Monday, September 8

5 LAGU CINTA KEGEMARAN AKU - #CABARAN30HARI


Nasib aku tak terlupa tugasan #cabaran30hari yang belum habis lagi. Dok fokus perkara lain sampai terlupa entri ni. So hari ini kita nak borak tentang lagu cinta. Waaaahhhh... bercakap pasal lagu cinta ni, teringat aku masa zaman cinta sekolah. 

Dengar je lagu best kat radio, cecepat aku mesej BALAKSS aku (masa time sekolah we olls panggil BALAKSS)

 " B....B... cepat dengar radio sekarang... ni lagu untuk B" 

Haaaa....tengookkkkk dah bocor rahsia hakakk panggil B tauuuuu... Bukan setakat lagu cinta kategori Balada je... Lagu nasyid yang femes dulu IN-TEAM... Kasih Kekasih... tu ponnn jadi gak asal nampak macam romantik je zaman-zaman bercinta sakan dulu.



Kerlasss kan zaman aku bercinta dulu.... siap ada Tuju Lagu lagi tauuuuu.....

Ok... Kalau nak tanya tentang Lagu Cinta of course la yang tak jemu aku dengar kan. Actually setiap lagu ini mempunyai kisah tersirat yang aku ingin sampaikan melalui lagu-lagu yang aku suka ni....

PERTAMA.....


TERLANJUR CINTA - ROSSA & PASHA

Aku tak pernah merancang dengan siapa aku akan bercinta.Dengan siapa aku akan sayang. Biasa nya pada peringkat awal, hanya perhubungan yang tidak lebih dari seorang kawan atau kenalan. Tapi tanpa sedar bila hati bisa menerima dia seadanya.... dari situ lah  Aku Terlanjur Cinta...

KEDUA....



BIARLAH RAHSIA - DATO' SITI NURHALIZA

Kalau boleh aku nak berkongsi rasa gembira aku dengan mereka di sekeliling aku. Aku nak share dengan mereka siapa yang dah berjaya mencuri hati aku... Tapi seperti dalam lirik lagu biarlah rahsia ni...

Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai kau Jujur Memahami
Tiada Ku Menjauhi...

Dan Kisahku Yang Masih Panjang..
Menambahkan Berat Yang Memandang..
Lantas ku Pendam...
Ku putuskan..
Biarlah Rahsia...


KETIGA.....



AYAT-AYAT CINTA - ROSSA

Untuk Si Dia yang berjaya hadir dalam hati aku...

Maafkan Bilaku Tak Sempurna..
Cinta Ini Tak Mungkin Ku Cegah..
Ayat-ayat Cinta bercerita...
Cinta ku pada mu...

KEEMPAT...


MUARA HATI - DATO' SITI NURHALIZA & HAFIZ

Ada kala aku menganggap Cinta yang aku peroleh ni Ibarat Cinta Adam & Hawa..

Demi Cinta Dalam Hatiku...
Ku Yakin Engkau Untuk kuu..
Meski Jejak Pisahkan Kita..
Cinta kan Bawa Kembali..
Pada mu...

KELIMA....


SALAHKAH - HAFIZ & ROSSA

Aku juga mungkin perlu bersedia untuk menerima jika ada tentangan dari mereka-mereka yang lain mungkin tak dapat terima pilihan hati aku ini. Tapi aku tetap terus yakin...

Biarkan Dunia Berputar..
Seiring waktu berjalan..
Sampai saat nanti tiba..
Waktu Merestui Cinta yang terlarang untuk kita berdua..




3 comments:

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...