Wednesday, March 5

Percubaan yang berjaya... Paprik Daging..


Hari ni kerana kerajinan yang melampau, semua di sebabkan aku buntu dan tak tahu dah nak masak apa. Segala macam jenis lauk kat Malaysia ni dah aku buat. Nak masak kari..baru beberapa hari lepas masak, nak masak kuah lemak..minggu lepas dah buat.. nak masak kicap... eemm jemu la pulak..masak sup baru je beberapa hari lalu masak sup tulang. Lauk last aku masak kuah pindang ikan. Pastu otak aku 'blank'. Dah blur.

So hari ini tetiba terfikirkan daging, sos cili dan tomata, teringat cili padi yang kehijauan dalam peti ais aku tu. Dan bau-bau daun limau purut. Tup tup! aku terbayangkan lauk PAPRIK. So tangan laju on ternet YES 4G aku ni dan search...'Masak Paprik'... sambil di dapur aku dok rebus daging sat.

Resipi Masak Paprik:
Ayam/Daging
Bawang putih (di ketuk)
Halia (dihiris)
Cili Boh/Cili kisar
kicap manis
sos cili
sos tomato (aku yang tambah sendiri.
 Dalam original resepi takde. 
So ini ikut kreativiti ye)
Pes Tomyam (Yang ni aku terkejut dalam resepi ada.
But bila dah masak sedap jugak rasanya. Any brand,tp td aku guna Adabi.)
Sos ikan (aku tak letak garam. Dan memang 
dlm original resepi dia pakai.)
Sayur kacang panjang, carrot,kobis bunga.
Cili Padi

Cara masak:

Mula mula aku tumis bawang putih yang aku ketuk tadi. Tadi aku amik dalam 6 ketul bawang putih sebab aku masak kuantiti banyak. So bahan-bahan tu depend pada masakkan korang samada banyak or sikit. Ok pastu lepas masuk bawang putih aku masukkan halia yang dh dihiris. Dalam 1-2 minit tumis tu aku masukkan cili Boh tadi/ cili kisar.

Aku kecik kan api sikit taknak bagi hangit, then aku masukkan kicap satu senduk,sos cili, dan sos tomato. Then aku masukkan daging yang dah di rebus tadi. Aku amik air rebusan untuk tambah sebagai kuah. Pastu masukkan sayur kacang carrot dan cili padi. Last aku letak serbuk perasa dan sos ikan dan daun limau purut.

Selesai. Now start berfikir lauk untuk esok pulak. Hmmmm...



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...