BERITA BAIK BUAT SEMUA PARA PENIAGA TERMASUK PENIAGA ATAS TALIAN (ONLINE)
Selepas sambutan yang amat menggalakkan pada OMG FEST 2014 yang berlansung pada 27 dan 28 Jun 2014 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) yang lalu. Kini OMGFEST! kembali menyengat sempena Aidil Adha yang akan tiba tak lama lagi.
Dengan membawa tema baru OMGFest! Crazy Raya Sale - Part 2 , kali ini turut akan menghimpunkan lebih 200 peniaga-peniaga atas talian (online) dengan produk-produk serta trend terkini dari aksesori, tas tangan, fesyen muslimah, kasut, kosmetik hingga ke produk makanan dengan herga runtuh sehingga 90%.
OMGFest! part - 2 ini akan di adakan di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, Seksyen 7 Shah Alam Selangor, Pada hari Ahad bersamaan 28 September 2014 yang akan bermula pada pukul 10 pagi - 9 Malam.
Hanya satu hari jualan besar-besaran ini di mana juga akan menghimpunkan lebih 20 orang artis/selebriti terkenal tanah air seperti Mawi & Ikin, Zarina Zainudin, Ako Mustafa, Iesya Toh. Afdlin Shauki, Mawar Rashid, Bienda, Catriana Ross, Aida Rahim, Aida Aris, Noorshila Amin, Arja Lee, Saida & Saerah, Nadia Mustafa dan ramai lagi yang akan memeriahkan acara OMGFest! kali ini.
Masih mengekalkan elimen berbelanja sambil menderma, kali ini OMGFest! bersama Muslim Care, Youth Change Movement Malaysia (YCM Malaysia) serta AppSlippers Pioneer sebagai rakan digital media akan mengadakan pertunjukkan fesyen inspirasi dari Bumi Gaza yang bertemakan " Gaza Fashion Expression" di mana akan menampilkan 18 rekaan eksklusif daripada Madiha Souk yang akan mencerminkan perasaan dan emosi terhadap kejadian yang menimpa bumi Palestine.
Dengan kerjasama Muslimah Diver, satu penyerahan bendera Gaza akan di bawa turun ke dasar laut di Pulau Tioman akan dilakukan pada 15 dan 16 September ini sebagai salah satu inisiatif untuk membantu tabung kemanusiaan Gaza.
OMGFest! yang di ambil dari singkatan " Oh Must Go Festival" juga akan berada di beberapa bandar utama bermula di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kelantan dan berakhir di Kuala Lumpur.
Bagi rakan-rakan terutama para peniaga dan peniaga online yang brminat untuk turut serta dalam acara ini boleh menghubungi pihak OMGFest Ventures di talian berikut:
Cik Dazrina : 011-2626 1656
Cik Liza : 019- 279 6275
Email : enquiry@omgfest.my
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com