Thursday, May 18

SAPS IBU BAPA - SISTEM KHAS PEMANTAUAN PELAJARAN ANAK-ANAK BAGI IBU BAPA



Apa itu SAPS Ibu Bapa ? Secara ringkas, sistem ini boleh di gelarkan sebagai online report card pelajaran anak-anak yang memudahkan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan/ujian walaupun mereka berada dirumah, dipejabat atau dimana-mana sahaja.

SAPS Ibu Bapa adalah singkatan kepada Sistem Analisis Pelajaran Sekolah yang dicipta khas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan merupakan salah satu insiatif yang diwujudkan bagi melibatkan para ibu bapa dalam mengetahui perkembangan pelajaran anak-anak mereka di sekolah.



Dengan adanya SAPS Ibu Bapa ini, ibu bapa akan sentiasa dapat memantau prestasi pelajaran dan kecemerlangan anak-anak secara berterusan dan semudah di hujung jari sahaja. Maklumlah sekarang zaman internet. Tidak ada alasan bagi Ibu Bapa untuk tidak mengambil tahu perkembangan pelajaran anak-anak atau mungkin akan ada pihak ibu bapa yang hanya akan menunding jari menyalahkan guru-guru kerana kegagalan anak mereka didalam pelajaran kerana tidak memaklumkan kepada mereka mengenai pretasi pencapaian pelajaran anak-anak mereka.


Bagaimana untuk menyemak keputusan anak-anak?


Bagi Ibu Bapa yang ingin memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa

Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.


Jadi dengan adanya sistem SAPS Ibu Bapa ini,  walau dalam keadaan sibuk bekerja sekalipun ibu bapa boleh berkesempatan itu mengetahui rekod pelajaran anak-anak sekaligus membantu anak-anak dalam memantau mereka dalam mengulangkaji pelajaran dirumah terutama bagi mata pelajaran yang mereka lemah. 

Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang kurang memberi perhatian penuh kepada anak-anak kerana terlalu sibuk menumpukan hal-hal urusan masing-masing dan mereka ini iaitu ibu bapa merasa sudah cukup dengan hanya menghantar anak-anak mereka disekolah dan menyerahkan sepenuh tanggungjawab kepada guru-guru adalah memadai sebagai cara menunjukkan mereka sangat mengambil berat tentang anak-anak mereka. 

Sebenarnya sistem SAPS Ibu Bapa ini boleh dianggap sebagai sebelah kaki penglibatan dari ibu bapa dalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap perhatian yang seharusnya mereka beri kepada anak-anak. Di sekolah hanya 50% sahaja dari pihak guru-guru. Dan sebahagian 50% adalah perlu datang dari ibu bapa itu sendiri untuk memantau perkembangan prestasi anak-anak. 

Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.

Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa 2017 ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.


3 comments:

  1. senang ada sistem macam ni.. laju je update pasal result anak2

    ReplyDelete
  2. Senang dah sekarang nie..
    tapi cikgu2 yang penat nak isi semua markah nie..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  3. tak perlu susah-susah nak gi sekolah lagi ambil report card..

    http://www.myarosli.com/2017/07/blog-berbaju-baru.html

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...