Assalamualaikum semua...
Harap belum terlambatlah untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua saudara dan saudari, sahabat-sahabat dalam dunia realiti dan dunia maya. Jarang biasanya aku mengamalkan tahun baru mengikut kalendar islam. Biasanya aku akan rasa tahun baru bila nak masuk bulan Januari keesokkan harinya.
Bila masuk tahun baru, perkara biasa yang semua buat. Tutup buku lama, buka buku baru. Tinggalkan segala kedukaan lalu, kesedihan lalu. Apa sahaja yang berlaku pada tahun lalu biarkan sahaja ia di sana.
Selagi bernafas, selagi di beri peluang hidup, kita perlu teruskan. Tiada hidup yang harus diteruskan tapi perlu dipenuhi dengan rasa kesedihan semata-mata. Apa-apa pon corak kenangan yang akan terjadi, semua nya bergantung di tangan kita. Pilihan kita.
Cuma aku perlu bersedia apa sahaja yang berlaku di masa hadapan aku. Aku perlu sediakan segala kekuatan dalaman diri aku. Gembira? Sedih? Semua telah tertulis..
Macam-macam perasaan pasti kita akan lalui pada setiap hari.
ReplyDeleteMoga urusan harian Ika dipermudahkanNYA..
Selamat tahun baru dear! :) Huda singgah sini, jangan lupa follow me back :) Follow my insta please :D
ReplyDeletehttp://e-dania.blogspot.com/2014/10/apa-kaitan-gula-dengan-pelajar.html