Sunday, July 12

DOKTOR


Dah lama tak update blog tetiba up story tajuk DOKTOR pulak kan? Ate kenapa pulak nye yooo?. Dah bercita-cita nak jadi doktor ke apa? Hahahah... haaaa ni aku nak citer sikit la pasal seorang DOKTOR ini. 

Siapa kah?

AKU sendiri pon idok la kenal nye sape doktor itu. Alkisah pendeknye tentang doktor ini aku jumpa dekat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.  2 ke 3 hari lepas kau pergi melawat nenek aku yang baru-baru ini di masukkan ke hospital tersebut. 

Disebabkan tulang kaki kiri nenek aku suspect patah. Apa punca nya? Aku sendiri tak pasti. Nak kata nenek aku jatuh, nenek tak jatuh pon. Tapi berkemungkinan adalah kerana tulang nenek dah rapuh. Sebab usia nenek kot.

Jadi dimanakah datang nye DOKTOR itu?

Hari pertama aku pergi melawat nenek... masa tu rasanya dah habis masa melawat dan aku baru sahaja keluar dari lif Ground Floor hospital tu. Tak semena-mena aku tertoleh lif belakang aku dan masa tu pintu lif baru on the way nak tutup.

Tetapi.... nak di jadikan saat itu rezeki aku la katakan... masa lif tu baru nak tutup, mata aku TERRRRR pandang seorang doktor lelaki dengan tangan nya sedang membawa sebungkus makanan. Nasi kot barangkali yang dibeli tu. Wajah diaaaaaaa.... mak aiiiii... mix mix gitu. Hidung mancung. Kulit putih. (padahal dalam hati tak sure dia tu sebenarnya melayu ke bukan) 

Mata aku ni terusss memandang dia sampai pintu lif tu tertutup. Sebelum tertutup sempat dia pandang aku balik dan dia pun tertunduk.... Haaaaa... nampaak... doktor pandang aku pun dia yang tunduk tau. Tapi mata aku yang makin galakkk pandang dia kemain. Dasar gatai betol aku ini. Hahahahha..

Hari kedua.... nak dijadikan rezeki aku sekali lagi. Masa aku lalu kearah laluan lif... Aku terserempak lagi dengan doktor itu. Haaaaiihhh... gugur iman aku masa tu. Tapi nasib lah aku ni masih waras. Kalau idakkk dah aku @#$%^& hahhahahah sori ayat sensored tu. 

Adakah ada jodoh kali ketiga untuk terserempak dengan doktor tu sekali lagi?

Kita tunggu minggu depan ye. XOXO

 


1 comment:

  1. jodoh bertemu di pelamin takpelah,jgn pulak jodoh jadi doktor yg merawat kau sakit apa2 lak kan kan kan

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...