Sekarang ni tak petang pasti malam,mesti akan hujan. Kita masing-masing pon dah boleh baca dah cuaca sekarang ni. Bila masuk waktu petang je terus tengok langit. Asal dah mendung tu,haaa hujan la jap lagi ni.
Jadi pesanan buat abang-abang... kakak-kakak... terutama yang bawak motor tu,hati-hati ye. Abang yang buat delivery barang tu pon sama gak. Hati-hati bawak motor time hujan ni. Risau kita.... Ooopppss!! Eerrrrr.. ok tukar topik!
Sekarang ni cuti sekolah,ibu bapa semua pantau aktiviti anak-anak sekalian. Jangan bagi main di luar waktu hujan ni. Nanti demam. Kalau kawasan yang kerap banjir tu tengok kan anak-anak kome semua. Hindari bahaya sebelum terlambat.
Hamboiii aku. Dah macam pesanan penaja pulak. Berjela jela. Mungkin masa awal-awal bulan sebelum ni langit kita ni panas terik. Jadi sekarang Allah nak bagi sejuk la pulak bumi dia ni kan. Hujan rahmat untuk kita ni.
Cuma... bila waktu hujan ni.. aku akan teringat balik saat aku dan keluarga berniaga kedai makan di uptown sebelum ni. Bila aku tengok orang-orang berniaga kat pasar,pastu kena redah hujan lebat terutama yang berniaga makanan. Makanan mana boleh nak simpan pastu jual esok pulak. Memang tak boleh la jawabnya. Kalau tak habis, buang. Tak pon makan sendiri. Tidak pon sedekah lah pada orang sekeliling.
Dugaan dalam berniaga ni tak untung, rugi. Teringat lagi aku masa kami sekeluarga berniaga, pernah sekali hujan lebat sangat. Ada sekali khemah niaga kami nak terbang. Apa lagi masing-masing bertaut kat tiang-tiang untuk tahan. Uptown kan operasinya malam je. Bila hujan lebat,takde la orang datang uptown. Bila orang tak datang,takde lah kami customer malam tu. Pastu bila hujan dah berhenti, ada customer order makanan kami, jualan malam tu RM3.50 pon kami bersyukur sangat. Sebab tu aku respek orang yang berniaga ni. Kerana mereka ini ada jiwa yang sangat kental.
Tapi itu lah, pada aku setiap manusia ada kisah keperitan masing-masing. Tujuan nya 1 sahaja. Belajar untuk menjadi dewasa dan matang dalam kehidupan. Keperitan yang kita lalui ini belum tentu orang lain mampu hadapi.
Kehidupan adalah pelajaran.
Kehidupan adalah pelajaran.
Minggu lepas..queenpink makan yong tau fu kat uptown :) hujan juga masa 2.
ReplyDeleteOoo yeke.... makan kat mne tu?
Delete