#Bah2014 #Prayforpantaitimur | Sudah beberapa hari aku tak ada mood nak update apa-apa status samada di FB, Instagram mahu pun di ruangan entri blog aku ini. Kalau ada pon di FB aku hanya share kan info-info berguna dan maklumat berkenaan banjir sahaja.
Nak cerita tentang aku pergi mana? Aku buat apa? Aku makan apa? Aku beli apa? Atau apa sahaja post berkenaan perkara harian yang aku buat. Aku tak tertekan button 'post' atau pon 'send'. Bila aku nak update, aku akan teringat nasib mereka yang mendapat musibah banjir ni.
Mereka duduk macam mana. Makan.Minum.Pakaian.Tempat tidur. Yang dapat berlindung dalam dewan alhamdulillah. Tapi yang tak sempat ke mana-mana tu. Yang terpaksa menyelamatkan diri ke bukit,gunung. Macam mana? Malam sejuk boleh ke mereka tahan? Orang tua? Kanak-kanak? Bayi? Ibu mengandung?
Ya Allah.... jika aku di tempat mereka...aku tak daya Ya Allah. Mungkin pada mereka harta benda memang mustahil untuk di selamatkan. Yang mungkin mereka fikir nyawa ahli keluarga masing-masing. Tapi nanti tatkala Allah izinkan banjir untuk surut, mana mereka nak tinggal? Bagi mangsa yang rumah hancur musnah dik banjir, mana mereka nak berlindung?
Ya Allah....besar sungguh ujian Kau buat hamba Mu Ya Allah. Memang benar...Kau takkan uji mereka pada suatu yang mereka tak daya. Jika sebenarnya mereka adalah hamba Kau yang terpilih kerana kekuatan yang ada pada mereka.. kau permudahkan segala nya Ya Allah. Surutkan lah kembali banjir yang melanda mereka Ya Allah. Kau Maha Pengasih, Penyayang...kasihanilah mereka Ya Allah.
Ujian Kau Ya Allah... hanya 1 sahaja. Banjir. Tapi hikmah dari ujian Mu ini...1000 hikmahnya. Pelbagai benar sudut hikmah yang Kau nak beri. Tapi aku yakin, musibah ini juga adalah teguran untuk aku. Allah nak aku beringat. Allah nak aku perbetulkan diri aku yang silap. Kerana Allah sayangkan aku dan semua saudara islam ku.
SUKARELAWAN DIPERLUKAN:
Sukarelawan diperlukan untuk membantu mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Tarikh: 3/1/2015-5/1/2015
Masa: akan diberitahu
Tempat: Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya
Tugas: membantu membersihkan kawasan
banjir, menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa.
Jumlah diperlukan: 700 orang
Bergerak ke lokasi bencana apabila banjir surut. Segala maklumat akan diberitahu kemudian melalui whatsapp secara individu.
Boleh daftar nama untuk jadi sukarelawan:
Jika tak dapat sertai,tolong sebarkan untuk kebaikan bersama...
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com