Bila rindu..
Terkenang mu sayang..
Ku rasa sayu...
Syahdu nya jiwaku...
Bila malam...
Makin kelam..
Jauh terbang diri ku melayang...
Eemm normal tak perasaan ni? Rasa rindu tu? Normal la kan? Emosi remaja bercintan cintun, (remaja lagi ke??) Bila hati sudah suka, rindu pon berbunga-bunga.
Memang tak di nafikan saat kita rasa rindu kat seseorang tu, semua kerja tak jalan. Mood lagi laaa... Hampehhh memanjang. Kelaut je perginya. Buat ini tak kena... Buat itu tak kena... Haaaa sudahhh... I don't like that feeling laaa.. Amboii cakap omputeh aku.
*Bunyi GURUH tetiba..
See... Atikahhh... Langit pon tak suka kamu gedik-gedik macam ini.
*Tengok langit.. Pandang ke atas.. Nampak kilat.. Ok faham.. Tunduk bawah balik.
Pastu terus la amik handphone...capai... Buka wassap ( sekarang main wassap je.. NO MORE SMS ok!).. Tengok.. Ok bukan dari dia..Letak balik handphone...
60 saat selepas tu... Amik balik.. Tengok lagi.. Eemm bukan jugak dari dia. Haaiiihhh begini kan penangan orang bercinta. Haaa.. Haaa.. Korang semua jangan nak menyengih sangat.. Tiada salah ye untuk rasa MENCINTAI, apatah lagi MERINDUI..
Semua itu rasa fitrah. Kerana apa lelaki dan perempuan di ciptakan? Semestinya untuk saling melengkapkan. Cara apa untuk melengkapkan? Dengan perasaan fitrah itu lah.
TETAPI....
Haaaa..ada Tetapi ye sayang-sayang semua...
Kita ni manusia di kurniakan akal untuk berfikir. Kadang-kadang rasa fitrah tu tak salah. Tapi kita manusia yang terkenal dengan sifat 'khilaf dan alpa' itu, benda cantik pon boleh jadi buruk.
Sebaik-baiknya... Letak la rasa fitrah itu di tempat yang sebetulnya. Hargai anugerah itu sebaik-baiknya.
Mana aku letak rasa fitrah aku tu?
Aku dah bersedia meletakkan nya di tempat yang sebetulnya. Cuma.... Mahu atau tidak.. Aku perlu berbalik pada Dia dan ketentuanNya.
good, cinta tu cinta jugak, tapi jangan macam obses dan terlalu letak kepercayaan sangat, memang perlu komitmen pada pasangan tapi jika dah macam terlalu obses takut akhir nanti kecewa, lagi 1 penting kena jujur.
ReplyDeleteMacam mana untuk tidak terlalu obses pada cinta? Bila dah terjebak pada perkataan CINTA ni, obses dan kepercayaan itu pasti akan dtg sekali.
Deletebelek2 blog jap . janga lupa singgah :) http://blogparihh.blogspot.com/
ReplyDelete