku bercinta dulu.... siap ada Tuju Lagu lagi tauuuuu.....

Ok... Kalau nak tanya tentang Lagu Cinta of course la yang tak jemu aku dengar kan. Actually setiap lagu ini mempunyai kisah tersirat yang aku ingin sampaikan melalui lagu-lagu yang aku suka ni....

PERTAMA.....


TERLANJUR CINTA - ROSSA & PASHA

Aku tak pernah merancang dengan siapa aku akan bercinta.Dengan siapa aku akan sayang. Biasa nya pada peringkat awal, hanya perhubungan yang tidak lebih dari seorang kawan atau kenalan. Tapi tanpa sedar bila hati bisa menerima dia seadanya.... dari situ lah  Aku Terlanjur Cinta...

KEDUA....



BIARLAH RAHSIA - DATO' SITI NURHALIZA

Kalau boleh aku nak berkongsi rasa gembira aku dengan mereka di sekeliling aku. Aku nak share dengan mereka siapa yang dah berjaya mencuri hati aku... Tapi seperti dalam lirik lagu biarlah rahsia ni...

Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai kau Jujur Memahami
Tiada Ku Menjauhi...

Dan Kisahku Yang Masih Panjang..
Menambahkan Berat Yang Memandang..
Lantas ku Pendam...
Ku putuskan..
Biarlah Rahsia...


KETIGA.....



AYAT-AYAT CINTA - ROSSA

Untuk Si Dia yang berjaya hadir dalam hati aku...

Maafkan Bilaku Tak Sempurna..
Cinta Ini Tak Mungkin Ku Cegah..
Ayat-ayat Cinta bercerita...
Cinta ku pada mu...

KEEMPAT...


MUARA HATI - DATO' SITI NURHALIZA & HAFIZ

Ada kala aku menganggap Cinta yang aku peroleh ni Ibarat Cinta Adam & Hawa..

Demi Cinta Dalam Hatiku...
Ku Yakin Engkau Untuk kuu..
Meski Jejak Pisahkan Kita..
Cinta kan Bawa Kembali..
Pada mu...

KELIMA....


SALAHKAH - HAFIZ & ROSSA

Aku juga mungkin perlu bersedia untuk menerima jika ada tentangan dari mereka-mereka yang lain mungkin tak dapat terima pilihan hati aku ini. Tapi aku tetap terus yakin...

Biarkan Dunia Berputar..
Seiring waktu berjalan..
Sampai saat nanti tiba..
Waktu Merestui Cinta yang terlarang untuk kita berdua..




Sunday, September 7

SEJAUH MANA PENDIDIKAN ITU PENTING BAGI AKU - #CABARAN30HARI



Siapa kata education tu tak penting meh sini hakakk lepuk kepala. Mungkin pada saat kita sedang menempuh alam sebagai pelajar, rasa macam penat je kan.

Malam nak kena ngadap homework. Kalau takde homework kena buat revision pulak. Penattt je rasa. Tapi actually kegunaan nye bila diri kita dah di iktiraf mempunyai sesuatu kelulusan, benda ni akan membantu kita untuk tempuh pada alam pekerjaan.

Mahu atau tidak.. Hanya pelajaran saja dapat mengupgrade diri kita ke satu level yang lain.

AKAN TETAPI........

Apa yang aku perasan sekarang, pendidikan sekarang bole di katakan sangat mempunyai persaingan yang agak tinggi.

Sekarang ni terlalu ramai kelahiran mereka yang bijak pandai. Bila ramai yang bijak pandai, mereka akan bersaing untuk sesuatu pekerjaan yang di tawarkan. Tapi masalahnya bila pandai tapi kurang dari segi pengalaman, susah juga pihak company nak menawarkan peluang buat mereka.

Jadi pandangan aku berkenaan pendidikan sekarang ini jika setakat pendidikan tinggi saja belum cukup menjamin masa depan.  Perlu di lengkapkan dengan pengalaman yang kita ada.

Akan tetapi, pihak pengurusan juga perlu juga memberi ruang untuk mereka ini membina pengalaman. Kalau takde peluang, mana nak dapat pengalaman tu kan? Ye dak??

Saturday, September 6

APA YANG AKU MAKAN HARI INI - #CABARAN30HARI

Sebelum aku memulakan entri #cabaran30hari untuk hari ini, aku nak story sikit la kan. Sejak aku mengaktifkan diri aku untuk join segmen sahabat blogger aku ni actually segmen ini sedikit sebanyak membantu kenaikkan PV aku untuk sehari. 

Walaupon ada yang menjadi silent reader dan ada juga yang sudi meninggalkan komen untuk setiap entri aku, kehadiran anda semua amat membantu menaikkan PV blog Atikah Norbaki secara tak lansung. Dan aku amat appreciated usaha murni sahabat blogger aku ini.


Ok! Back to the main purpose untuk entry hari ni. Makan? Eemm makan ye? Untuk entri hari ini aku memang perlu update lewat sikit sebab aku kalo bole nak share kan makanan yang aku makan seharian untuk hari ini. Jadi nak tak nak hakakk kena bersabar sikit la kan nak mengepos entri hakakk ni...

First.... Makanan pertama yang aku suap ke mulut aku hari ini.. Ni haaaaa....


Nasi Lemak ibu beli dengan Air Milo suam kuku dari hakakk. Sebagai rakyat Malaysia, breakfirst nasi lemak adalah di kira menu wajib la selain roti canai. Pepagi aku dah jamu nasi kan... Jadi jangan tanya la kenapa badan aku mengembang sesuka hati.... Haaaa..... Yanggg tepi tuu jangan nak dok gelakkan hakak ye... Sekeh kang nakkk... ! Heee ngeee...

Kedua.....


Ni kira stock kunyah kunyah aku la. Seperti yang semua tahu... (Tahu keeee?) Aku memang penggemar air teh. Kalau aku tak beli ice lemon tea, teh bunga la akan jadi pilihan aku. Dan antara banyak-banyak jenis biskut, aku suka biskut Oreo ni. 

Apa lagi aku makan hari ni??

Last....


Haaaaa... Ni lepas makan baru teringat yang aku lupa nak snap. So korang tengok jela gambar makanan yang hakak dah licinkan ni yeeee.... Chooiiii!! Eh ni bukan stock aku makan sorang ye... Ini aku makan dengan family aku... Restoran Chicken Rice Shop... Bukan sekadar nasi ayammmm... Kokk..kokk..kokk..kokk... 

P/s: tak sure lagi samada ni makanan last atau ada lagi lepas ni... Hahahah ok.. Sape nak ayam yang tak habis tu gi amik ye... 








Friday, September 5

3 PERKARA YANG AKU INGIN KATAKAN KEPADA BEKAS KEKASIH - #CABARAN30HARI


PERINGATAN: CERITA DI BAWAH TIADA KENA MENGENA DENGAN KEHIDUPAN SEKARANG. TERIMA KASIH.

Ex-boyfren yeeee.... Hhmm... Ex-boyfren... Nak bagi yang mana satu ek? Yang budak A keee... Atau budak B nii.. Tak pon si budak C tu?? Eh! Ke yang D? Tapi nak bagi yang E pon ok gakkk....

Haaaaa.... Nampak tak permainan kat situuuu... Melambakk ex-boyfren hakakk ko ni. Boleh tahan tahap play kauu kan hakakkk.. Cis! Watak jemah maiii daahh..

Nak wat camne... Zaman cinta anak-anak monyet.. Banyak lerr koleksi cinta..putus..cinta..putus ni.. Tapi masalah aku sekarang.. Ada yang antara mereka yang dapat title EX sebab dia tinggalkn  aku.... Dan ada yang dapat title EX sebab aku tinggal kn dia. Haaaa... Acamne ni?

Takpelah aku lum sum kan je perkara ni untuk kumpulan EX aku tu ye:

1) Untuk yang tinggalkan aku dulu maybe sebab aku ni gemuk..kau tau x kau telah buat aku downnn gilaaa.. Tp sekarang NOT! Aku dah jadi lebih dari yang kau sangka. Tapi thanks gak sebab aku belajar untuk tak terlalu mengharap pada LELAKI.

2) Untuk yang ditinggalkan oleh aku.. Kau memang baik berbanding dengan EX yang pernah tinggalkn aku. Cuma nya kenapa aku tinggalkan kau... Ada yang sebelum ni aku pilih sebab aku terlalu terburu je. Sebab frust kena tinggal kot. Then rasa macam keputusan tu tak betol. Dari aku permainkan korang so better aku tinggalkn. Aku minta maaf.

Dan ada kes yang lain, terpaksa aku tinggalkn sebab kau sendiri macam tak sedia untuk bagi komitmen for future. So maaf la aku tak nak buang masa. Better aku bagi ruang diri aku pada yang benar-benar la kan.

3)  Mungkin ada antara kamu wahai Ex ex ku yang dah berkahwin or bertunang atau mungkin ada yang masih mencari, aku doakan korang bahagia, happy selalu dan thank you sebab pernah jadi moment dalam hidup aku. Doakan aku dapat jumpa Sang Suami yang tengah tunggu kehadiran aku ni.


Ok habis. Tak nak citer banyak-banyak nanti ada yang cemburu. Eerr... Ada ke? Ngeeee.... Peace!

P/s: Takde pulak tajuk 3 Perkara Yang Anda Ingin Katakan Kepada BUAH HATI Anda ye.... Heheheh

Thursday, September 4

BUKU KEGEMARAN AKU - #CABARAN30HARI

Buku Kegemaran??


Alololo.... Comel nye muka baby ni. Alangkah bahagianya jika muka aku 'terkejut' comel macam ni. 

Ok ok.. Kembali kepada entri asal kita. Buku kegemaran? Eemm macam mana aku nak listkan buku kegemaran aku sedangkan aku memang takde buku kegemaran??

Main petik je kang... Ish tak jujur le pulak gamaknya nanti.. Eeehhh tak bole tak bole... Orang kat luar tu tengah beratur nak kenal aku ni. Tak bole tipu tipu... No no nooo.. ( sila baca dengan nada yang penuh perasan)

Setakat ni... Buku yang selalu aku tengok, 'FACEBOOK' je la. Isshh jangan komee kata takde info.. Adeeeee... Banyakkk sangatt... Siap bole 'share' info lagi koooo....



Taraaaaaa.... Tengok Dato Ct kita.. Comey kan mcm kita... Heheh ok majalah ni boleh di kategorikan sebagai buku kegemaran aku. Bukan sebab fan sangat, tapi aku tak tau lah tiap kali kalo aku nak beli buku mesti aku akan lebih tertarik nak beli buku Mingguan Wanita ni. 

Selalu aku baca skop mana?

Yang tajuk besar tu memang aku akan cari. Yela selain dari buku itu sendiri, tajuk juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi aku untuk membeli. 

Kedua aku suka info kesihatan dan last part citer ttg pengalaman pembaca berjumpa pasangan dan akhirnya mereka berkahwin.... Kepoh kan aku..., sibuk jeee nak tau pasal orang.. Tapi kadang-kadang ade je yang kelakar. 

Tapi masa zaman diploma aku dulu, banyak koleksi buku ni aku beli. Sampai ada kawan-kawan yang bosan nak hadapp buku study... Kang ketokk la pintu aku dok tanya ' ada majalah baru tak?' Hehehe






Wednesday, September 3

SESUATU MENGUATKAN AKU - #CABARAN30HARI


Kehidupan aku macam kehidupan orang lain jugak. Ada masa aku 'stable' ada masa aku ' down' Dan bila aku down adakala aku lebih suka diam, menyendiri, termenung,...... TAPI semua tu berlaku bila aku bersendiri sahaja. Tapi sampai sekarang, jarang la orang tau saat aku tengah berkecamuk. Melainkan kalau aku bercerita to somebody ... YES orang akan tau yang aku sedang beremosi.

Kalau nak bercakap tentang 'sesuatu yang menguatkan aku' hanya ada 2 benda je. Pertama FAMILY. Kedua DIRI AKU sendiri. Bila dah umur meningkat ni, cabaran demi cabaran akan datang yang mana bertujuan untuk menguatkan lagi semangat aku. Untuk mengukuhkan TEMBOK kekuatan dalaman aku.


Tapi setakat ni, setiap kali aku berhadapan dengan cabaran, aku hanya fikir aku perlu terus kuat untuk FAMILY aku. Kuat untuk support Ibu, Kuat untuk menjadi pelindung adik2, Kuat untuk menjadi seorang anak yang mana ada tanggungjawab yang perlu aku lakukan.

'It is Not About Size' ini lah salah satu yang menguatkan aku.

Tuesday, September 2

5 CARA MEMENANGI HATI AKU - #CABARAN30HARI


Pesanan buat 'ehem..ehem..' di luar sana. Ye aku tau aku bukan Si cantik untuk kamu mengenali hati ku, TETAPI.... di sini aku nak bagi guideline sikit la kan even kamu tak bertanya apa-apa pada ku bagaimana caranya kamu untuk memenangi hati ku.

Amboii... gediks nye kau jahhhhh! Bagi lempang setepek bole? Hahaha apsal aku tetiba feeling jemah sangat ni. Ok la. Make it short and simple. Tak kisah la untuk si 'ehem' atau pon sesapa je rasa nak pikat hati I... so di sini I nak bagi tips sikit you allssss..

Pertama....

Kena pandai buat kelakar. Sebab aku suka GELAK

Kedua....

Kena pandai pujuk sebab aku KUAT MERAJUK

Ketiga....

Kena banyak sabar sebab aku ni banyak pe'el atau senang kata mengada-ngada

Keempat....

Kena pandai buat KEJUTAN.. sebab aku suka suprise

Kelima....

Kena ada ILMU... sebab aku suka 'ehem' lebih ILMUAN nya dari aku...

Ini bukan informasi mengarut... tapi adalah hakikatnya... hehehe ok! take note ye si 'ehem..ehem' di luar sana...

p/s: SILA JANGAN MUNTAH DI SINI.

Monday, September 1

1 GAMBAR TERBARU DAN 5 FAKTA TENTANG DIRI AKU - #CABARAN30HARI


Ok! Ni gambar aku hari ini. Tetiba hari ni rasa nak belanja 1 gambar Selfie dari aku.  Jadi bagi sesapa yang ada di area Ampang kalau nampak aku tolong tegur. Please tegur.

Haaa.. meh sini dok depan aku. Aku nak citer sikit tentang diri aku. Alaaaa tak banyak pon. 5 FAKTA je tentang diri aku :-

1) Aku adalah ANGAH

Kalau aku adalah angah, maknanya aku adalah anak kedua. 

2) Cat Lover

Aku sangat sayang kan haiwan yang bernama KUCING. Setakat ni dalam jagaan aku ada 8 ekor. Tak termasuk kucing-kucing yang sebelum ni aku pernah jaga dan yang dah pergi ke syurga. (Aku tak suka cakap kucing aku dah mati. Lebih suka cakap diorang pergi syurga =) ) Aku sanggup berhabis untuk mereka. Sesiapa yang usik kucing aku... SIAP!!!!

3) Suka Menyanyi

Dalam bilik air, dalam bilik, dalam kereta, dalam rumah... asal ada ruang dan waktu... menyanyi je la keje aku. Terutama lagu Dato' Siti Nurhaliza..... 

"Dan kisahhh kuu.. yang masih panjangggg... menambahkan berat yang memandang.. lantas ku pendamm.. ku putuskannn... BIARLAH RAHSIA..." ooppssss! ngeeee

4) Suka tengok wayang and outing sorang-sorang

Pelik? eemmm tak lah... aku lagi selesa keluar sorang-sorang. Tak terikat dengan masa sesiapa pon. Lagi-lagi time tengok wayang. Sebab bila tgk wayang kita bukan perlu borak dgn orang kan? so pergi sensorang pon bole... Free bila bersendiri... =) Selalu layan citer hantuuu.... heeee

5) Suka CILI KICAP dan WESTERN FOOD

Makan mihun/mee/kuew teaw sup.. dan dilambakkan dengan CILI KICAP. Peehhhh!! sedap weeii.. Sizzling di letakkan cili kicap jugakk... superb!! Spaghetti (kuah merah & putih) , macaroni dan apa saja jenis makanan western... aku telan

Sila jangan muntah dengan cerita aku. 

Lunch ni nak makan ape ek?? hmmmm



RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...