|
Gambar sumber google |
Trip Bersama Hotel De Palma Eco Resort, Kuala Selangor | Assalamualaikum semua.
I'm so so sorry sebab lambat share pengalaman aku join trip ke Kuala Selangor yang dianjurkan oleh pihak De Palma Hotel Eco Resort, Kuala Selangor. Walaupun aku berasal selangor tapi sebenarnya aku sendiri tak pernah menginap dan jejak kaki ke hotel tersebut. Rasa macam tak perlu pun nak menginap. Maklumlah sebab rasa macam kawasan dan negeri sendiri kan. Jadi buat apa nak stay even semalam je pon. Tapi bila fikir balik, walaupun tempat sendiri nak juga ada pengalaman nya kan. Kalau orang tanya adalah jawapan yang aku boleh jawab. Ye dakk kan?
Perjalanan program tersebut berlansung selama 3 hari 2 malam. Bermula dari 6 Oktober 2017 (Jumaat) hingga 8 Oktober 2017 (Ahad) dan sebahagian para peserta yang join akan berkumpul di De Palma Hotel Shah Alam sebab mereka akan menaiki kenderaan (bas) yang disediakan oleh pihak penganjur. Aku pilih drive sendiri je. Sebab rumah dekat Klang. So area nak ke Kuala Selangor tu jalan nya tu aku dah biasa lalu. Tambahan lagi dengan adanya aplikasi
'Waze' yang bisa membantu aku nak cari jalan ke sana. So nak rasa acah-acah travel alone gitu.
|
I am ready!!! Selfie satu kali!! |
|
Ini lah perempuan. pergi 3 hari beg tak nak kalah tau! |
Perjalanan dari rumah aku area Taman Sri Pekan, Klang nak ke De Palma Hotel Eco Resort mengambil masa selama 1 jam atau 45 minit macam tu. Tapi kalau jalan tu clear tanpa sebarang kesesakkan lalu lintas. Tapi kalau jem memang kena ambil masa sikit la nak sampai.
|
Area klang boleh rujuk maps ni. Nak senang google je route dari tempat korang nak ke De Palma Hotel Kuala Selangor |
Alhamdulillah. Perjalanan lancar. Takde jem. Jadi aku pun sampai dengan selamatnya ke destinasi dituju. Lokasi Hotel De Palma Eco Resort, Kuala Selangor ni agak kedalam sedikit dari jalan utama. Tapi jangan risau, yang mana nak cari road dia guna Apps Waze atau Maps masih boleh digunakan sebab tiada gangguan data line dalam tu.
|
Alhamdulillah sampai dengan selamatnya. Time to check in. Tak sabar kita nak masuk bilik. |
|
Wakil daripada pengurusan tertinggi Hotel De Palma memberikan taklimat ringkas mengenai perjalanan trip kali ini. |
|
Pakcik baju merah dan Makcik baju biru tu tengah mengurut sebenarnya. Hilanglah kejap penat-penat badan. |
|
Air tembikai campur timun tak silap. Sedap weii!!! |
|
Mereka sangat memahami kami. nyum!! nyum!! |
|
Kawasan disekitar penginapan di Hotel De Palma Eco Resort yang penuh kehijauan. |
Ini adalah view dari luar bilik penginapan yang aku duduk. First time aku jejak kaki ke sini. Barulah aku tahu kenapa namanya Eco Resort sebab penginapan dia dalam serounding yang nature. Kehijauan dan tenang. Memang sesuai lah sesiapa yang nak bercuti dan nak jauh dari kesibukkan kota dan kerja yang melambak tu memang boleh la check in kat sini.
|
Luar nampak macam kecil je, bila masuk teruja aku sekejap. Cantik sangat. |
|
Bilik ni ada 2 single bad dan queen size 1. So untuk family sangat la sesuai. |
|
Ruang singki luar |
Lepas dari check in dan rehat kan badan semua bermula lah aktiviti untuk hari pertama program trip aku kali ini. Lokasi pertama yang aku pergi adalah Bukit Malawati. Bukan Melawati tau. Malawati. Bukit Malawati ini adalah salah satu tarikan utama di Kuala Selangor. Untuk pengunjung yang nak ke Bukit Malawati, mereka boleh menaiki Tram yang disediakan yang mana perkhidmatan Tram tersebut tu hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.
|
Gambar Sumber google. |
|
Perkhidmatan Tram yand disediakan. |
|
Muka gayat naik Tram. Takut jatuh weii..!! |
|
Aku bersama Lotong. |
|
Antara aktiviti utama di Bukit Malawati yang biasanya pengunjung akan lakukan adalah beri makan monyet dan lotong. Yang berani boleh la bagi makan. Aku awal-awal lari dah. |
|
Info mengenai Lotong dan Kera. |
|
Rumah Api di Bukit Malawati, Kuala Selangor |
Di atas bukit Malawati terdapat juga sebuah rumah cahaya atau rumah api yang besar dan terawal dibina pada tahun 1907. Struktur lama abad ini masih digunakan hari ini untuk memandu kapal-kapal yang berlayar di sepanjang Selat Melaka.
Antara kawasan berhampiran Bukit Malawati
Muzium Sejarah Kuala Selangor
Muzium Sejarah Kuala Selangor juga terletak di atas bukit dan dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin. Terdapat banyak artifak sejarah tentang Kuala Selangor dan kawasan sekitar yang boleh dilihat dan diteroka semasa berada di sini.
Waktu Operasi Hari ke hari Ahad: 9:30 pagi hingga 5:30 petang
Jumaat: 9:30 pagi hingga 12:15 petang dan 2:45 petang hingga 5:30 petang
Isnin: Ditutup
Bayaran masuk Lawatan ke Muzium adalah percuma.
Malam pula kitorang ke satu lagi lokasi pilihan pengunjung yang bertandang ke Kuala Selangor iaitu ke Kampung Kuantan untuk tengok "kelip-kelip" atau dalam english nya dipanggil fireflies .
|
Tak pernah naik sampan. Gayat habis aku. |
Untuk makluman korang semua, kalau nak tengok "kelip-kelip" ni kena naik sampan. So nanti abang pendayung tu akan bawa korang pergi ke satu pokok ke pokok yang lain untuk tengok kelip-kelip lebih dekat. Tapi sayang nya kelip-kelip ni tak boleh nak ambil gambar guna phone camera. Hanya boleh tengok dengan mata kasar. Jadi takdelah moment yang boleh aku kongsikan dengan kelip-kelip. Tapi takpe aku share kat korang alamat kat bawah ni so kalau korang nak pergi boleh amik info kat bawah tu ok?
Info:
Address: Jalan Club, Kampung Kuantan, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Hours:
Open today · 7:45–10:30PM
Phone:
03-3289 1439
Dah penat berjalan dari petang sampai ke malam now dinner time pula la kita. Malam tu pihak Hotel De Palma Eco Resort sediakan tema Rimba gitu.
|
Burrrkkk!! Alhamdulillah. Kenyang sangat. |
Dan keesokan nya pula, kitorang dibawa ke satu lagi lokasi favourite pengunjung iaitu "Sky Mirror". Lokasi sky mirror ni sebenarnya terletak ditengah-tengah laut dikawasan air Jeram. Pelik kan?
|
Nampak senyum tapi aku genggam kuat gila pemegang tepi tu. Takut jatuh. hahahaha!! |
Untuk ke kawasan tengah laut tersebut perlu menaiki bot yang disediakan. Perjalanan dari Jeti ke kawasan yang dituju itu mengambil masa selama 45 minit. Tapi tempoh hari setengah jam je dah sampai sebab ombak tak berapa kuat. Jadi perjalanan agak lancar. Route untuk kesana hanya 1 trip perjalanan sahaja disediakan. Pengunjung akan disarankan untuk pulang ke Jeti semula sebelum jam 12 ke 1 tengahari untuk mengelakkan ombak kuat berlaku pada waktu tersebut.
Bila dah sampai ke kawasan tengah laut tu, kitorang kena tunggu dalam beberapa minit sementara tunggu air surut. Bila dah surut, apa lagi masing-masing memulakan langkah riang la!!
Selepas selesai tengok laut, bergambar di "Sky Mirror" Jeti Pekan Lama, Kuala Selangor kitorang beralih arah pula nak tengok kehijauan iaitu di Taman Alam, Kuala Selangor.
|
Sayang... I'm Imagine on you. |
|
Walaupon dari belakang rasa cantik pulak aku ni. |
Sebelum aku terlepas, haa ni aku nak bagitau sesiapa yang berkunjung atau menetap di Hotel De Palma Eco Resort boleh join aktiviti berkuda yang disediakan. Kenapa gambar aku naik kuda takde? Haaa sebab aku tak naik lah. Kalau aku naik mungkin patah belakang kuda tu. Hahahah!!!
Aktiviti malam kitorang join Night Walk in charge oleh pengurusan Hotel De Palma Eco Resort. Last join aktiviti macam ni masa time sekolah dulu-dulu. Dan sekarang mengimbau balik kenangan masa sekolah. Aktiviti ini berlansung didalam kawasan De Palma Hotel je. Yang mana nak plan buat team building pon memang sesuai sangat.
|
comel kan bila uncle pon join night walk. |
Sampai sudah pada hari terakhir trip, last aktiviti aku join trip kali ini adalah aktiviti zumba dan team building.
|
Gambar Ihsan Projek Travel |
|
Gambar Ihsan Projek Travel |
|
Gambar Ihsan Projek Travel |
|
Gambar Ihsan Projek Travel |
|
Gambar Ihsan Projek Travel |
|
Gambar Ihsan Projek Travel |
|
Gambar Ihsan Projek Travel |
Wah bestnya. Nyaman jew tengok alam ciptaanNya
ReplyDeletePost very nicely written, and it contains useful facts. I am happy to find your distinguished way of writing the post.
ReplyDeleteeaster cross images
easter basket images
vintage easter images
easter blessings images
easter quotes images