Kenangan paling istimewa yang sentiasa akan aku ingat sampai bila-bila ialah kenangan zaman kecil ku. Saat bermain...bergurau..bergaduh dengan adik beradik aku. Haaaa... bayang lah adik beradik ada tujuh. Mau tak havoc rumah aku ni.
Kitorang memang sangat nakal. Kalau tak, takde lah ibu aku tu garang kalah 'singa'. Sampai ke besar kot kitorang ni masih takut dengan ibu. Nak citer, memang banyak. Tak tercerita aku rasa. Atau pon sebenarnya aku tak tahu nak citer kisah yang mana. Sebab semuanya best! best!!!
KELUAR MAIN PETANG-PETANG, IBU TERCEGAT DENGAN ROTAN
Pagi kitorang sekolah , Tengahari sekolah gak.. so? Waktu petang la kitorang selalu main-main dengan jiran. Sampai tu dah dekat maghrib pon tak reti reti nak masuk umah. Pastu akan terdengar la suara yang tak di duga..
'Alongggg....!! Angahhh!!.. Pipahh!!! Tak reti balik ke??"
Dari jauh dah nampak bayang Ibu kat pintu... kat tangan ada rotan... Ooo..Oooo... dah kitorang masing-masing dok tolak masing-masing... 'Ko masuk dulu la... ko la masuk duluuu'. Dalam kepala ingat nak lari laju supaya terlepas dari sebatan Ibu.... sekaliiiiii... hampehhh.... Zaaaappppppp!!!!!
BERANGAN TIME MAKAN
Masa kecik... makan nasi putih dengan telur dan kicap pon dah cukup sedap dah bagi kitorang adik beradik. Lagi-lagi bila telur mata di goreng pastu telur kuning dia cantik and ada cair-cair sikit. Entah kenapa setiap kali time makan je aku, kakak aku, dengan adik aku kitorang suka berangan. Konon makan bole terbang la... pinggan terapung la... main belanja-belanja makan la... Pastu bile ibu datang kat dapur je nanti bising la dia.... 'Makan main-main??'
KENA KURUNG KAT LUAR SEBAB DEGIL
Macam aku kata tadi, kitorang ni degil. Agaknya memang kesabaran ibu aku tu dah 'merah' agaknya. Dah menggelegak. Nak layan kedegilan kitorang ni, haaaaa kena kurung la kat luar. Kadang-kadang bukan sebab degil je, tak pandai mengaji pon kena kurung, tak tahu belajar pon kena kurung... Tapi kerana pengajaran macam tu la anak Ibu ni jadi orang. Kadang-kadang tu bila kena kurung kat luar, nak tunjuk kesian kat ibu, buat-buat la tidur kat kerusi luar. Ingat Ibu aku layan??? Mimpi laaaa... lama gila nak bagi kitorang masuk.
MAIN COP-COP HERO
Power Rangers. Bagi tau aku sape yang tak layan citer ni? Kitorang adik beradik dengan cousin kitorang layan gila citer ni. Setiap kali ada je citer ni, mula la masing-masing nak cop cop.
'Aku Hitam!'
'Aku Pink!'
'Aku Biru!'
Haaaa macam tu la kitorang. Apa je la citer yang pattern macam ni, sape yang nak jadi hero memang kena cop awal-awal la. Selalu nya kakak aku yang selalu budget kuat tu berangan nak jadi hero. Hahahaha!!
Haiiiissshhh kalau aku citer untuk satu entri ni memang takkan cukup. Kenangan 26 tahun lalu memang takkan dapat aku lupakan. Sampai bila-bila. =)
Hahahaha hoi! ko kutuk along ek!!
ReplyDelete