Monday, December 9

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?



Gambar: Google

Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad ni, takde hujan takde ribut... masuk je post baru terus nak cakap hal ilmiahh kauu! Haaa...Kauu hado?? 

Entah ler tetiba rindu pulak aku dekat blog aku yang hidup segan mati tak mau ni. Yela walaupun aku tau yang pastinya aku akan jaranggg sangat nak mengupdate blog ni.. tapiii nama nak off kan nya..huhuhuh TIDAK!

Haiihh ingat senang keee nak mendelete semua bagai ni. Setiap perkataan yang di karang ni semua idea tau. Yang di curahkan dalam sebuah blog usang ni. Cewahhhh!

Biasa lahhh sejak busy jadi mak-mak ni.. mana dannn nyeerr nak jengahh..apatah lagi nak menaip nye haaa.... (alasan clesyer angat. hahaha maaf tak tau nak ngeja clesyer tu. main taram je. Yang betul nya kalau dah malas tu, malas jugak) 

*Uihhh aku dah jadi mak lerrr.. tak tau ke? 😝

Almaklum la.. zaman sekarang ni yang senang dan cepat untuk klik di hujung jari ni tu haaa FACEBOOK... INSTAGRAM..TWITTER (maaf akak tak layan ni) ... YOUTUBE... sonang sangat nak terus klik kat handphone tu. Tapi blog ni awat payahh nawww naww pon tak tau la. Kalau kata nak share menda-menda pon 4 saluran tu je la yang laju...

tapi blog... krik..krikk...

so korang rasa relevan lagi ke ye blog ni?


Wednesday, August 22

VIDEO: IMAAN JARDIN FOUNDATION KRIM TERBAIK PILIHAN WANITA BEKERJAYA DAN WANITA MASA KINI




VIDEO: IMAAN JARDIN FOUNDATION KRIM TERBAIK PILIHAN WANITA BEKERJAYA DAN WANITA MASA KINI | Perempuan ni kalau soal kecantikan dan penampilan memang tak dapat nak dipisahkan. Kalau boleh nak keluar pergi kedai pon nak cantik. Kira orang cakap biar elok sikit la nampak nya kan. 



Nak cantik?  Semua perempuan dalam dunia ni nak. Kalau lelaki 'hensem' mereka adalah di lihat pada part rambut. Perempuan pula, pertama adalah Tudung. Kedua adalah muka/wajah. Kalau pakaian dah cantik tapi serabai je muka memang tak cukup syarat la al-kisah nya. Kadang bukan tak nak make up. Cuma kadang tu rasa leceh. Sebab nak letak make up kat muka tu kena amik masa ber jam-jam. Sekarang ni masa bergerak terlalu cepat. Masa takde nak tunggu kita. Once kau dah lambat tetap lambat.  So dari aku wasting masa aku nak make up.....

At last nya no make up!
So keluar rumah muka dah pucat.
Tak berseri.
Spoil mood la jadinya.

Selepas aku apply Imaan Jardin Foundation baru-baru ni, aku tak perlu nak tepek bermacam jenis krim kat muka. Memadai dengan krim ini sahaja, 'masa' yang aku amik untuk bersiap dan bermake up dapat di pendekkan berbanding sebelum ini. Kalau kata aku terlewat bangun pagi nak pergi kerja, aku boleh make up kat office sebab tak perlu nak take time lama sangat.


Tak sempat melawa kat rumah, kat office pon boleh. Asalkan ada
Imaan Jardin Foundation


IMAAN JARDIN FOUNDATION:

JARDIN IMAAN Foundation with Argan Oil & Vitamin E (SPF 50 ++ )😍😍😍
🌷 feels light & blends well on skin

KEBAIKAN ARGAN OIL
👉🏻memutihkan wajah
👉🏻mencantikkan kulit
👉🏻melembabkan kulit yang kering
👉🏻mengatasi jerawat
👉🏻mengatasi sunburn
👉🏻mengatasi kulit kusam & gelap

KEBAIKAN VITAMIN E 
👉🏻kulit kelihatan lebih muda
👉🏻mencerahkan kulit
👉🏻memudar & menghilangkan jeragat
👉🏻mengurangkan kedut & garis halus penuaan
👉🏻membuatkan kulit kelihatan berseri

The best part yang ada pada krim ni adalah SPF 50.

Sedikit info pasal SPF ni:

SPF singkatan dari Sun Protection Factor merupakan sebuah produk yang dirancang untuk melindungi kulit dari sengatan sinar matahari. SPF memiliki tingkatan tertentu, mulai dari SPF 15, 20, 22, dan seterusnya. Semakin tinggi level SPF pada sebuah produk kecantikan (sunblock), semakin ampuh pula produk tersebut untuk melindungi kulit Anda.

Suatu produk kecantikan yang mengandung SPF 50+, ketahanannya akan lebih lama, yaitu lebih dari 5 jam. Penggunaan SPF 30 dan 50+ sangat bagus digunakan bagi korang yang ingin menghabiskan waktu di luar ruangan. Jika anda termasuk pekerja di lapangan/outsider, korang disarankan membeli produk yang memiliki SPF 50+ agar kulit tidak terbakar dan tetap terjaga kesihatannya.


Jadi korang yang selalu terdedah dengan cuaca luar yang mungkin agak panas, tak perlu risau tentang kulit akan terbakar atau tidak bila guna foundation ni. 

Untuk mereka yang nak tahu lebih tentang Imaan Jardin Foundation atau mana-mana produk keluaran Imaan Suci World boleh visit laman sosial mereka:

Tuesday, August 21

VIDEO : ERA BARU PERNIAGAAN ATAS TALIAN MELALUI TELEFON PINTAR DIDALAM SATU APLIKASI CANNIS


VIDEO : ERA BARU PERNIAGAAN ATAS TALIAN MELALUI TELEFON PINTAR DIDALAM SATU APLIKASI CANNIS | Ada sesiapa tahu apa itu CANNIS APP? CANNIS APP atau APLIKASI CANNIS adalah apps perniagaan yang direka khas bagi pembeli dan peniaga atas talian. Sebelum ini pengguna  telah memuat turun beberapa jenis aplikasi online shopping secara berasingan dan kini dengan ada nya CANNIS APP, pengguna boleh melayari dan menikmati jual beli atas talian yang sedia ada sebelum ini didalam satu (1) aplikasi sahaja. Tambahan lagi, APP CANNIS ini juga menyediakan keperluan asas harian pengguna contohnya  makanan, minuman, hiburan, pakaian  dan juga  merupakan gelombang baru bagi era perniagaan dan aplikasi telefon pintar.


Pengerusi Cannis Group adalah Puteri Mahkota Duli Yang Maha Mulia, kekanda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj, yang telah membantu beratus-ratus syarikat terkenal dengan pengalaman latihan korporat yang sangat berpengalaman. Naib Pengerusi CANNIS APP, Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat dan Ketua Pegawai Eksekutif ialah Datuk Dr. Azman Chin.

Ibu Pejabat CANNIS APP  yang berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia, telah pun mengadakan persidangan pelancaran global CANNIS APP ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Setia City (SCCC) pada 18 Ogos 2018 yang lepas. CANNIS APP juga mempunyai beberapa pejabat di Taipei, Guangzhou, Hong Kong, Pulau Pinang dan kumpulan pasukan teknikal di Hangzhou.



Naib Pengerusi, Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat berkata konsep Live broadcast yang di ketengahkan dalam konsep CANNIS APP untuk mempromosikan sesuatu produk atau barangan secara atas talian terutama online seller telah pon bermula sejak tahun 2016 di China dan melalui live broadcats tersebut, ianya telah memungut sebanyak 58 billion yuan (bersamaan RM 34,710,100,000.00) pada tahun 2018 ini mereka menjangkakan live broadcast ini boleh mencecah keuntungan sehingga 100 yuan.

Beliau juga memaklumkan oleh kerana peningkatan pengguna media sosial yang terlalu pesat di China, jadi konsep live broadcast ini sangat menjadi pilihan pengguna kerana mereka boleh melayari di mana-mana yang tidak terhad masa dan tempat untuk mereka membuat pencarian dan pembelian barangan secara online.


Beliau juga percaya bahawa ekonomi Live Broadcast, Online Shopping, dan blokchain yang dianggap sebagai teknologi baru yang akan menggantikan ekonomi rangkaian semasa dan pasti akan merangsang gelombang baru model perniagaan sedia ada sekarang ini.  Sudah pasti CANNIS APP akan menjadi era baru pengguna Internet dan bakal menjadi aplikasi wajib di dalam setiap telefon pintar pengguna.





Ketua Pegawai Eksekutif , Datuk Dr. Azman Chin turut menyatakan sekarang ini pengguna tidak perlu lagi untuk memuat turun  pelbagai jenis aplikasi online shopping didalam telefon pintar masing-masing. Setelah adanya CANNIS APP, ia menggabungkan tujuh fungsi paling popular termasuk online live broadcast, live e-commerce, online games, short video, social platform, discounted shopping dan digital payment . Aplikasi ini juga boleh menampung lebih daripada sepuluh ribu pengguna dalam masa 24 jam.

Online shopper juga tidak perlu risau kerana menerusi pembelian melalui CANNIS APP ini, setiap pengguna tidak akan bermasalah jika ingin membuat sebarang pembayaran. Aplikasi ini mempunyai sistem pembayaran yang boleh digunakan di 140 negara di seluruh dunia, terutama di Asia Tenggara.


Sewaktu pelancaran CANNIS APP tempohari di SCCC, Shah Alam ramai usahawan dan profesional dari perusahaan terkenal, syarikat modal teroka, blokchain dan bidang berkaitan rangkaian dari pelbagai negara seperti China, Hong Kong, Indonesia, Kemboja, Korea Selatan, India, Rusia dan lain-lain telah hadir ke persidangan besar tersebut.


Cannis App It boleh dimuat turun terus di google play store dan Apple Playstore

Website :  www.cannis.app


“you think it, we build it”

Saturday, June 23

VIDEO: WEFIE RAYA JUS HIDAYAH GOLD DAN MENANG RM10,000



WEFIE RAYA JUS HIDAYAH GOLD DAN MENANG RM10,000 | Jom korang!! yang mana suka bergambar reramai ni alang alang bergambar dapat menang duit. Tak nak ke?

Snappp!! snapp!! snapp!! ok send!


Untuk mereka yang tak tahu dan nak menang RM 10,000, sepanjang bulan Syawal ni Jus Hidayah Gold dari Syarikat Serai Mas Herb Sdn Bhd sedang mengadakan pertandingan Wefie Raya yang telah pon bermula pada 17/5/2018 dan akan berakhir pada jam 10.00 malam 1/7/2018. 

Sesiapa saja boleh join contest wefie Jus Hidayah Gold tapi nak wefie nanti, korang kena lah wefie bersama-sama dengan produk Jus Hidayah Gold. Yang memang pelanggan tetap Jus Hidayah Gold ni memang orang kata chances korang lah untuk join. 

Tapi....pada yang takde lagi produk tersebut dan nak cuba korang boleh dapatkan produk tersebut di:

1. Toko-toko Jamu berhampiran
2. www.seraimas.my
3. Facebook Seraimas HQ.

Korang boleh hantar seberapa banyak gambar wefie yang korang nak. Unlimited. But! make sure kena bergambar bersama produk Jus Hidayah Gold dan lagi 1 gambar tu kena lah KREATIF!! Lagi kreatif lagi cerah lah peluang untuk menang. 

Sebab pemenang dalam peraduan ini akan dipilih berdasarkan gaya yang paling kreatif. Pemilihan pemenang dibuat oleh pihak juri yang dilantik. Jadi gunakan lah bakat kreatif korang yang ada untuk bergambar bagi menarik hati juri yang akan menilai nanti.

Kepada bakal-bakal pemenang Wefie Raya Jus Hidayah Gold korang bukan sahaja akan memenangi RM10,000 tetapi korang juga akan dapat peluang beramah mesra bersama Duta Produk Jus Hidayah Gold iaitu Imam Muda Asyraf pada Rumah Terbuka Seraimas yang mana masa, tarikh, dan tempat akan diberitahu kelak.

Imam Muda Asyraf Duta Produk Jus Hidayah Gold

** Pemenang akan diumumkan pada 1/7/2018 melalui Facebook Seraimas HQ.
** Tarikh Tutup Penyertaan: 1/7/2018 jam 10 malam


Secara Detail yang nak join contest ni boleh follow method kat bawah:

1. Beli Jus Hidayah Gold

2. Peserta perlu bergambar beramai-ramai (“wefie”) bersertakan Jus Hidayah Gold sebagai bukti

3. Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan QR code yang tertera di          kotak Jus Hidayah Gold

4.Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Ikut langkah seperti yang tertera di laman sesawang www.seraimas.my

5. Masukan slogan "Saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana........." Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.

6. Muat naik gambar wefie raya anda di platform yang disediakan. Dengan memuatnaik gambar di platform ini anda telah mengakui bahawa:

- Gambar adalah milik anda
- Tiada sebarang pelanggaran hak cipta atau seumpamanya
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan maklumat yang dimuatnaik
- Membenarkan pihak penganjur menggunakan atau menyiarkan gambar anda di sebarang media bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk Seraimas.

7. Untuk anda berpeluang memenangi hadiah, penyertaan anda mestilah diterima pada hari akhir tempoh peraduan. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak akan dilayan.

8. Dengan menyertai peraduan ini, anda adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat Peraduan #WefieRayaJusHidayahGold. Sila klik link ini

Hadiah yang akan diterima oleh bakal pemenang:

Seramai 5 orang pemenang akan dipilih. Berikut adalah hadiah-hadiah yang bakal dimenangi.

Tempat Pertama:
Gold Bar (20g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Ke-2:
Gold Bar (10g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Ke-3 sehingga ke 5:
1 dinar emas + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tuesday, June 12

PROGRAM SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA ANAK YATIM KAUSAR NEGERI SEMBILAN


PROGRAM SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA ANAK YATIM KAUSAR NEGERI SEMBILAN | Assalamualaikum semua. Alhamdulillah ramadhan tahun ini aku diber kesempatan lagi join dengan kawan aku untuk program sumbangan ramadhan. 

Untuk pengetahuan korang, kawan aku si Suhaila ni (dalam gambar atas dia yang si tudung hitam tu)  memang aku sedia maklum yang setiap kali masuk bulan ramadhan dia dengan beberapa kawan dia yang lain memang akan arrange untuk program sumbangan kepada orang susah/miskin sebagai bantuan menyambut ramadhan dan syawal. 

Aku pulak sebenanrnya bukan lah join dari mula persiapan sumbangan itu dilakukan. Biasa aku akan masuk line time nak distribute sumbangan tu. Tahun lepas aku sempat gak lah ikut dia pergi ke beberapa buah rumah golongan susah/miskin yang terpilih untuk diberikan sumbangan. 

Hari tu bila aku tanya dia pasal sumbangan yang dia buat tu, dia cakap dia dah hantar beberapa pada family susah. So aku ingat tak sempat la kali ni nak follow dia untuk aktiviti sumbangan ni, tapi bila dia bagitahu yang ada lagi beberapa hamper dan sumbangan dia tak bagi lagi kat anak-anak yatim aku terus decide nak ikut.

Seumur hidup aku tak pernah join program macam ni, that why aku sangat excited untuk ada pengalaman tu. Walaupon program tu sekejap je hanya datang dan bagi barang-barang tu tapi bila orang cakap "pengalaman" kan, moment nya memang takkan pernah dapat dilupakan.

Long time no see kawan aku sorang ni =)

Jadi di pendek kan cerita, petang Jumaat  (8/6/2018) yang lepas dalam pukul 3 petang macam tu aku dan kawan aku terus bergerak dari Putrajaya ke Senawang dan terus ke kedai yang kawan aku tu dah deal untuk ambil hamper yang dah ditempah then lepas tu terus bergerak ke McD untuk oder Happy Meal sebagai juadah "moreh" adik-adik ni makan lepas waktu tarawih.

Beriya kawan aku ni punya muka. Padahal dok tanya nak Chicken Burger ke Cheese Burger je dengan akak tu. hahahah
Ok siap oder dah! Gambar 1 kali.


Settle ambil hamper dan oder McD, next...
Balik....
pergi Bazaar beli juadah buka.
Lepas tu sampai rumah dan berbuka
Lepas tu kitorang siap-siap jam 9.15mlm macam tu then kitorang keluar balik nak pickup Mcd dan terus ke rumah anak yatim tersebut.

Kawan tangkap kan gambar candid.
Kawan mengutuk sesama sendiri, kawan meluahkan perasaan, kawan cit cat pasal perempuan, cit cat pasal lelaki
Masa on the way nak amik McD malam tu jalan bandar Senawang tu jem giler. Maklumlah malam minggu kan. Esok nya hari sabtu, so mostly dekat mana-mana kawasan pon memang akan jem la sebab semua ambil peluang untuk shooping barang raya.

Lagi pulak tengah-tengah bandar tu diorang buka bazaar jualan, memang bersusun la kenderaan jawapnya.


Alhamdulillah dalam setengah jam selepas meredah jem, kitorang sampai juga ke Pusat Jagaan Anak Yatim Kausar NS. Sampai-sampai tu adik-adik tengah syok main bunga api. Kecik lagi budak-budak ni rupanya. Dalam kepala aku dok imagine mungkin diorang dah besar-besar  dalam average sekolah menengah macam tu. Rupanya tidak.






Di rumah penjagaan ini kitorang dimaklumkan ada lebih kurang 15 orang anak-anak yang dijaga di pusat jagaan tersebut. Yang paling besar umur 12 tahun dan paling bongsu 6 tahun.

Entah tiba-tiba aku rasa sayu je bila tengok adik-adik ni. Aku seawal umur diorang, aku berada dibawah jagaan keluarga aku. Walaupun aku bukan dari keluarga yang senang dan bermewah, tapi aku dijaga baik oleh ibu dan ayah aku.




Tapi adik-adik ni tidak. Oleh kerana keadaan yang memaksa, mereka terpaksa berpisah dari keluarga. Hidup berjauhan dari Ibu dan Ayah dan adik beradik. Menurut cerita daripada penjaga pusat jagaan ini, anak-anak yang tinggal dipusat jagaan ini datang dari macam-macam jenis latar belakang. Semuanya dari kisah yang menyedihkan lah  dan rupa-rupanya ada salah seorang penghuni pusat jagaan ini dia adalah seorang mangsa dera ibu (kandung) dan ayah tiri dia.

Ya Allah....

Selalu aku hanya dengar berita ni dalam surat khabar dan media sosial. Tapi bila mangsa dera memang depan mata aku, aku terus rasa sebak sangat. Dan adik tu comel sangat. Memang tengok muka dia terus rasa sayang.

Baju hijau tu penjaga tetap Pusat Jagaan  Anak Yatim Kausar Abang Faizal
(gambar sumber Facebook)
Adik-adik yang tinggal kat rumah ni sebenarnya bukan keluarga mereka yang decide untuk hantar ke pusat jagaan ini. Tetapi atas inisiatif pihak pengurusan sendiri yang pergi mencari mereka-mereka melalui sumber yang boleh dipercayai untuk dijaga dan dipantau. Senang citer bukan semua kanak-kanak yang tidak bernasib baik seperti mereka akan tinggal disitu. Mungkin atas sebab tertentu pihak pengurusan perlu menapis dahulu sebelum mereka buat keputusan untuk jaga. Untuk makluman tambahan pusat jagaan ini dibuka khas untuk anak-anak lelaki sahaja.

Kenapa takde untuk anak perempuan?

Oleh kerana tidak cukup kakitangan, jadi mereka belum decide untuk buka untuk kanak-kanak perempuan. Tapi mungkin pihak pengurusan akan pertimbangkan untuk adakan juga pusat jagaan bagi kanak-kanak perempuan.


Kalau ada yang nak ziarah atau beri sumbangan, boleh pergi ke pusat jagaan tersebut dan alamat seperti dalam gambar tu ye.

Thursday, June 7

PERKARA WAJIB BERLAKU PADA PAGI RAYA


PERKARA WAJIB BERLAKU PADA PAGI RAYA | Setelah 30tahun menyambut hari raya (Alhamdulillah tahun ini diberi kesempatan) memang setiap kali pagi raya akan berlaku perkara-perkara ni.


  • Bangun Awal
Gambar Google

Bangun awal ni wajib lah. Solat Subuh tau. Ingat habis puasa habis Subuh pulak? Banyak cekadak! Kalau rasa tak nak kena pekik kat telinga oleh mak kau, baik kau bangun sebelum dia bangun. Kalau tersedar masa pagi tu, dengar pulak bunyi air dalam bilik mandi makna nya mak kau dah bangun la tu. Jadi better cecepat sebelum dia rasa "anak-anak dara" dia ni pagi raya pon tak reti nak bangun awal! Memang mintak kena simbah air la gamaknya tu. Sebab selepas ini banyak lagi insiden "berebut" akan berlaku.


  • Mandi Sunat Hari Raya dan Solat Sunat Hari Raya
Gambar Google


Asbab kenapa mak kau bebel suh bangun awal, sebab ni haaa.. kena segerakan mandi sunat hari raya ni. Ada yang had malas mandi dulu tu, mula lah "kau pergi mandi dulu, dah siap kejut aku"... eerrr

Niat mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri

Bagi lelaki pulak (dulu masa Arwah Ayah ada), korang kena bersiap kena pergi solat sunat hari raya. Hehehe kitorang family takde lelaki sebab semua perempuan kan jadi jarang pergi ikut solat sunat hari raya. Padahal lelaki ke perempuan ke boleh je pergi solat tu.


  • Panaskan Lauk Raya 
Gambar Google


Lepas siap mandi bagai semua, yang mana had perempuan yang tak pergi solat sunat tu, seawal pagi tu dah bersinsing tangan dah. Panas kan ni haaa... menu yang dah masak semalamnya. Nak siap-siapkan sebelum yang lelaki balik dari solat sunat tu. Biasanya had ibu-ibu lah yang kelam kabut kat dapur. Sebab dia risau kalau ada lauk yang basi. Yelah menu semua bersantan. Takut semalam lepas masak ada terdedah sikit ke kang masuk dik lalat, kita tak perasan kan. So tu la tugas-tugas ibu kat dapur. Tapi kalau kitorang, aku lah yang akan handle dapur tu. Hehehehe! Amacam, rajin tak calon menantu mak awak ni. Hhahahah!!


  • Iron Baju Raya
Gambar Google


Anak dara yang lain-lain, kalau tak busy kat dapur, apa lagi kalau bukan busy menggosok baju memasing. Tak pun selalu kitorang adik beradik akan campak baju-baju memasing pada seorang kepala je, so dia je la yang akan iron. Tau tau baju siap dah kena gosok. Hahahaha bahagianya hidup.. Yang tukang gosok tu, sakit pinggang la lepas tu. Kahkahkah!


  • Salam Raya
Gambar Google


Haaaaa.. ini lah part yang memasing malu nak buat. OOhhhh kau buat salah reti. Nak salam mintak maaf tau pulak malu segann. Kalau boleh apa yang kita nak cakap tu jangan sorang pon dengar. JANGAN TENGOKKK! PANDANG TEMPAT LAIN! Hahahah ni selalu kita sound pada adik beradik yang lain yang tengah beratur tunggu turn.

Siapa nak mulakan dulu? Of course la yang sulung. Ahhh beratur-beratur. Sape dulu dia depan. Ok macam aku, disebabkan aku yang kedua, so turn aku lah nombor dua. Lepas tu, bila kita dah habis part cakap dengan mak kiter.... kali ni aku la raja pada adik-adik.

Haaaa beratur cepat. Salam minta maaf. Cepat..cepattt! Kahkahkah!!

Yang sakit nya yang bongsu lah. Macam adik aku ada 6 kakak kat atas. Haaa merangkak la kau nak duduk salam raya minta maaf. Hhahahahah

Tapi selalunnya...

Lepas 5 MINIT minta maaf,
Kitorang dah bergaduh balik. Hahahaha mengamuk la mak aku lepas tu. "Baru jeee minta maaf dah bargaduh! Kang ada yang kena kangg!" krik..krikk la kitorang pastu.




RESTORAN SHAWARMA NASI ARAB TAMAN CONNAUGHT CHERAS


RESTORAN SHAWARMA NASI ARAB TAMAN CONNAUGHT CHERAS| Orang cakap bulan puasa ni kalau berdoa apa je In Shaa Allah akan di makbulkan oleh Allah. Hehehe Tapi aku tak lah sure sangat betul ke tak benda tu ek. Aku agak-agak je. Ngee..

Tapi sebetulnya mungkin rezeki bulan puasakan. Actually memang dari awal puasa hari tu tekak aku terasa nak makan nasi arab. Tup tup semalam kawan-kawan plan nak berbuka kat Restoran Shawarma, Taman Connaught.

Restoran Shawarma?
Kedai apa tu?
Tapi nama dah macam kedai Nasi Arab je. (hati mula riangggg.. yeahh!!)
Apa lagi, GOOGLE la.
Aku google sebab nak tau tu kedai apa. Kedua aku google sebab nak tau location.

Hahahaha almaklum lah kita ni buta jalan. Bila dah masuk area KL mula la blank kepala otak ni. Tapi takpe.... Encik WAZE adoo..

Taman Connaught tu aku tak pernah sampai pun sebenarnya. Jadi semalam tu kira pertama kali lah aku jejak ke sana. Perkara pertama aku runsing nak parking kereta. 

Haaa la mana tak risau nya. Bukan kawasan kita kan. Kalau buatnya depan lot kedai tu takde park yang available jenuh pulak aku nak pusing-pusing. Dengan area yang tak familiar lagi kan. Tapi alhamdulillah sampai je terus dapat park.

Perjalanan dari Putrajaya ke Taman Connaught adalah dalam 48 minit semalam. Mungkin itu ETA (estimated time arrived)  yang betul atau sebab semalam hujan. Laluan dari MEX, exit Jalan Kuchai Lama, then masuk Cheras. Pastu masuk jalan mana ntah aku tak ingat. Takpe korang waze gak la ek macam aku. Just waze RESTORAN SHAWARMA,TAMAN CONNAUGHT.

Hahahahah

Lokasi restoran ni agak strategik. Lebih kurang tengah-tengah town taman connaught tu. Dekat dengan bank, dekat dengan petrol pum, kira centre la kan. Kira strategik. Ok berbalik pada restoran ni, Ok la dah banyak melalut dah aku ni.... ok.. ok.. ok.. story tentang menu.

YES! Menu..

Family Set Menu

Fatoush Salad

Hummus



Lamb Kebab Plate


Mandy Lamb + Madghot Lamb

Plus Air Jus dan Air Teh Arab.


Buruk nya muka selepas kekenyangan. Hahahaha!!!
Menu family set ni bukan terhad dan diterima masa bulan puasa ni je ye. Untuk hari lain selepas musim puasa dan raya pon masih diteruskan. Jadi pada korang yang nak makan kat Restoran Shawarma Nasi Arab, boleh la ke:

Alamat:

No.8 Jalan Menara Gading 1,
Taman Connaught,56000
Cheras, Kuala Lumpur.

**Boleh waze je Restoran Shawarma, Taman Connaught.

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...