Thursday, May 3

AEON MALL SHAH ALAM DO ACTIVE, GET FIT, FEEL GREAT


Aeon Mall Shah Alam Do Active, Get Fit, Feel Great | Benda ni berlaku last Sunday la cerita nya. Nak masuk next Sunday baru share cerita nya kan? Biasa lah tunda-tunda nak update blog. Alih alih lambat lah juga. Tapi takpelah as long as aku share gak dalam ni bagi korang baca pon dah kira ok.

Sebenarnya ini adalah program outdoor pertama sekali aku join since kewujudan aktiviti seperti ini. Sebelum ni bukan tak nak join. Nak sangat tapi takde geng. Takde kaki la orang cakap. Jadi kita tak tahu bila aktiviti macam ni ada. Bila tengok dalam FB atau mana-mana sources mostly date dah lepas lah jawabnya. 

So kebetulan lah aku ada join 1 group larian dalam Facebook, Pacemaker Malaysia, dan masa tu keluar dekat wall page tu advertise aktiviti dari Aeon Mall Shah Alam. Pada awalnya tak silap aku diorang nak buat larian. Fun Run macam tu. Free pulak kan. Jadi aku pun tak nak la lepaskan peluang.

Aku dengan BFF masa sekolah. Lama dah tak lepak dengan minah ni since dia dah kahwin.

Tapi pihak pengurusan last minit tukar kepada aktiviti Zumba je. Sebab nya masa tu hari Ahad dan area Stadium ada Pasar Tani. Jadinya memang tak sesuai nak buat run masa tu. Tapi it ok la. Aku join je. Dan kawan aku pon dia ok nak join jadi kitorang on seperti yang dirancang.


Seminggu sebelum program pihak Aeon call aku untuk confirmkan kehadiran. So dia bagitau lah program mula jam 7.30 pagi sampai 10.00 pagi. Jadinya pagi tu kitorang sampai seperti yang diberi tahu. Aroun 7.30pagi gak lah kitorang sampai. Kebetulan pulak adik aku kerja kat sana, so aku ada minta tolong adik aku sebelum hari kejadian untuk tanyakan dekat pihak pengurusan di mana aktiviti tu berlansung. Then dia bagitau program tu berlansung kat dataran parking mall. Ok noted.

Sesampai je rasa macam krikk..krikk. 

"Eh takde orang ke?" .
" Kereta macam tak banyak je"
"Kat mana diorang buat ek?"
"
Kitorang sampai-sampai tu dah rasa macam betul ke ada ni. Ke takde? Atau dia tukar kat tempat lain ke. Rupa-rupanya ada. Stage nya kat depan pintu utama Aeon Mall. Dan semuanya baru nak setup. Kami pun tunggu la. 

Actually agak lama gak la nak tunggu diorang setup. Punggung pun dah sakit duduk kat border parking. Dalam sejam gak la kot tunggu diorang ready. Tapi takpelah disebabkan pagi tu tak la panas sangat so tunggu diorang ready tu takdelah bersungut. Chill..chill je gitu. (mungkin nextime pihak Aeon Shah Alam boleh tambah baik lagi dari segi pengurusan masa)

Penyertaan? Ramai ke?

Tak ramai dan tak lah sikit sangat. Aku rasa mungkin adalah dalam 50 ke 100 orang kot. Kalau tengok pada senarai nama macam ramai tapi yang datang hari tu biasa-biasa je lah. Jadi takdelah crouded sangat. Aku tak pasti kenapa tak ramai, mungkin mereka excuse last minit kot. Tapi masa tu bukan perempuan je peserta nya. Lelaki pon ada. Jadi masing-masing sama-sama have fun.

But!

Overall Zumba pagi tu memang best!! Basah kuyup gak lah aku time tu. Coach yang mereka invite Mr Kyo Tan memang awesome!!! dan sangat bertenaga. Dan aku dah mula rasa nak berzumba pula. Actually aku ni minat menari tau. Goyang sana sini tu memang suka sangat lah. Tapi apakan daya malu. Hahahaha!! Tapi lepas aktiviti tempohari aku dah addict nak berzumba pulak.




Dan masa tu sebenarnya pengurusan Aeon Shah Alam diorang ada buat tema untuk program Zumba tu. Tema dia "Under The Sea". So sesiapa yang pakai pakaian ikut tema masa tu akan dapat hadiah la.

Inilah dia pemenang yang pakai ikut Tema "Under The Sea". Akak yang tengah tu dia pakai pakaian macam obor-obor. So berbaloi lah dia menang. 

Overall program Do Active, Get Fit, Feel Great yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Aeon Shah Alam ni memang best dan sempoi. Boleh diteruskan lagi aktiviti macam ni akan datang. Cuma mungkin perlu tambah baik dari segi pengurusan masa dan juga publisiti supaya orang ramai aware dengan program macam ni dan boleh grap lagi ramai penyertaan.

Kat bawah ni video masa Program Do Active, Get Fit, Feel Great : Source Aeon Mall Shah Alam




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...