Assalamualaikum.
Lama nya aku peram post ni dalam draft. Dik kerana kekangan masa kerja dan ada beberapa perkara urgent yang aku perlu uruskan dengan kadar segera, jadi aku perlu letak tepi sekejap post blog aku. Dan bukan posting entry je tertunda. Job review pon banyak yang delay. Aku minta maaf sangat-sangat pada sahabat yang beri kepercayaan mereka pada aku. Tapi berlaku sedikit kelewatan yang tak dijangka. Walaupon mereka mungkin nampak aku seolah-olah free boleh je post macam-macam kat FB or IG, tapi sebenarnya aku ke'busy'an yang tak di jangka. Harap ampun dan maaf aku ucapkan.
Ok berbalik pada tajuk entri aku ni, aku nak share tentang perkataan "Terima Kasih" yang command orang ucapkan. Tapi perkongsian ucapan Terima Kasih ni adalah kesinambungan dari pengalaman aku masa aku buat part time kedai makan a.k.a salah satu restoran di IOI City Mall. Meanwhile ni aku off dulu. Sebab aku dalam proses baru bertukar tempat kerja pluss ofis baru ni dalam proses nak pindah ke bangunan baru, so need to hold that job la. Lepas settle semua In Shaa Allah aku sambung semula. Tapi kalau manager tu nak terima aku balik la. Hahahahaha.
Kerja kedai makan ni antara kerja yang mencabar sebenarnya. Sebab nak layan ragam customer. Dan dik kerana kita semua berpegang kepada kuota "Customer Always Right" jadi lagi besar kepala la kan ragam customer yang datang. Tapi tak semua yang bernama customer itu banyak cekadak perangai nya. Alhamdulillah masa time aku kerja tu customer semua behave je. Bebaik semuanya. Hahahaha pandai tak aku cover balik.
Masa aku kerja tempoh hari alhamdulillah, aku tak lah kekok sangat nak buat kerja on the floor. Sebab family aku dulu pernah buka kedai makan dekat uptown. Jadi basic layan customer dan handle kedai makan tu masih segar dalam ingatan. So di pendekkan cerita normal aku rasa bila kita pergi kedai makan akan ada situasi order lambat, order tersalah bagi, makanan yang di order ada yang tak cukup sifat means ada yang habis ke or what so ever la. Kadang ada setengah customer tak boleh lansung nak accept situasi gitu. Dan staff pulak akan jadi kelam kabut time pick hour atau masa staff tak cukup. Walau macam mana pon kami sebagai pekerja ni kena juga layan semua. Yang mana customer panggil tu kena lah datang kat mereka, layan apa yang mereka nak. Dapat customer yang meragam, dengan pakej muka lah sekali dia bagi. Masammmm je. Kita tengah penat pon kadang panas hati gak tengok. Tapi apa boleh buat sabar je la. Kita pekerja je.
Tapi dalam penat-penat tu bila ada customer yang masih ada budi bicara, masih ada kesopanan berkata-kata dan tau untuk sebut "Terima Kasih" kat kita ni, actually bole reduce kepenatan kita sebagai pekerja. Dan sebenarnya ucapan Terima Kasih tu bukan hanya sekadar ucapan yang orang padang sebagai berbudi bahasa, tapi miracle nya ucapan tu boleh effect beri aura positif pada diri kita. Bila kita semua dalam dunia ni amalkan ucapan Terima Kasih ni, tak kisah lah kepada sesiapa pon, kita pasti akan rasa aura positif dalam diri dan rasa amat dihargai.
JADI JANGAN BERAT UNTUK UCAP TERIMA KASIH YE SEMUA.
faham sangat..kalau customer tu ucap terima kasih, rasa hilang penat tu kan.
ReplyDeletehi, mrs pip dtg melawat ....
ReplyDeleteucapan terima kasih tu seperti 'magic' ...
kalau pelanggan ucap terima kasih, terus rasa bersemangat sepanjang hari.