Tuesday, August 21

VIDEO : ERA BARU PERNIAGAAN ATAS TALIAN MELALUI TELEFON PINTAR DIDALAM SATU APLIKASI CANNIS


VIDEO : ERA BARU PERNIAGAAN ATAS TALIAN MELALUI TELEFON PINTAR DIDALAM SATU APLIKASI CANNIS | Ada sesiapa tahu apa itu CANNIS APP? CANNIS APP atau APLIKASI CANNIS adalah apps perniagaan yang direka khas bagi pembeli dan peniaga atas talian. Sebelum ini pengguna  telah memuat turun beberapa jenis aplikasi online shopping secara berasingan dan kini dengan ada nya CANNIS APP, pengguna boleh melayari dan menikmati jual beli atas talian yang sedia ada sebelum ini didalam satu (1) aplikasi sahaja. Tambahan lagi, APP CANNIS ini juga menyediakan keperluan asas harian pengguna contohnya  makanan, minuman, hiburan, pakaian  dan juga  merupakan gelombang baru bagi era perniagaan dan aplikasi telefon pintar.


Pengerusi Cannis Group adalah Puteri Mahkota Duli Yang Maha Mulia, kekanda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj, yang telah membantu beratus-ratus syarikat terkenal dengan pengalaman latihan korporat yang sangat berpengalaman. Naib Pengerusi CANNIS APP, Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat dan Ketua Pegawai Eksekutif ialah Datuk Dr. Azman Chin.

Ibu Pejabat CANNIS APP  yang berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia, telah pun mengadakan persidangan pelancaran global CANNIS APP ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Setia City (SCCC) pada 18 Ogos 2018 yang lepas. CANNIS APP juga mempunyai beberapa pejabat di Taipei, Guangzhou, Hong Kong, Pulau Pinang dan kumpulan pasukan teknikal di Hangzhou.



Naib Pengerusi, Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat berkata konsep Live broadcast yang di ketengahkan dalam konsep CANNIS APP untuk mempromosikan sesuatu produk atau barangan secara atas talian terutama online seller telah pon bermula sejak tahun 2016 di China dan melalui live broadcats tersebut, ianya telah memungut sebanyak 58 billion yuan (bersamaan RM 34,710,100,000.00) pada tahun 2018 ini mereka menjangkakan live broadcast ini boleh mencecah keuntungan sehingga 100 yuan.

Beliau juga memaklumkan oleh kerana peningkatan pengguna media sosial yang terlalu pesat di China, jadi konsep live broadcast ini sangat menjadi pilihan pengguna kerana mereka boleh melayari di mana-mana yang tidak terhad masa dan tempat untuk mereka membuat pencarian dan pembelian barangan secara online.


Beliau juga percaya bahawa ekonomi Live Broadcast, Online Shopping, dan blokchain yang dianggap sebagai teknologi baru yang akan menggantikan ekonomi rangkaian semasa dan pasti akan merangsang gelombang baru model perniagaan sedia ada sekarang ini.  Sudah pasti CANNIS APP akan menjadi era baru pengguna Internet dan bakal menjadi aplikasi wajib di dalam setiap telefon pintar pengguna.





Ketua Pegawai Eksekutif , Datuk Dr. Azman Chin turut menyatakan sekarang ini pengguna tidak perlu lagi untuk memuat turun  pelbagai jenis aplikasi online shopping didalam telefon pintar masing-masing. Setelah adanya CANNIS APP, ia menggabungkan tujuh fungsi paling popular termasuk online live broadcast, live e-commerce, online games, short video, social platform, discounted shopping dan digital payment . Aplikasi ini juga boleh menampung lebih daripada sepuluh ribu pengguna dalam masa 24 jam.

Online shopper juga tidak perlu risau kerana menerusi pembelian melalui CANNIS APP ini, setiap pengguna tidak akan bermasalah jika ingin membuat sebarang pembayaran. Aplikasi ini mempunyai sistem pembayaran yang boleh digunakan di 140 negara di seluruh dunia, terutama di Asia Tenggara.


Sewaktu pelancaran CANNIS APP tempohari di SCCC, Shah Alam ramai usahawan dan profesional dari perusahaan terkenal, syarikat modal teroka, blokchain dan bidang berkaitan rangkaian dari pelbagai negara seperti China, Hong Kong, Indonesia, Kemboja, Korea Selatan, India, Rusia dan lain-lain telah hadir ke persidangan besar tersebut.


Cannis App It boleh dimuat turun terus di google play store dan Apple Playstore

Website :  www.cannis.app


“you think it, we build it”

1 comment:

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...