Percutian Bersama Keluarga | Alhamdulillah sebagai penutup cerita untuk tahun 2014, ini adalah satu pengalamn yang indah bagi aku dan keluarga. Pada tahun ini dan boleh dikira ini adalah tahun pertama setelah aku dan beberapa orang adik beradik mempunyai kerjaya masing-masing kami plan untuk bercuti 1 family ke 1 tempat. Oleh sebab ini adalah trip holiday pertama kali kami, so pilih yang dekat je lah.
Nak pilih yang jauh-jauh kami ni tak lah berapa expert sangat tentang tempat. Rasa-rasa korang semua ke mana kah kami?
Abaikan lapisan spare tayar di perut aku tu ye.
Haaa..rasa-rasa dapat teka tak kemana kah kami? Kalau rasa tengok background tu agak dapat teka tak aku pergi mana?
Ok..ok..ok.. fine semua tak nak main teka-teki kan? Kami ke......
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH. Kerana melaka di kira paling dekat dengan Selangor. So aku dengan family masing-masing decide nak ke Melaka sahaja. Percutian kitorang masa ni takde lah orang kata high kos sangat. Kitorang masing-masing spend setiap sorang dalam RM150. Alhamdulillah. Cukup lah untuk cover duit hotel , makan tengahari, makan malam dan budget untuk transport. RM150 x 4 = 600.
**Actually ada gak cover dari Puan Ibu dan insan yang terlibat.
**Actually ada gak cover dari Puan Ibu dan insan yang terlibat.
Hotel pilihan kami? Mengikut budget untuk 3 hari 2 malam?
Untuk maklumat hotel boleh google la kot. Ngeee bukan apa ni pon kakak aku yang dok cari dalam internet. So all the booked process semua melalui internet je. Aku tak tanya pulak mana kakak aku search.
Actually masa kitorang nak book hotel pon agak terdesak dan macam kelam kabut sangat. Fisrt sebab masa tu time cuti sekolah. So mostly budget hotel semua dah fully booking. So hentam keromoh punya searching, dapat la hotel ni.
Untuk fully gambaran hotel tu aku memang tak sempat nak ambil. Sampai pun agak tengah malam gak. So sampai je dah keletihan semua. Aku fikir nak baring dan ZZzz je terus. Mungkin sebab kitorang pon book dah last-last minute so bilik yang nak di kategori kan sebagai Zon Selesa dan 5 bintang mungkin ramai yang dah book kot.
So bilik yang kitorang dapat kira OK saja pada aku. Boleh duduk. Ada katil. Ada Aircond. So ok la kan. Dan sebenarnya family aku ni di kategorikan sebagai family sempoi. Kitorang tak kisah sangat dan tak demand sangat. Asal ada pon ok je pada kitorang.
Yang bernilai pada kami semua adalah masa bersama keluarga. Masa untuk semua adik beradik ada. Bukan senang nak gather kan semua. Masing-masing kerja sekarang bukan nya pada working time yang sama. Ada yang nun haaaa kat Johor tu. Jenuh la nak tunggu akak aku tu balik. Tak campur yang belajar lagi. So ini lah masa nya kitorang semua nak spend masa bersama.
Lepas tu apa aktiviti kami? SELFIE lahhhhhhh.... snap! snap! snap!
Haaaa.. nampak tak... jalan tak seberapa pon. Tapi selfie penuh memory Tab tau. Tapi this is about memory and relationship. So itu semua adalah penguat perhubungan kekeluargaan. Kan kan kan. Kalau setakat gaduh adik beradik ni ala masam muka 2 3 hari je. Esok dah bertegur dah... Alonggg.. Angaahhh..Udeee.. Alang... hahah biasa la tu kan. Korang semua pon macam tu gak kan.
Aktiviti macam ni sangat perlu dalam setiap keluarga. Tak perlu nak spend beratus atau beribu sangat nak bercuti ni. Yang penting masa bersama tu yang sangat bernilai.
Bak aku katakan tadi. Percutian ini adalah percutian kelam kabut. So kemana saja lah kami ni pergi kan?
Hhehehehe... kitorang ke........ TAMAN BUAYA.
Nak celoteh apa lagi ek? Eeemmm pasal hotel dahh.. budget dah... tempat merayau dahh... Apa lagi ek? Gambar-gambar dah share dah. Kot-kot ada peminat Atikah Norbaki kat luar sana rindu dengan gambar terbaru I, I dah siap share kan dah. Kah kah kah..
Ok lah! Habis dah perkongsian aku untuk cerita indah dalam tahun 2014 aku ini. In Shaa Allah akan ada lagi perkara terindah yang bakal menjelma dan yang akan aku kongsikan bersama korang semua. Iaitu.... KAHWIN!
Hahahah.. ok daaaaa.... adiosssssss!!
Wah abju sedondon semua yea.
ReplyDeleteSiap nama panggilan lagi.
Lebih mesra satu family.
syok adik beradik berkumpul bercuti bersama
ReplyDelete