Tuesday, June 12

PROGRAM SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA ANAK YATIM KAUSAR NEGERI SEMBILAN


PROGRAM SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA ANAK YATIM KAUSAR NEGERI SEMBILAN | Assalamualaikum semua. Alhamdulillah ramadhan tahun ini aku diber kesempatan lagi join dengan kawan aku untuk program sumbangan ramadhan. 

Untuk pengetahuan korang, kawan aku si Suhaila ni (dalam gambar atas dia yang si tudung hitam tu)  memang aku sedia maklum yang setiap kali masuk bulan ramadhan dia dengan beberapa kawan dia yang lain memang akan arrange untuk program sumbangan kepada orang susah/miskin sebagai bantuan menyambut ramadhan dan syawal. 

Aku pulak sebenanrnya bukan lah join dari mula persiapan sumbangan itu dilakukan. Biasa aku akan masuk line time nak distribute sumbangan tu. Tahun lepas aku sempat gak lah ikut dia pergi ke beberapa buah rumah golongan susah/miskin yang terpilih untuk diberikan sumbangan. 

Hari tu bila aku tanya dia pasal sumbangan yang dia buat tu, dia cakap dia dah hantar beberapa pada family susah. So aku ingat tak sempat la kali ni nak follow dia untuk aktiviti sumbangan ni, tapi bila dia bagitahu yang ada lagi beberapa hamper dan sumbangan dia tak bagi lagi kat anak-anak yatim aku terus decide nak ikut.

Seumur hidup aku tak pernah join program macam ni, that why aku sangat excited untuk ada pengalaman tu. Walaupon program tu sekejap je hanya datang dan bagi barang-barang tu tapi bila orang cakap "pengalaman" kan, moment nya memang takkan pernah dapat dilupakan.

Long time no see kawan aku sorang ni =)

Jadi di pendek kan cerita, petang Jumaat  (8/6/2018) yang lepas dalam pukul 3 petang macam tu aku dan kawan aku terus bergerak dari Putrajaya ke Senawang dan terus ke kedai yang kawan aku tu dah deal untuk ambil hamper yang dah ditempah then lepas tu terus bergerak ke McD untuk oder Happy Meal sebagai juadah "moreh" adik-adik ni makan lepas waktu tarawih.

Beriya kawan aku ni punya muka. Padahal dok tanya nak Chicken Burger ke Cheese Burger je dengan akak tu. hahahah
Ok siap oder dah! Gambar 1 kali.


Settle ambil hamper dan oder McD, next...
Balik....
pergi Bazaar beli juadah buka.
Lepas tu sampai rumah dan berbuka
Lepas tu kitorang siap-siap jam 9.15mlm macam tu then kitorang keluar balik nak pickup Mcd dan terus ke rumah anak yatim tersebut.

Kawan tangkap kan gambar candid.
Kawan mengutuk sesama sendiri, kawan meluahkan perasaan, kawan cit cat pasal perempuan, cit cat pasal lelaki
Masa on the way nak amik McD malam tu jalan bandar Senawang tu jem giler. Maklumlah malam minggu kan. Esok nya hari sabtu, so mostly dekat mana-mana kawasan pon memang akan jem la sebab semua ambil peluang untuk shooping barang raya.

Lagi pulak tengah-tengah bandar tu diorang buka bazaar jualan, memang bersusun la kenderaan jawapnya.


Alhamdulillah dalam setengah jam selepas meredah jem, kitorang sampai juga ke Pusat Jagaan Anak Yatim Kausar NS. Sampai-sampai tu adik-adik tengah syok main bunga api. Kecik lagi budak-budak ni rupanya. Dalam kepala aku dok imagine mungkin diorang dah besar-besar  dalam average sekolah menengah macam tu. Rupanya tidak.






Di rumah penjagaan ini kitorang dimaklumkan ada lebih kurang 15 orang anak-anak yang dijaga di pusat jagaan tersebut. Yang paling besar umur 12 tahun dan paling bongsu 6 tahun.

Entah tiba-tiba aku rasa sayu je bila tengok adik-adik ni. Aku seawal umur diorang, aku berada dibawah jagaan keluarga aku. Walaupun aku bukan dari keluarga yang senang dan bermewah, tapi aku dijaga baik oleh ibu dan ayah aku.




Tapi adik-adik ni tidak. Oleh kerana keadaan yang memaksa, mereka terpaksa berpisah dari keluarga. Hidup berjauhan dari Ibu dan Ayah dan adik beradik. Menurut cerita daripada penjaga pusat jagaan ini, anak-anak yang tinggal dipusat jagaan ini datang dari macam-macam jenis latar belakang. Semuanya dari kisah yang menyedihkan lah  dan rupa-rupanya ada salah seorang penghuni pusat jagaan ini dia adalah seorang mangsa dera ibu (kandung) dan ayah tiri dia.

Ya Allah....

Selalu aku hanya dengar berita ni dalam surat khabar dan media sosial. Tapi bila mangsa dera memang depan mata aku, aku terus rasa sebak sangat. Dan adik tu comel sangat. Memang tengok muka dia terus rasa sayang.

Baju hijau tu penjaga tetap Pusat Jagaan  Anak Yatim Kausar Abang Faizal
(gambar sumber Facebook)
Adik-adik yang tinggal kat rumah ni sebenarnya bukan keluarga mereka yang decide untuk hantar ke pusat jagaan ini. Tetapi atas inisiatif pihak pengurusan sendiri yang pergi mencari mereka-mereka melalui sumber yang boleh dipercayai untuk dijaga dan dipantau. Senang citer bukan semua kanak-kanak yang tidak bernasib baik seperti mereka akan tinggal disitu. Mungkin atas sebab tertentu pihak pengurusan perlu menapis dahulu sebelum mereka buat keputusan untuk jaga. Untuk makluman tambahan pusat jagaan ini dibuka khas untuk anak-anak lelaki sahaja.

Kenapa takde untuk anak perempuan?

Oleh kerana tidak cukup kakitangan, jadi mereka belum decide untuk buka untuk kanak-kanak perempuan. Tapi mungkin pihak pengurusan akan pertimbangkan untuk adakan juga pusat jagaan bagi kanak-kanak perempuan.


Kalau ada yang nak ziarah atau beri sumbangan, boleh pergi ke pusat jagaan tersebut dan alamat seperti dalam gambar tu ye.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...