Ingat dulu masa sekolah rendah selalu buat karangan macam 'Aku sebatang Pensel', 'Aku syiling 50 sen'. Tapi tak ingat karangan ni di klasifikasikan nya sebagai karangan apa. So hari ini aku nak buat entri jenis karangan macam tu lah. Heheheh...
Kisahnya bermula begini...
Aku adalah sepasang kasut. Aku bukan lah dari jenama yang famous. Seingat aku sebelum Tuan aku yang berkaki saiz 8 ni beli aku, aku tinggal di salah satu kedai di Petaling Street. Aku tinggal dengan tuan aku ni dah lebih kurang 9 bulan.
Masa tuan aku ni beli aku, dia ada beli sekali dengan kawan aku juga. Aku berwarna merah manakala kawan aku lagi sepasang tu berwarna hitam. Setakat ini yang aku tahu tuan aku ada kami berdua je. Seminggu dia pakai aku, seminggu lagi dia pakai kawan aku si hitam tu.
Tapi yang aku perasan tuan aku ni kerap memakai aku bila dia nak kemana-mana termasuk lah bila dia nak ke tempat kerja. Walau pon aku dengan kawan aku si hitam tu mempunyai saiz yang sama, tapi si hitam tu rasa longgar sedikit berbanding aku.
Tapi..... aku dapat rasakan tuan aku macam nak beli kasut lain je. Sebabnya... kami berdua ni mempunyai 2 masalah yang sama. Pertama tapak kami yang di dalam kedua-duanya dah tercabut. Kedua dekat tepi tepi kami ni ada yang macam dah terkopak sedikit. Bapak ganassss tuan aku pakai kami!! Dah salah dia pakai tak reti elok elok, dah rosak nak cari yang baru pulak!! Unfairr!!!!!
Haiiiihhhh... sabar...sabar...sabar.... nasib aku adalah Sepasang Kasut, kalau takkkk dah aku sepak tuan aku ni. Tapiii... di sudut hati tuan aku tu... aku tau dia takkan buang kami... cuma dia planning nak tambah koleksi kasut dia je... sebab dia nak tukar tukar pakai kami.
Ok! sampai di sini sahaja cerita aku sebagai sepasang kasut kepada Tuan aku yang montel tu. Jumpa lagi...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Macam mana? Best tak dengar Cerita Kasut Aku tu?
hahahaha. kelakar!
ReplyDeletehailah nasib si kasut merah dan hitam. nampak gayanya tercampak dilorong sunyilah lepas ni. hehehe
Ingat sekolah rendah, ingat UPSR bocor, salam perkenalan...
ReplyDelete