Thursday, May 3

PAKAI PHIRO BACK SUPPORT KURANG SIKIT SAKIT BELAKANG


PAKAI PHIRO BACK SUPPORT KURANG SIKIT SAKIT BELAKANG | Macam ni lah rutin kerja pejabat. Sampai ofis perkara pertama on PC lepas tu buka segala email bagai. (Yeke? bukan kau pergi minum dulu ke? Hahahaah!! ) Sssshhhh... Jangan kantoikan... Alaaa disamping minum dan makan kita buka sekali email dan apa yang perlu kita review dulu kat PC kita tu.

Tapi ada masa kadang-kadang tu masuk je ofis tak sempat nak makan ke minum ke terus je kita mengadap komputer sampai lunch hour. Lepas tu baru lah stop kejap. Jadi bila seharian duduk mengadap komputer. Tegang gak belakang badan kita tu. Sampai ada certain masa tu nak sandar pun tak selesa, tegak pon tak selesa.

Kadang-kadang tu sampai letak bantal la ceritanya sebab nak kurangkan rasa sakit belakang. Kalau tak selesa gak, aku apa lagi bangun jalan-jalan la. (Hahahaha tu alasan nak berjalan tu. Bukan sebab sakit belakang.) **gurau je...

Di sebabkan badan aku ni nak pakai lama, maklum lah nak berkhidmat untuk negara kan. So kesihatan kena lah selalu OK. Kalau belakang kita ni sakit, bukan setakat berdiri je tak mampu, duduk pun kadang-kadang tak mampu nak bertahan. So solution aku kena gak buat something. Pakai something supaya ada benda support belakang badan aku kalau lenguh-lenguh.

Phiro Back Support Jonlivia
Untuk kurangkan rasa sakit belakang tu aku pun cubalah pakai Phiro Back Support. Produk ni  keluaran dari Jonlivia Sdn Bhd. Firstime pakai ni dah rasa macam pakai tempat letak pistol polis tu. Hahahaha!! Tapi bila kena kan dekat badan memang sedap rasa. Padat. Yang dekat pinggang tu korang bole adjust nak ketat kan ke atau longgar kan. 


Mesti korang tertanya apa yang aku dok cakap "lekat dekat pinggang tu" kan. Tu haaa macam dalam pic laki tu. Yang dia pegang tu, haa tu la yang kita boleh adjust. Nak ketat ke, longgar ke. Gituuu..

Pandangan dari sisi tepi.


Pandangan dari sisi duduk.
Contoh macam dalam posisi aku duduk tu kan, kalau aku tak pakai Phiro Back Support Jonlivia ni aku akan rasa macam nak membongkok je. Tak pon aku kena tahan belakang badan aku supaya terus tegak je. Tapi bila dah pakai Phiro Back Support ni, lekatan yang dekat pinggang tu bila aku ketatkan sikit automatik dia tarik belakang badan aku untuk tegak. Jadi sedap dan selesa je rasa.  

Pandangan dari belakang. Makk aiii.. buruknya view belakang badan aku ni. Hahahah

Kelebihan Phiro Back Support Jonlivia ni:

  1. Betulkan posture badan kita
  2. Jadikan badan kita maintain elegant. Sebab badan takkan membongkok.
  3. Bila posture badan dah betul, nak jalan macam model pon boleh tau. hahahah
  4. Dapat kurangkan sakit belakang.
Kat mana nak dapat Phiro Back Support ni, korang boleh beli terus kat website Jonlivia Sdn Bhd:
PHIRO BACK SUPPORT dan nak tahu lebih info boleh visit JONLIVIA SDN BHD

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...