Sunday, October 19

BILA LELAKI BERPESAN....

"Syg..sblom syg kawen dgn sya syg bebas nk pakai ape yg syg nk pkai..tapi bila dh jadi wife sya awk xboleh dh nk pakai mcm skrg tau"

Tuhannnn.... Jaga dia untuk ku... Kala ku masih jauhhh..bagai menghitung resah berdampingan..berderaian... 

Tuhannn.. Jaga dia untuk ku... Selamanya ku ada mencipta syurga bersama...

Amboi... Menyanyi nyanyi aku kan.... Ok ok jangan alih topik entri pulak ye...


Ok... Dengan melihat gambar yang aku tepek kan disini mesti ramai yang nak tahu apa kaitan gambar ini dengan tajuk entri aku kali ini. Betol tak? Kalau tak betol pon habaqq betol je la naaa.. Kasi cover malu aku sikit niii... Actually tiada kaitan yang berkait pon. Cuma sebab ini blog aku so suka hati la kan nak tepek gambar sendiri dalam entri. Ye dak??

Siapa pon jodoh kita, bukan kuasa kita untuk menetapkan. Tapi sebelum redha dengan ketentuan, kita masih di beri peluang untuk berusaha dan mencari si dia yang kita harap dapat menjadi sebahagian hidup kita kelak.

Siapa yang tak nak di beri seseorang yang sempurna, seseorang yang bisa membimbing, seseorang yang ada pegangan agamanya, seseorang yang nampak tanggungjawabnya dan macam-macam lagi la bentuk kesempurnaan yang dia ada.

Tapi aku selalu di pesan, bila kita mengharapkan yang sempurna, yang sempurna itu pasti akan di uji. Si dia diuji atas kesempurnaan dia dan kita diuji dalam ikhlas menerima diri dia seadanya. 

Dan aku, sebagai seorang wanita yang belum cukup sempurna diri dan amal, jika aku di beri pesan sedemikian oleh seorang lelaki, terdetik dalam hati aku rasa syukur. Syukur kerana apa? Jika si lelaki itu benar di takdirkan menjadi insan dalam hidup aku, In shaa Allah aku akan di bimbing oleh dia. Dan itulah perkara utama seorang lelaki harus lakukan sebagai ketua keluarga. 

Ini bukan soal, 'yela sebab kau suka dia, semua dia cakap kau rasa indah segala' tapi ini adalah hakikat seorang wanita harapkan kepada seorang lelaki selain mengharap dia menjadi romantik, penyayang dan sebagainya. 

Masih ada lagi yang sempurna segalanya walaupon orang akan kata 1 dalam 1000 untuk jumpa insan seperti itu. 


3 comments:

  1. Didoakan semoga mendapat jodoh yang baik .. aminnn ..

    Atikah, jangan lupa bantu saya .. klik like dan +1 untuk entri

    Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan.

    www.hasrulhassan.com

    Terima kasih ye .. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...