Thursday, May 18

BAZAAR RAMADHAN RAYA 2017: KARNIVAL MEGA HARMONI DI BANDAR BUKIT RAJA KLANG


Assalammualaikum semua. Uishh sekejap dah nak masuk bulan Ramadhan kan? Dah bersedia ke u all semua? Nak lalui bulan mulia ini dengan penuh sabar dan ikhlas? Bila sebut je Ramadhan, mesti kita akan familiar dengan "Bazaar Ramadhan" kan? Mata ni dah dapat bayang dah suasana bazaar ramadhan tu. Dengan baju raya, kuih raya, kerepek-kerepek, mercun (yang dibenarkan sahaja ye), dan macam-macam barangan untuk persiapan raya nanti lah.

Ada juga yang membayangkan, bulan ramadhan ini adalah bulan "rezeki". Jadi aku nak berkongsi info dan rezeki pada korang semua terutama mereka yang duduk area klang Meru (dekat area umah aku tu) & mereka yang dari luar kawasan klang pun dialu-alukan juga mana tau ada agen yang berdekatan kan so ini semua peluang untuk anda. Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak, pihak penganjur Karnival Mega Harmoni mengadakan lokasi baru untuk Bazar Ramadhan Raya di Bandar Bukit Raja Klang, Selangor.

Khas buat penduduk di Bandar Bukit Raja Klang, anda tak perlu pergi jauh untuk mendapatkan juadah berbuka puasa, baju raya, persediaan raya dan banyak lagi produk jualan sempena musim perayaan tahun ini. 

Bila bazaar ini akan beroperasi?

Bazaar Ramadhan Karnival Mega Harmoni ini akan bermula pada 26 Mei 2017 sehingga 23 Jun 2017 sepanjang bulan Ramadhan. Gerai jualan akan mula dibuka pada jam 4.30 petang sehingga 12.00 malam. 

Semuanya boleh anda cari di Bazar Ramadhan Raya Karnival Mega Harmoni di Bandar Bukit Raja Klang. Lokasinya terletak berhampiran dengan laluan utama dari Klang/Port Klang/Shah Alam ke arah Meru/Klang Sentral/Setia Alam.



Lokasi bazaar  seperti dalam gambar diatas. 

Keunikkan pada Bazar Ramadhan Raya Karnival Mega Harmoni pada kali ini adalah lebih mengetengahkan konsep Islamik dan turut diserikan dengan kehadiran tetamu VVIP iaitu Jemputan Khas Raja Muda Selangor.

Untuk menjadikan bazaar kali ini lebih kepada Customer Friendly pihak penganjur menyediakan banyak kemudahan kepada vendor dan pengunjung. Antara yang utama ialah: 

1. Khemah di sediakan untuk (Vendor)
2. Kemudahan Air dan Elektrik (Vendor)
3. 24 jam Keselamatan (Vendor)
4. Emcee Promosi Booth Jualan (Vendor)
5. Sewa Tapak Perniagaan Yang Fleksibel (Vendor)
6. Ruang Parkir Di Sediakan (Semua)
7. Ruang Solat Terawih (Semua)
8. Ceramah Agama (Semua)
9. Persembahan Artis (Semua)
10. Sumbangan Amal (Semua)
11. Kemudahan Tandas (Semua)


Untuk Vendor yang berminat, masih ada lagi ruang kosong untuk anda sewa di Bazar Ramadhan Raya Karnival Mega Harmoni di Bandar Bukit Raja Klang ini. Harga sewa tapak adalah seperti berikut :

Pakej 1 Saiz 10 x 10 – Sewa RM100 x 28 Hari = RM2,800
Diskaun Penganjur RM800
Tolak RM500 Deposit
Harga Terkini – RM1,500


Pakej 1 Saiz 10 x 20 – Sewa RM150 x 28 Hari = RM4,200
Diskaun Penganjur RM1,200
Tolak RM500 Deposit
Harga Terkini – RM2,500

Pakej 1 Saiz 10 x 30 – Sewa RM250 x 28 Hari = RM7,000
Diskaun Penganjur RM2,000
Tolak RM500 Deposit
Harga Terkini – RM4,500

Berminat untuk punyai ruang niaga dengan potensi pengunjung melebihi 50,000 pengunjung, anda boleh terus hubungi wakil jualan 011-23292977 (Kimi) dan 012-3812379 (Yanti). Khas untuk peniaga, tawaran khas dan juga harga sewa terbaik boleh dirunding dengan pihak penganjur Bazar Ramadhan Raya Karnival Mega Harmoni di Bandar Bukit Raja Klang.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...