Helixir Lip Dr Lauranne Serum Penjagaan Bagi Bibir Kering Dan Merekah | Assalamualaikum semua. Segala inci yang ada pada seorang baik lelaki atau wanita semuanya dianggap penting dan perlu dijaga dengan rapi. Dari sehalus-halus rambut hingga lah sebesar-besar 'aset' yang ada pada seseorang amat penting untuk diambil serius untuk penjagaan nya.
Untuk pengetahuan semua, bibir adalah salah satu 'aset' penting bagi semua orang. Jika tidak, takkan wujud lah bermacam-macam jenis pemerah bibir yang berbagai warna demi menarik mata yang memandang dan paling tidak pun terdapat pelbagai jenis pelembab yang dijual dipasaran. Jangan terkejut sekiranya aku katakan ada juga sesetengah lelaki consume pelembab bibir ini.
Selepas wajah, bibir adalah pandangan kedua yang akan dilihat. Oleh kerana itu lah kenapa kita tersangat sensitif sekiranya ada yang tercacat sedikit pada keadaan bibir kita. Pernah tak orang tegur bila jumpa kita "kenapa bibir kau kering sangat?". Mesti pernah kan? Jadi sebab itulah aku berani cakap bibir ini 'aset' penting selain wajah kita.
Punca-punca kekeringan
Suhu yang keterlaluan. Tidak kira sama ada ianya ianya suhu tinggi atau suhu yang terlalu rendah. Bibir boleh merekah dan menyebabkan ketidakselesaan. Bila keadaan ini berlaku, menggunakan pelembap bibir akan membantu mengurangkan kekeringan itu.
Kekurangan air (dehydration). Ramai yang menyangka dengan meminum air, seseorang itu boleh menyahidrasi. Namun berhati-hatilah dengan apa minuman yang kita minum. Meminum caffeine atau alcohol juga sebenarnya menyebabkan dehidrasi tanpa disedari. Cara terbaik ialah dengan minum air secukupnya iaitu lapan gelas sehari. Namun kita harus minum air jika keadaan lebih panas, atau melakukan aktiviti di luar rumah atau badan seseorang dikirakan obese.
Kekeringan dan rekahan bibir turut dialami oleh orang yang cuba membasahkan bibir mereka dengan air liur sendiri. Mereka menyangka dengan ’menjilat’ bibir sendiri dapat mengekalkan kelembapan bibir. Sebaliknya ianya menyebabkan bibir menjadi lebih lebih kering.
Tanpa disedari makan yang dimakan mengandungi bahan yang seseorang alergik terhadapnya, lalu bibirnya secara tiba-tiba menjadi bengkak, kadang kala kering akibat alahan terhadap bahan itu. Ini menjadi isu serius bagi penghidap penyakit eczema.
Helixir Lip Dr Lauranne.
Kandungan yang terdapat didalam Helixir ini adalah mengandungi Ekstrak Siput. Apa yang dilakukan serum siput kepada kulit bibir?
Akselerasi pembaharuan tisu-tisu yang rosak
Menggayakan pertumbuhan semula kulit cepat
Meningkatkan keplastikan kulit
Kebaikan:
Mengekalkan warna bibir semulajadi
Proteksi bibir membentuk UV
melindungi bibir dari bahan melekat bibir berbahaya
Memegang bibir sihat
Untuk pengetahuan korang semua produk keluaran daripada Dr Lauranne ini adalah bersifat Unisex. Maknanya ianya tidak terhad penggunaan nya kepada kaum hawa semata-mata. Kaum adam juga boleh consume produk tersebut demi menjaga kecantikan dan ketrampilan mereka. Tambahan lagi Helixir Lip ini telah ditetapkan mereka yang boleh gunakan produk ini sesuai buat bagi mereka yang berumur 18 tahun sehingga 50 tahun.
CCL salah sorang bibir kering ni .selalu nak apply lipstik akan pakai lipbalm dulu .
ReplyDeleteJemout ke entri
http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/11/jom-cantik-bersama-beauty-in-drops-dari.html
bestnya.. nak cari jugaklah.. akak memang selalu bibir kering..
ReplyDeleteMenarik.. Musim panas ni minum air byk pun ttetap kering bibir ni.
ReplyDelete