Monday, September 15

SURAT KEPADA SESEORANG - #CABARAN30HARI

Surat ini khas buat Ibu, Along, Fifa, Kina, Amy, Ira, Nani.

Assalamualaikum,

Hai Ibu and korang-korang semua. Harap masing-masing sentiasa sihat sejahtera la ye. Ok hari ni angah rasa nak tulis surat lum sum untuk semua. Actually angah tak tahu nak cakap apa. Tapi bila tak cakap rasa macam banyak je yang angah nak sharing.

Pertama untuk Ibu, Ibu angah nak mintak maaf  dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala salah silap angah. Angah tahu sejak kebelakangan ni, tanpa sedar angah ada buat Ibu terasa dengan angah. Itu pon lepas Along bagitau angah. Angah akui angaj adakala terlakukan sesuatu yang buat hati Ibu terguris. Tapi sebenarnya bila angah terlepas lakukan macam tu, angah akan tersedar sendiri atas perbuatan angah. Dalam masa yang sama angah cuba untuk jadi yang terbaik untuk Ibu. Bila angah tak dapat beri apa2 pada Ibu, kadang-kadang perkara tu buat angah tension dan teremosi lebih. Angah tak nak ibu rasa yang ibu dapat anak-anak yang tak bole beri ibu kebahagiaan dan kesenangan. Angah tak nak tengok ibu sedih selalu. Untuk pengetahuan ibu, kitorang adik beradik sedaya upaya untuk lakukan yang terbaik untuk ibu. Walaupon adakala ibu seolah-olah tak nampak. Tapi kalau la ibu memahami hati anak-anak ibu ni, ibu akan nampak betapa masing-masimg berusaha untuk ibu.

Along dan fifa, angah minta maaf sebab kadang-kadang susahkan korang. Selalu mintak duit, pinjam duit tapi selalu mintak dari pinjam la kan... Heheh tapi takde pon korang still bagi angah. Untuk duit belanja la, untuk kucing2 angah la. Banyak jasa korang kat angah. Korang doa supaya keje angah kali ni adalah yang terbaik selepas angah berpindah randah dari satu keje ke satu keje yang lain. In shaa Allah angah rasa keje angah kali ni serasi dengan angah. Dan doa kan jugak supaya angah dapat lebih rezeki dengan keje yang baru ni. Doa kan ye.

Kina, amy, ira, nani.... Angah tau kadang-kadang korang bosan dengan perangai angah yang suka membebel atau marah, atau suka memaksa, atau apa-apa je lah. Angah bukan apa, angah nak korang jadi adik2 dan anak yang terbaik untuk ibu dan ayah dan untuk keluarga. Angah tak sanggup orang pandang rendah pada adik2 angah, orang hina, orang pijak, orang pergunakan atau mcm2 lah. Buruk baik korang, korang adalah adik angah dan sampai bila2 pon angah akan lindungi korang. Walaupon kakak korang ni ada masa gila terlebih. Kelakar, kelakar gak. Serius, tetap serius. Cuma angah nak pesan, jangan jadikan masalah apa yang kita hadapi sebagai alasan untuk kita berubah dah jadi orang bermasalah. Sentiasa ingat tanggungjawab kita bukan sahaja di dunia, tapi juga di akhirat. Setiap hari cuba perbaiki diri kita untuk jadi lebi baik. Ok?

Sekian,
Adik Ana.

2 comments:

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...