Saturday, March 1

PERNIAGAAN COSWAY: Amanat Seorang Yang Bernama AYAH

Bila Seorang AYAH sayangkan anak dia. Jarang sekali dia menggunakan KATA-KATA sebagai petunjuk kasih sayang dia. AYAH, Karakter yang selalu nya 'selamber' je. Aca-aca macho. Aca-aca relaks. Memang begitu nya aku perasan watak seorang yang bernama AYAH.

Membebel jarang sekali AYAH akan lakukan. Berbeza dengan karakter seorang ibu. Cuma bila sampai satu tahap kesabaran AYAH tercabar dan sudah tiba masa yang sesuai untuk AYAH gunakan  kuasa dia sebagai seorang ayah, barulah masa tu ayah akan berbunyi.

Itulah keseluruhan gambaran tentang AYAH aku. Dulu masa kecik kitorang adik beradik nak apa-apa je, ngendeng je la kat ayah. Kalau nak cakap dengan Ibu mau ibu tu marah. Haaaiiihhhh Ibu kita dulu korang tak tau. Singa, Rimau, semua kalah. Tapi itu lah kenangan masa kecik. Kalau tak garang... tak jadi orang la anak dia ni nanti.

Tapi now bila bercakap tentang AMANAT. Aku terpanggil untuk dengar dan terima amanat ayah. Ayah aku ni memang handal dalam berbisnes. Lagi-lagi bisnes MLM (Multi Level Marketing). Memang aku tak dapat menafikan ilmu ayah dalam MLM ni sungguh handal. Dan sebenarnya aku dulu jarang nak amik port dengar bila ayah nak bercerita tentang bisnes. Aku anggap macam merepek dan menyusahkan. 

Buat pe nak pening-pening pikir pasal bisnes. Nanti aku kerja. Dapat gaji. Cukuplah kan? Tapi semua tu dulu. Dan setelah aku melalui semua jalan dalam liku hidup aku. Memang benar BISNES la dunia aku. Dan tetiba aku macam terbayang macam dalam cerita drama kat TV.

"Kau sahaja la harapan Ayah untuk handle semua perniagaan yang ayah dah jalankan berpuluh-puluh tahun dulu. Dari zaman Atok kau lagi."

Haaaaa... kan dalam drama biasa berlaku part-part gini. Si Ayah tu dok mengharap sangat kat anak dia untuk mewarisi harta dan perniagaan yang telah di bina berpuluh tahun dulu. Tapi banding dengan kisah aku, Ayah aku tak la sekaya dalam drama. Nak bagi bisnes, bangunan ofis yang tinggi-tinggi. Tapi IlLMU PERNIAGAAN ini lah yang Ayah aku selama ini nak aku lakukan.

In Shaa Allah.... akan aku tunaikan permintaan AYAH. Atas restu AYAH DAN IBU... Aku percaya ini lah JODOH REZEKI ku. Aaminn...
 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...