Buku Kegemaran??
Alololo.... Comel nye muka baby ni. Alangkah bahagianya jika muka aku 'terkejut' comel macam ni.
Ok ok.. Kembali kepada entri asal kita. Buku kegemaran? Eemm macam mana aku nak listkan buku kegemaran aku sedangkan aku memang takde buku kegemaran??
Main petik je kang... Ish tak jujur le pulak gamaknya nanti.. Eeehhh tak bole tak bole... Orang kat luar tu tengah beratur nak kenal aku ni. Tak bole tipu tipu... No no nooo.. ( sila baca dengan nada yang penuh perasan)
Setakat ni... Buku yang selalu aku tengok, 'FACEBOOK' je la. Isshh jangan komee kata takde info.. Adeeeee... Banyakkk sangatt... Siap bole 'share' info lagi koooo....
Taraaaaaa.... Tengok Dato Ct kita.. Comey kan mcm kita... Heheh ok majalah ni boleh di kategorikan sebagai buku kegemaran aku. Bukan sebab fan sangat, tapi aku tak tau lah tiap kali kalo aku nak beli buku mesti aku akan lebih tertarik nak beli buku Mingguan Wanita ni.
Selalu aku baca skop mana?
Yang tajuk besar tu memang aku akan cari. Yela selain dari buku itu sendiri, tajuk juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi aku untuk membeli.
Kedua aku suka info kesihatan dan last part citer ttg pengalaman pembaca berjumpa pasangan dan akhirnya mereka berkahwin.... Kepoh kan aku..., sibuk jeee nak tau pasal orang.. Tapi kadang-kadang ade je yang kelakar.
Tapi masa zaman diploma aku dulu, banyak koleksi buku ni aku beli. Sampai ada kawan-kawan yang bosan nak hadapp buku study... Kang ketokk la pintu aku dok tanya ' ada majalah baru tak?' Hehehe
Akak pun takde buku kegemaran.. Haha! Acaner nak sahut cabaran hari ke-4 ni? Huhu.. Majalah pun bolehla kot ye.. Akak pun suka majalah mingguan wanita ni.. Hehe..
ReplyDeleteRosmiza Ali Official Blog™
dulu masa tingkatan 1-3 suka baca majalah remaja...tapi bila dah meningkat dewasa ni sepatutnya suka la pulak baca majalah wanita...tapi hakikatnya tak...tak pernah beli pn majalah wanita...huhu...
ReplyDelete