Showing posts with label E-COSWAY. Show all posts
Showing posts with label E-COSWAY. Show all posts

Tuesday, March 4

Berhadapan dengan REJECTION!


Ini bukan la pertama kali aku berhadapan dengan REJECTION. Waahhh nampak havoc sangat statment aku ni bila dah guna capital later perkataan rejection tu kan. Tapi memang serius ini bukan pengalam pertama aku di rejct oleh orang. Reject oleh orang means dalam kerjaya ye. Bukan 'relationship'. Dalam perhubungan pon ada gak kena reject. Sodihhhh mak tau.

Pengalaman aku mungkin tak sehebat pengalaman orang-orang lama yang dah biasa dengan rejection ni. Terutama dalam kerjaya yang memerlukan kita deal dengan orang dan paling penting secara berhadapan. Mengikut pengalam aku, tapi bukan la hebat mana pengalaman ni kan BUT aku boleh jadikan dia sebagai sumber motivasi diri aku.


Previously aku pernah kerja sebagai Telemarketer untuk product UNIFI (TM). Masa tu aku baru je habis belaja so sangat excited la bila dapat kerja. Kebetulan pulak aku masa belaja dulu amik Marketing. Dapat postion TELEMARKETING ingat senang la kan. Sedangkan aku sendiri tak tahu macam mana nak buat call  plus nak cakap tentang product dengan customer melalui Phone. Woooo.. bukan senang ok kita nak influence orang dalam phone ni. Sebab now orang kurang percaya. Banyak penipuan plus dalam phone kot. Siapa boleh jamin urusan through phone ni adalah kerja mudah. Cara kita bercakap sebenrnya yang mampu buat orang percaya tentang kita. So everything kena plan clear la/

Pengalam kena reject? Huuuu jangan cakap la. Kena tengking, kena maki, kena marah, kata-kata kesat semua ada tau. Masa firstime kena tu nak nangis rasa. Tapi kena tahan la sebab keje kan. Tapi kisah atau pengalaman REJECTION aku tu bukan berakhir di situ je. Depan muka pon pernah kena tau.

Masa tu aku masih lagi bawak product UNIFI. Dulu company aku ni sabtu pon nak keje. Kerja luar pulak tu. Aku ingat lagi masa mula-mula aku dapat tau aku kena keluar... pergi rumah orang....ketuk pintu rumah orang... dan buat sales untuk UNIFI. Huuiisshhhh! terkejut aku seh.. aku tak imagine aku kena buat kerja ni. Masa tu aku dah pikir bukan bukan dah. Malu dan rasa macam aku tak layak buat kerja tu. Tapi sebab time tu ingat kerja je kan. So buat gak la.

Masa ni lagi best..ketuk pintu rumah orang..orang buat-buat tak dengar (macam pernah buat je dulu,heheh), orang buat buat tak dengar je ape kita cakap. Yang x bole bla nye..masa aku dok citer pasal UNIFI, aku je dok depan pintu.. tuan rumah boleh pegi dok kat sofa..jauhhh dari pintu. Ko rasa aku ok dalam keadaan tu/ for sure aku rasa macam bodoh-bodoh. Tapi lama-lama aku buat kerja yang pada awalnye menjengkilkan..at the end aku dapat face semua perkara tu.

Ayat biasa customer akan REJECT

'TAK MAU..TAK MAU!!'
'SORI..SORI TAK MINAT LA'
'BYK KJE LA. LAIN KALI LA YE'
'BUSY BUSY'
'TUNGGU ADA DISCOUNT LA BARU SAYA SIGN UP UNIFI'
'BANYAK LA NAK PAKAI DUIT. NAK BYR SEWA RUMAH..BRG DAPUR N dll'
'TAK BYK PAKAI INTERNET LA'
'TAKDE ORANG KAT RUMAH LA...

Haaa..ini la sebilangan REJECT yang aku face dulu.

So untuk bisnes .......


aku akan cuba sedaya upaya buat lebih lagi dari usaha sekarang. Perkara penting yang aku nak buat

I'M ENJOY FACING WITH REJECTION!!!

-Amin Ya Rabb Al-'alamin-


Saturday, March 1

PERNIAGAAN COSWAY: Amanat Seorang Yang Bernama AYAH

Bila Seorang AYAH sayangkan anak dia. Jarang sekali dia menggunakan KATA-KATA sebagai petunjuk kasih sayang dia. AYAH, Karakter yang selalu nya 'selamber' je. Aca-aca macho. Aca-aca relaks. Memang begitu nya aku perasan watak seorang yang bernama AYAH.

Membebel jarang sekali AYAH akan lakukan. Berbeza dengan karakter seorang ibu. Cuma bila sampai satu tahap kesabaran AYAH tercabar dan sudah tiba masa yang sesuai untuk AYAH gunakan  kuasa dia sebagai seorang ayah, barulah masa tu ayah akan berbunyi.

Itulah keseluruhan gambaran tentang AYAH aku. Dulu masa kecik kitorang adik beradik nak apa-apa je, ngendeng je la kat ayah. Kalau nak cakap dengan Ibu mau ibu tu marah. Haaaiiihhhh Ibu kita dulu korang tak tau. Singa, Rimau, semua kalah. Tapi itu lah kenangan masa kecik. Kalau tak garang... tak jadi orang la anak dia ni nanti.

Tapi now bila bercakap tentang AMANAT. Aku terpanggil untuk dengar dan terima amanat ayah. Ayah aku ni memang handal dalam berbisnes. Lagi-lagi bisnes MLM (Multi Level Marketing). Memang aku tak dapat menafikan ilmu ayah dalam MLM ni sungguh handal. Dan sebenarnya aku dulu jarang nak amik port dengar bila ayah nak bercerita tentang bisnes. Aku anggap macam merepek dan menyusahkan. 

Buat pe nak pening-pening pikir pasal bisnes. Nanti aku kerja. Dapat gaji. Cukuplah kan? Tapi semua tu dulu. Dan setelah aku melalui semua jalan dalam liku hidup aku. Memang benar BISNES la dunia aku. Dan tetiba aku macam terbayang macam dalam cerita drama kat TV.

"Kau sahaja la harapan Ayah untuk handle semua perniagaan yang ayah dah jalankan berpuluh-puluh tahun dulu. Dari zaman Atok kau lagi."

Haaaaa... kan dalam drama biasa berlaku part-part gini. Si Ayah tu dok mengharap sangat kat anak dia untuk mewarisi harta dan perniagaan yang telah di bina berpuluh tahun dulu. Tapi banding dengan kisah aku, Ayah aku tak la sekaya dalam drama. Nak bagi bisnes, bangunan ofis yang tinggi-tinggi. Tapi IlLMU PERNIAGAAN ini lah yang Ayah aku selama ini nak aku lakukan.

In Shaa Allah.... akan aku tunaikan permintaan AYAH. Atas restu AYAH DAN IBU... Aku percaya ini lah JODOH REZEKI ku. Aaminn...
 

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...