Friday, September 12

5 WISHLIST AKU - #CABARAN30HARI

Bila sebut tentang WishList ni sebenarnya jarang aku nak take serious sangat. Maksud aku bukan la tak amik port, dalam hidup ni sape yang takde keinginan. Semua ada termasuk aku. Tapi style aku, jika ada peluang untuk aku dapatkan, aku akan cuba dapatkan. Jika tak, just hold dulu keinginan tu.

Kalau tak dapat anggap ia belum rezeki aku. Ada sesetengah orang kalau tak set wishlist ni, diorang akan susah nak fokus. Maksudnya macam takde something yang akan push diorang untuk workhard dapatkan apa yang diorang hajatkan. Tapi different orang different caranya kan. betol tak?

Actually aku tengah dok pikir apa laaaaa yang aku nak ek? eeemm nak pikir 1 pon dok terkebil-kebil... ni kan pulak 5??? Eeemmm apa ekkkkk...

NAK BORONG BAJU SIZE BESAR BANYAK-BANYAK

Gambar sumber Google

Aku ni boleh di katakan gila berfesyen jugak. Tapi bukan la yang sendat-sendat ye. Perlu la kena dengan keadaan aku ni. Sekarang ni kan dah melambak baju-baju untuk plus size ni, ada juga yang design up to date. so bertambah la nafsu aku nak beli banyak-banyak.

NAK PENUH KAN STOCK SHAWL

Gambar sumber Google

Haaa?? Ini pon kena jadikan wishlist ke?? Hahahaha bagi aku ia memang penting sebab aku juga gila shawl. Kalau aku nak beli, aku suka beli banyak-banyak. Puas! Tapi setakat ini aku masih lagi rasa stock shawl aku tak cukup. Sebab tu aku jarang nak beli online. Sebab kalau online aku mesti nak kena tunggu. Haaa tu yang aku malas. Nak kalau bole beli terus dapat pakai. Baru la best!!

NAK BUKA BISNES MAKANAN@KEDAI MAKAN


Ini adalah impian aku. Aku memang suka berniaga. Terutama dalam bidang makanan. Sebelum ini aku dengan family memang dah pernah berniaga dulu. Gambar banner kat atas ini adalah banner bisnes family aku dulu tapi atas sebab tertentu ia terpaksa di hentikan. Tapi A&A ROJAK CORNER ni belum mati lagi. Aku nak hidupkan kembali bisnes family aku ni. Itu Keinginan besar aku.

NAK BELI KERETA

Memang aku nak ada kereta sendiri. Aku tak nak susahkan Ibu dan Adik aku lagi. So boleh la aku survive sendiri nak kemana-mana kan. 

NAK RENOVATE RUMAH 

In shaa Allah.... aku nak sangat renovate rumah yang aku tinggal sekarang. Nak bagi Ibu dan adik beradik aku tinggal dengan lebih selesa. 





1 comment:

  1. jemput join tika http://assiddeeeqah.blogspot.com/2014/09/liebster-award-dari-blogger-zai-jamilah.html

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...