Wednesday, May 30

SYAWAL KALI INI FATTAH AMIN


SYAWAL KALI INI FATTAH AMIN | "Selamat Hari Rayaaa... Selamat Hari Rayaaa.. AidilFitri Muliaa.. Ampun Maaf Dipintaaa" haaaa gituuuu.. terngiangg ngiangg suara Abang Fattah kita nyanyi lagu raya 'Syawal Kali Ini'.

Cerita nya semalam aku takde apa-apa program terdesak nak dilakukan masa cuti Hari Wesak semalam, so untuk penuhi program sebagai blogger part time yang "hidup segan mati tak mahu" ni so aku join 1 Majlis Pelancaran Single Raya by Fattah Amin di SACC Mall Shah Alam.

Muka tak sabar menanti Abang Fattah sampai.
Asbab pertama kenapa aku nak pergi juga majlis tersebut sebab aku nak tengok Fattah Amin dekat-dekat. Dan aku tau mesti dia akan bawak Fazura!!! Hahahah I'm not their fans tapi since diorang berkahwin aku jadi lagi suka. Terutama Fazura. She so lovingggg!!

Fazura cantik sangat depan-depan. Kecik. Kurus je orang nya. Suka kita tengok.

Ok! back to the situation masa aku on the way nak gerak ke sana, walaupun aku tahu keadaan area SACC Mall tu waktu-waktu sekarang ni memang dah jem giler sebab dia bersebelahan dengan PKNS dannn area PKNS tu pulak dah penuh dengan jualan bazaar dan jualan raya. So bila on the way nak ke sana seperti yang dijangka lah. JEM!

Jenuh cari parking sana sini. Full 1 hal. Dengan tiba-tiba banyak pulak jalan tutup sana. Tutup sini. Haiihhh spoil mood aku je. Jam kat tangan dah nak hampir pukul 5.00 PM. Risau aku kalau diorang dah sampai.

Alhamdulillah. No choice aku just park kat seberang jalan je (dengan harapan jangan lah ada majlis perbandaran datang dan claim kereta aku) dan aku pon lintas jalan pergi ke North Door SACC Mall. Sempat gak akhirnya sebelum ketibaan diorang.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa.
Masa pelancaran tu, sempat gak diorang tunjuk video klip lagu Syawal Kali Ini Fattah Amin tu. Dan menariknya video klip tersebut adalah arahan pertama dari Fattah sendiri. Dan bertambah menarik lagi, dalam video klip tu ada penampilan khas dari Ibu dan Ayah Fattah sendiri.

Mana video nya?

Hahahaha korang kena tunggu lah release dari pengurusan Fattah Amin nanti ye. Sabaqq naaa.

Yang tak boleh bla nya sebelum diorang ni sampai, pandai pulak Abang Fattah and the geng ni buat gimik. Kata terlewat la. Banjir la. Apa lah. Tapi tahu dah ni mesti gimik punya. Pastu lepas beberapa minit tanyang video klip raya tu, taraaaaa...

Abang Fattah sampai dahhhhhh




Fattah Amin depan mata weiiii... hensemnye laaaaa haiiiii... cair iman kita awakkk..



Actually lagu raya 'Syawal Kali Ini' adalah hasil ciptaan bersama Aizat Amdan dan Mel Ramlan dan juga merupakan lagu raya sulung yang dicipta khas untuk Fattah Amin dan juga merupakan hadiah ekslusif buat peminat Fattah yang selama ini menyokong dan menantikan lagu raya dari beliau.




Fattah Amin sebagai salah seorang Lembaga Pengarah AJ De Perfum.

Fattah bersama Pengarah AJ De Perfum, Encik Mohd Azrul Fauzi (kanan)
Sewaktu majlis pelancaran lagu single raya tersebut, pihak Fattah Amin sendiri juga memaklumkan sebelum ni dia hanya sebagai duta sahaja kepada produk AJ De Perfum, but now kali ini Fattah adalah salah seorang ahli lembaga pengarah kepada syarikat minyak wangi tersebut.

Tu la kan. Orang cakap rezeki orang berkahwin ni adalah rezeki yang tak di sangka-sangka akan muncul. Ni yang rasa nak kawin ni. (tetiba pulak kan hahaha)

Untuk yang tak tahu termasuk lah aku sendiri ni haaa... mereka yang tak pernah beli perfum jenama AJ De Perfum ni atau yang pernah consume, AJ De Perfum ada mengeluarkan pewangi terbaru untuk kereta yang mana bahan pewangi tersebut adalah dari 8 bauan yang berbeza dan di inspirasikan dari wangian badan.

Unik nya perfume ni, dia tidak mengandungi Diphenyl Methanol (DPM) yang mana ia bertidak sebagai pemangkin bau wangian yang amat merbahaya kepada sistem pernafasan.

** Maklumat lanjut nak tahu tentang AJ De Perfume boleh contact Mohamad Qayyum Joul Pikar (017-7414560) atau emal : ajdeparfum@gmail.com 



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...