Saturday, September 20

GAJI RM 900 @ GAJI RM1200


Alhamdulillah... Berkesempatan juga aku nak update blog setelah 5 hari aku sememangnya tak dapat nak buka blog lansung. Baru mulakan kerjaya Telemarkting ni, aku perlu untuk fokuskan untuk mengejar komisen aku dalam sales. Dan perkara ini bukan lah sangat pelik untuk aku. Sebelum ini pon aku sememangnya pernah bekerja sebagai Telemarketing, jadi semangat dan Ilmu sebagai seorang Telemarketing itu masih segar lagi dalam diri aku, so tidak lah terlalu sukar untuk aku fokus dapatkan sales.

Maklumlah basic aku tak la banyak sangat. RM900 sebulan. Yup. Memang sikit. Basic sebagai seorang sales person itu dah dikira 'standard' la. Bos aku yang cakap lah. Jadi untuk dapat lebih, aku perlu kejar 'closing sales' untuk dapatkan komisen lebih. Silap hari bulan, gaji aku + komisen lebih dari orang yang dapat gaji sebulan. Perkara ini sangat tak pelik untuk mereka yang melibatkan diri dalam dunia SALES.



Sebelum aku apply kerja Telemarketing ni, aku ada interview dalam bidang call center gak. Gaji yang di tawarkan RM1200, ok takdelah banyak mana tapi atas la dari basic aku sebagai Telemarketing ni. Tetapi berbezanya dengan kerja Telemarketing ni:

Telemarketing: Basic RM900+5HARI KERJA+KOMISEN+ALAUN KEDATANGAN
Call center: Basic RM1200+5HARI KERJA, 2hari cuti (1 weekend,1 weekday), SHIFT HOUR

Kalau nak selesa, aku memang akan pilih RM1200, tapi itu jika aku lihat pada perbezaan amount yang di beri. Dan salah satu faktor aku sebelum ini mengharap untuk dapat kerja sebagao call center sebab dia lebih dekat dengan rumah aku. So memang itu la yang aku nak. Kerja dekat dengan rumah. Niat nya taknak susahkan Ibu aku untuk hantar aku. Tu je. Tapi yang tak sedapnya waktu bekerja tu. Sesiapa pon kalau boleh nak Sabtu Ahad cuti. Tanya la sape-sape memang nak cuti weekend. 

Jadi oleh kerana aku lebih cenderung memilih weekend sebagai masa untuk aku cuti, rehat, spend masa dengan family, hanya position sebagai Telemarketing sahaja yang sesuai untuk aku. Lagi satu aku lebih consider ofis yang ada ruang untuk aku solat. Dan alhamdulillah ofis yang aku kerja sekarang sangat selesa tempat untuk bersolat. 

Jadi apa yang aku nak sampaikan kat sini, generasi sekarang ini tak boleh terlalu demand dalam bekerja. Mula-mula ye, aku pon kalau boleh nak dapat pekerjaan yang selesa je. Duduk kat meja, buat kerja kat komputer, pagi masuk, petang balik, kira kerja yang senang-senang la. Tak yah pikir nak buat sales ke ape ke. Tapi hebat lagi perancangan ALLAH berbanding aku. Ternyata pilihan kerja aku sekarang adalah yang terbaik yang Dia pilih. Allah tahu aku perlukan keselesaan ruang untuk SOLAT dan cuti SABTU AHAD, cumanya aku kena work hard dalam buat sales sebab Dia nak bagi aku lebih pendapatan sebab Dia tahu aku perlukan Duit. Ternyata buat sales itu bukan masalah untuk aku. Kena ingat, Dia takkan beri sesuatu yang kita tak mampu, dan apa yang dia beri pada aku ini adalah yang MAMPU aku lakukan.

Moral of the story, untuk adik-adik, kawan kawan yang menghadapi krisis dalam mencari kerja ni first jangan mudah putus asa untuk terus apply je kerja mana-mana. Dan jangan terlalu memilih kerja. Adakala kita memang akan berhadapan dengan situasi belajar tinggi-tinggi tapi kerja biasa-biasa. Untuk fasa pertama memang kita perlu hadapi keadaan ini. Kalau tak hadapi benda ni, dalam hidup takdelah kita belajar erti kesusahan dan keperitan untuk mencapai KESELESAAN kan? 

4 comments:

  1. betul tu..pape pun ikut keselasaan anda...lgpn telemarketing kalau kena cara memang meletop gaji ye

    ReplyDelete
  2. Saya pernah keje call centre.

    anyway saya setuju dgn pendapat blogger ni.

    jemput ke blog saya.

    www.nasznadzeri.com

    ReplyDelete
  3. Tahniah... stuju. Kerjalah apa2 pun. Ambil experience . Dari experience tu aka temukan kite dgn kerjaya yang lebih baik. Teruskan dear!

    Jemput ke blog akak ye.

    www.sayangkunurhana.blogspot. com

    ReplyDelete
  4. Tahniah... stuju. Kerjalah apa2 pun. Ambil experience . Dari experience tu aka temukan kite dgn kerjaya yang lebih baik. Teruskan dear!

    Jemput ke blog akak ye.

    www.sayangkunurhana.blogspot. com

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...