Monday, June 9

SLEEPING BEAUTY DAN MALEFICENT


-Gambar Sumber Google-

Kali ini aku pulak nak cerita tentang movie Maleficent ni. Dah ramai dah aku tengok yang buat review movie ni. Oleh kerana banyak yang cakap 'Best!', ada yang nak nak bagi 5 Bintang. Aku pon membuak buak menanti hari nak tunggu untuk tonton movie ni.

Tapi ada sebab musabab lain kenapa aku nak tengok movie ni. Semua nya adalah kerana  movie ini sebahagian dari cerita cartoon asal Sleeping Beauty. Haaa... mesti korang tertanya kan kenapa? Walau pon korang tau yang jahat nama Maleficent tu memang ada watak dia dalam cartoon tu.


Untuk pengetahuan korang semua, Sleeping Beauty ni adalah favorite cartoon aku dulu kini dan selamanya. Umur matang tapi jiwa mudah weeehhh... I love to be Princess Aurora *Kelip kelip mata sikit.... ngeee..

Masa awal aku tengok title movie tu, perception pertama aku adalah. 

"Adakah ini adaptasi cartoon sleeping beauty?" Tapi kenapa bukan title nya Sleeping Beauty? Kenapa Maleficent? Adakah ianya tiada kaitan dengan Pincess Aurora ? So ia menarik lagi minat aku untuk tonton.


Starting dia dengan introduce Maleficent dari kecik, Ok! Citer ni sangat different dan menarik lagi untuk tunggu scene seterusnya. Walaupon dalam fikiran aku masih menunggu kewujudan Princess Aurora. Masih lagi harap ia sama dengan citer cartoon kegemaran aku tu.

Kalau ikut cerita cartoon asal tu, starting je dia terus meraikan kelahiran Princess Aurora. Then datang 3 pari pari tu untuk memberi magik termasuk la Maleficent si pari-pari jahat tu. Tapi memang tak tau asal usul kenapa si Maleficent marah sangat sampai nak curse Si Aurora tu.


 

Then bila aku tengok movie ni, jalan cerita dia memang tidak sama dengan cartoon. Masa hari meraikan Princess Aurora, dialog masa Maleficent curse tu sama dalam dialog cartoon. Maleficent curse Aurora kerana dia nak balas dendam pada Raja yang tamak dan  yang menyebabkan dia kehilangan wings/ sayap dia. 

Dalam version cartoon, Maleficent ni watak dia memang 100% jahat. Berbeza dengan watak movie ni, Maleficent ni sangat penyayang. Dan dia lah yang sebenarnya yang jaga Princess Aurora dalam hutan masa Aurora tinggal dengan 3 pari-pari tu. Dan sampai 1 tahap dia dah rasa sayang pada Aurora, dia nak tarik balik curse tu. Tapi curse tu tak makan saman pulak. So hanya True Love Kiss yang dapat selamatkan Aurora dari terus tidur.

True Love Kiss!

Ok! ni mesti sama dengan dalam cartoon tu. Prince Philip datang dan kiss Princess Aurora. Last Princess Aurora akan bangun dari tidur. 

Teeetttttt!!!! Salah!! ia tetap tak sama seperti dalam cartoon tu. 


Dalam citer ni, Prince Philip gagal dalam bangunkan balik Princess Aurora tu sebab itu bukan True Love Kiss. Tu bagi aku ciuman nafsu nama nya. Kah kah kah hampeh. So macam mana Princess Aurora bole sedar? Dari ciuman siapa yang menyedarkan dia? 

Maleficent. Yes! Maleficent! Maleficent dah sayang sangat pada Aurora. Dari nak balas dendam terus jadi penyayang sebab kelembutan Aurora itu yang mencairkan hati keras dia. Dia rasa bersalah dengan curse yang dia dah beri pada Aurora. Jadi ciuman yang tulus itu lah yang menyedarkan kembali Aurora.

Actually movie ni sangat sangat touching. Tersentuh dengan version Maleficent yang baru ini. Watak yang sungguh penyayang. Bezanya movie ni True Love Kiss, bukan sahaja untuk si lelaki dan perempuan seperti yang kita biasa tahu. Tapi kali ni pendekatan True Love Kiss dia adalah dari mereka yang mempunyai tulus hati yang menyayangi. 

Tetiba aku teringat citer Cartoon Frozen. Pun sama jugak, bukan kasih sayang antara laki dan perempuan sahaja yang mampu kembalikan semua dalam keadaan baik. Tapi kasih sayang yang utuh walau dari kakak sendiri atau ahli keluarga. 

Nora suka! Nora bagi 4 Bintangggggggg!!!!

P/s: Korang WAJIB tonton. Sungguh berbaloi.

4 comments:

  1. kalau pcl tanya anak2, dorang kata ok..bole la g nonton !

    # takut pcl je yg sleep dlm panggung.

    salam singgah~PCL
    http://www.nazlee.com
    http://gelagatorang.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak anak2 tengok abang PCL. Memang best!

      Delete
  2. tgk intro cm best,,nk beli cd la..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe sanggup tunggu beli cd ye... hehhe

      Delete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...