Sunday, June 21

RAMADHAN DAN HARI BAPA

Persamaan kepada kedua-dua hari ini adalah aku menyambut tanpa Arwah Ayah. Masih sukar di hadamkan dalam minda dan pemikiran yang Ayah dah tiada lagi dalam dunia ini. Sebelum ini aku hanya mampu membayangkan 'bagaimana rasanya jika tiada orang tersayang di sisi' pada sahabat-sahabat yang kehilangan Ayah @ Ibu. Sekarang aku dah rasa perit nya merasai kehilangan itu.

Bila masuk ramadhan, aku dan adik beradik akan terbayang gelagat ayah yang kelam kabut bila masuk waktu berbuka. Kelam kabut dia tu boleh bikin kitorang semua jadi stressss!! Hahahahah... pastu ayah rajin bawak kitorang pergi bazaar ramadhan. Dia tak banyak sangat nak beli juadah. Tapi dia lebih suka melayan kitorang anak-anak dia ni nak beli apa-apa je makanan kat bazaar tu. Dia akan tanya 'haaa..korang nak apa? pilih..pilih...' 

Hmmmm kenangan semua tu...

Baik buruk kami..hanya ayah je yang tau. Hanya ayah yang lebih mengenali kami.  Hanya ayah sahaja yang tau tingkah laku anak-anak ayah. Sekiranya ada perselisihan faham pun di antara kami tak pernah nya berpanjangan. Hanya ayah dan kami saja tau bila saat kami masing-masing reda.

Ayah... rasa hati nak saja mengadu..bercerita..nak bagitahu apa yang kami lalui. Kerana kami tiada kuasa lelaki membela kami, kami mudah di lemparkan dengan segala tuduhan. Tidak ada sesiapa yang berada di pihak kami. Kerana kami mengambil tindakan di luar jangka, kami di label kan seperti terlalu biadap dan kurang ajar. Tapi itulah kekuatan kami nak membela diri kami ayah. Kami tak nak susahkan ayah di sana. Kami tak nak segala cerita tentang ayah di bangkitkan lagi. Sekarang kitorang dah tak kisah ayah. Apa yang diorang nak fikirkan tentang kitorang, terpulang. Kami dah penat. Sekiranya diorang membayangkan seperti apa yang diorang fikirkan sekarang, itulah yang kami akan jadi ayah. Pada kami cukuplah ayah saja tau siapa kami.

Ayah kami rindu nak panggil AYAH. Walau di mana ayah berada... kami sentiasa doakan ayah bahagia selama-lamanya...

27 April 1960 - 14 Mac 2015

4 comments:

  1. Al-fatihah untuk arwah ayah Atikah ye..

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah utk arwah ayah Atikah. Kita senasib je. Btw, Sofia bw dan follow blog Atikah dari grup wassap Sbians member. If sudi, follow la blog Sofia juga ye? Selamat berpuasa, Atikah. Takmo sedey2 tau. Smile always! ^_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sofia sebab follow blog tikah.. salam perkenalan yeee....

      Delete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...