Tuesday, July 4

KAWASAN LARANGAN MASUK KETIKA BERAYA KE RUMAH ORANG

Assalamualaikum,

Alhamdulillah diam tak diam sudah hampir ke 10 syawal dah kita semua berhari raya. Kali ni rasa cuti raya macam lama sikit. Mungkin sebab raya jatuh pada hari Ahad. Jadi Isnin dan Selasa bertukar kepada cuti ganti bagi hari perayaan. Berbaloi rasa cuti kali ni. Berkesempatan juga kaki ni melangkah pergi menziarah saudara yang jauh.

Al-kisahnya aku nak share hari ini. Pagi tadi masa tengah panaskan enjin kereta sebelum gerak ke ofis, dengar lah kejap siaran radio Sinar.fm. Apa lagi dengar la celoteh Sepahtu dalam segmen 'kaunter aduan'. Ok masa tu ada seorang pemanggil perempuan call. Nak mengadu la kan.

Aduan dia lebih kurang macam ni, dia rasa tak suka/tak selesa bila tetamu masuk ke dapur. Aku rasa bukan dia je, aku pon kalau orang datang rumah pastu dok lepak kat dapur dengan kita, aku pon jadi tak selesa. Kalau yang nak tumpang tandas pun haa kes gitu aku redha je la. Yela nak pergi toilet kan, jadi pasrah lah diorang kena langkah ke dapur azimat tu.

Boleh dikatakan, dapur dan bilik tidur ni, sama level privacy nya. Macam mana kita tak nak orang nampak bilik kita bersepah, haa macam tu juga lah dapur. That time nak buat kerja pon jadi macam terbantut. Kita akan jadi tak selesa. Nak buat kerja orang dok  tengok. Lepas tu dapur pula kadang-kadang terlebih lintang pukang lepas kita buat kerja. Lagi lah bertambah segan.

Yang menjadi tak suka nya, tetamu yang kurang sikit sense of human diorang. Bila kita cakap 'tak payah duduk sini, pergi duduk depan je' nak juga datang ke dapur. Yang kisah akak ni, family dia yang datang beraya, suka nawwww lepak kat dapur. Bukan tu je, lepak dah satu hal, habis dia buka pulak semua tudung periuk. Intai lauk orang ni masak. 

Haiihhh...

Walaupun orang nampak ini hal remeh, tapi kena juga jaga hati tuan rumah. Walaupun family. Lagi-lagi family yang jarang datang ke rumah. Yang jumpa pon setahun sekali. So ada masa kena juga hormat tuan rumah. 

4 comments:

  1. setuju dengan post nie. paling2 tak suka dgn jenis yang pepandai bukak pintu bilik. jenguk2 apa dalam bilik. T^T

    ReplyDelete
  2. Betul juga ini, tapi rumah Azwar kalau orang datang beraya memang berkumpul dekat dapur, tak pernah duduk atas. ;) (rumah kampung)

    ReplyDelete
  3. duduk dapur kalau betul tolong takpe..haha.nasib baik rumah saya dapur panas so orang tak suka lepak situ

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...