Thursday, June 7

RESTORAN SHAWARMA NASI ARAB TAMAN CONNAUGHT CHERAS


RESTORAN SHAWARMA NASI ARAB TAMAN CONNAUGHT CHERAS| Orang cakap bulan puasa ni kalau berdoa apa je In Shaa Allah akan di makbulkan oleh Allah. Hehehe Tapi aku tak lah sure sangat betul ke tak benda tu ek. Aku agak-agak je. Ngee..

Tapi sebetulnya mungkin rezeki bulan puasakan. Actually memang dari awal puasa hari tu tekak aku terasa nak makan nasi arab. Tup tup semalam kawan-kawan plan nak berbuka kat Restoran Shawarma, Taman Connaught.

Restoran Shawarma?
Kedai apa tu?
Tapi nama dah macam kedai Nasi Arab je. (hati mula riangggg.. yeahh!!)
Apa lagi, GOOGLE la.
Aku google sebab nak tau tu kedai apa. Kedua aku google sebab nak tau location.

Hahahaha almaklum lah kita ni buta jalan. Bila dah masuk area KL mula la blank kepala otak ni. Tapi takpe.... Encik WAZE adoo..

Taman Connaught tu aku tak pernah sampai pun sebenarnya. Jadi semalam tu kira pertama kali lah aku jejak ke sana. Perkara pertama aku runsing nak parking kereta. 

Haaa la mana tak risau nya. Bukan kawasan kita kan. Kalau buatnya depan lot kedai tu takde park yang available jenuh pulak aku nak pusing-pusing. Dengan area yang tak familiar lagi kan. Tapi alhamdulillah sampai je terus dapat park.

Perjalanan dari Putrajaya ke Taman Connaught adalah dalam 48 minit semalam. Mungkin itu ETA (estimated time arrived)  yang betul atau sebab semalam hujan. Laluan dari MEX, exit Jalan Kuchai Lama, then masuk Cheras. Pastu masuk jalan mana ntah aku tak ingat. Takpe korang waze gak la ek macam aku. Just waze RESTORAN SHAWARMA,TAMAN CONNAUGHT.

Hahahahah

Lokasi restoran ni agak strategik. Lebih kurang tengah-tengah town taman connaught tu. Dekat dengan bank, dekat dengan petrol pum, kira centre la kan. Kira strategik. Ok berbalik pada restoran ni, Ok la dah banyak melalut dah aku ni.... ok.. ok.. ok.. story tentang menu.

YES! Menu..

Family Set Menu

Fatoush Salad

Hummus



Lamb Kebab Plate


Mandy Lamb + Madghot Lamb

Plus Air Jus dan Air Teh Arab.


Buruk nya muka selepas kekenyangan. Hahahaha!!!
Menu family set ni bukan terhad dan diterima masa bulan puasa ni je ye. Untuk hari lain selepas musim puasa dan raya pon masih diteruskan. Jadi pada korang yang nak makan kat Restoran Shawarma Nasi Arab, boleh la ke:

Alamat:

No.8 Jalan Menara Gading 1,
Taman Connaught,56000
Cheras, Kuala Lumpur.

**Boleh waze je Restoran Shawarma, Taman Connaught.

1 comment:

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...