Thursday, November 9

PRA PELANCARAN PRODUK DR LAURANNE MALAYSIA

Pengasas Dr Lauranne Malaysia Encik Fahmi Idris (kanan)
Pra Pelancaran Produk Dr Lauranne Malaysia | Assalamualaikum semua. Pada 4 November 2017 (Sabtu) yang lepas aku telah menghadiri satu (1) majlis Pra Pelancaran Produk Dr Lauranne Malaysia yang telah berlansung di Shah Alam Convention Center (SACC). Untuk pengetahuan semua jenama Dr Lauranne baru sahaja memasuki pasaran Malaysia pada bulan October 2017. Jenama tersebut adalah hasil formulasi seorang pakar kecantikan dari Rom, Itali iaitu Dr Anna Laura Lampa sejak tahun 1971.

Serum dari produk keluaran Dr Lauranne
Pengasas Produk Dr Lauranne Malaysia Encik Fahmi Idris adalah insan yang bertanggungjawab membawa masuk produk tersebut kedalam pasaran Malaysia. Antara inisiatif beliau dalam membawa produk tersebut adalah kerana dipasaran Malaysia terlalu banyak lambakan produk kecantikan yang mana produk tersebut adalah produk yang lebih kurang sama tetapi dipaket kan semula menggunakan jenama sendiri. 

Selain itu bahan-bahan sebahagian produk dipasaran Malaysia juga agak meragukan sebagai contoh terdapat merkuri dan hydroquinone. Ada juga sesetengah bahan diimport dari negara jiran yang tidak mempunyai syarat kelulusan yang ketat.

Encik Fahmi sewaktu berada di Itali 

Beliau bersama Pengasas utama Produl Dr Lauranne



Pengalaman luas beliau dalam urusan import barangan dari Itali dan negara Eropah telah memberikan kelebihan  kepada beliau untuk membawa masuk produk Dr Lauranne yang menjadi pilihan professional seperti doktor, pakar kecantikan dan pemilik spa terkenal di Eropah.

Agak-agak layak tak jadi Duta produk Dr Lauranne
Negara Itali yang sinonim dengan produk mewah termasuk jenama kereta seperti Ferrari dan Lamborghini serta pelbagai jenama fesyen yang tersohor diserata dunia adalah salah satu daya penarik yang boleh membantu dalam mengetengahkan produk kecantikan tersebut ke dalam pasaran Malaysia. 

Bukan bermaksud penerimaan produk luar adalah memboikot produk keluaran Malaysia sendiri, tetapi kredibiliti yang dibawa oleh negara bernama Itali itu semamangnya dapat menjelaskan bahawa produk tersebut sememangnya berkualiti dan selamat digunakan.

Mengenai harga produk Dr Lauranne, ianya adalah lebih murah daripada jenama ternama Eropah walaupun kualitinya berada pada tahap yang sama.

Gambar disekitar Majlis Pra Pelancaran Produk Dr Lauranne Malaysia

Sahabat blogger yang turut hadir pada Majlis Pra Pelancaran Produk Dr.Lauranne

Tetamu yang hadir pada majlis pra pelancaran tersebut

Selaku pengacara majlis memulakan majlis tempoh hari







Barisan pihak pemgurusan Dr Lauranne Malaysia
Produk Dr Lauranne

JUST PERFECT Blemish Day Serum Purifying

QUANTUM Toti-Potent Serum

HELIXIR Lip Serum

Info lanjut:




1 comment:

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...