Kuih Dan Muih Beraneka Macam..
Makan lah Jangan Hanya Di Pandang..
Ketupat Rendang Sila Nikmati Kawan...
Penat Memasak Malam Ke Pagi..
Assalamualaikum...
Macam mana raya korang semua? As usual seperti tahun-tahun sebelum ni ke? Atau ada sedikit perubahan raya kali ini? Tapi dari pengamatan mata kita ni...rasanya raya tahun ni banyak yang lain nya terutama pada kawan-kawan.
Dulu raya sebagai bujang, sekarang raya sebagai suami/isteri.
Dulu raya berdua je. Sekarang ni beraya bertiga sebab baru dapat baby.
Ada juga yang baru dapat baby yang ke 2,3,4 dan seterusnya.
Takziah juga buat sahabat yang baru kehilangan salah seorang ahli keluarga pada bulan Ramadhan yang lalu.
Apa-apa pun kehidupan tetap juga perlu diteruskan. Bukan bermakna melupakan yang tiada. Tetapi kehidupan dan peluang yang diberikan ini perlu juga dihayati dan dilaksanakan segala tanggungjawab yang masih ada.
WAKTU YANG SESUAI PERGI BERAYA.
3 hari lepas aku dan keluarga sempat balik ke kampung arwah ayah di Parit 15, Hutan Melintang. Alhamdulillah. Allah beri kesempatan itu untuk aku dan adik beradik yang lain menyambung silaturrahim dengan kelaurga arwah ayah. Dan kami sememang nya akan cuba menjaga perhubungan yang arwah ayah sayangkan ini.
Macam biasa lah bila dah berjumpa dengan sepupu-sepupu ni banyak story morry yang diceritakan. Dan terbuka satu topik yang dibincangkan masa tu tentang masa sesuai nak ziarah atau beraya rumah orang. Kadang kita tak terfikirkan pon relevanya hal ini. Aku pon kadang-kadang terlepas pandang isu tu.
JANGAN AWAL PAGI (7am-9am) - 9.30am tu dah kira cun lah kalau nak beraya. Tak pun anjakkan ke pukul 10am gitu. Asbabnya awal pagi tu biasanya kan waktu orang baru bangun. Nak kemas rumah. Settle apa patut kat rumah. Nak cuci baju lah. Sidai kain la. Sarapan lah.
JANGAN PUKUL 1pm-2pm. - Lepas dari tu ok. Kenapa? Masa tu lah orang nak makan tengahari. Bukan tak boleh beraya. Boleh je. Cuma kita cuba fikirkan tuan rumah tu. Takkan lah mereka nak makan tengahari tanpa hidangkan pada tetamu kan? OPEN HOUSE tu lain cerita. Kalau tengahari pon memang mereka akan prepare.
JANGAN WAKTU 11pm dan keatas. Cuba limitkan masa kita nak beraya tu sampai 10.30pm je. Lagi pun waktu-waktu gitu waktu tuan rumah nak berehat. Walaupon riak muka nampak tak kisah. Tapi hati manusia kita tak tahu kan?
Apa-apa pon ini semua hanya pandangan dan bualan kosong kami je. Walaupun kebanyakkan nya jarang benda ni nak berlaku. Sebab biasanya mereka pasti akan maklum awal sebelum nak datang rumah. Jadi tuan rumah awal-awal lagi dah siapkan juadah untuk dihidang. Mungkin pesanan dan pandangan ini sesuai untuk mereka yang suka redah je datang nak beraya. Kalau maklum awal takde masalah pun. Biasanya tuan rumah suka je orang datang beraya.
Jadi siapa yang nak datang beraya rumah aku, pleasa maklum awal tau. Kalau tak makan biskut raya je la ye.
Mmg betul. Kalau mama mmg pergi beraya dalm waktu tgh hari ke petang aje
ReplyDeletetu la... tak salah pon nak beraya waktu apa pon..cuma kadang kena fikirkan jg kesesuaian waktu kan...
Delete